5 Antivirus Terbaik

Suatu persoalan yang selalu diketengahkan ialah antivirus yang mana yang bagus atau terbaik untuk digunakan. Kebanyakan pendapat menyatakan selagi anda update antivirus, maka anda akan dilindungi. Kalau terkena juga virus maka mungkin nasib anda tidak berapa baik. Saya tidak menolak hakikat itu, namun begitu pada saya, selain daripada anda update, anda juga perlu tahu bahawa setiap antivirus mempunya virus definition mereka yang tersendiri. Faktor rate detection, kekuatan dan kekukuhan engine antivirus itu juga perlu diambil kira termasuk beberapa perkara kecil seperti interface sesebuah antivirus juga mungkin perlu dipertimbangkan. Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda 5 antivirus yang saya rasakan bagus dan mungkin boleh anda pertimbangkan jika anda terasa untuk menukar antivirus komputer anda.

1. Eset Smart Security

Jika anda tidak pernah terdengar atau terlintas dengan nama Eset Smart Security mungkin anda pernah dengar nama Nod32 Antivirus. Eset Smart Security atau Nod32 Antivirus mungkin kurang popular atau jarang dikenali disebabkan ia tidak diberikan atau ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Namun begitu, Eset Smart Security dan Nod32 Antivirus mempunyai versi percubaan atau trial version. Tiada kekangan atau limitation daripada segi fungsi, hanya limitation pada tempoh penggunaan antivirus tersebut yang diberikan hanya untuk beberapa minggu atau mungkin bulan. Perbezaan utama antara Eset Smart Security dan Nod32 Antivirus ialah Eset Smart Security bertindak sebagai antivirus, antispyware, antispam dan firewall manakala Nod32 Antivirus hanya sebagai Antivirus dan Antispyware.

Apa yang menarik dengan Eset Smart Security ialah kerana pada saya ia mempunyai rate detection yang sangat tinggi dan kurang false positive. Saya sedia maklum, kebanyakan daripada anda kita mungkin ‘terpaksa’ menggunakan keygen atau patch untuk beberapa aplikasi atau software yang mana mudah dikategorikan sebagai virus oleh beberapa Antivirus. Namun begitu, Eset Smart Security tidak menganggap patch atau keygen sebagai virus melainkan patch atau keygen tersebut dihasilkan dengan cara yang kurang bijak. Maka jika anda download patch atau keygen, anda boleh yakin samada patch atau keygen tersebut selamat digunakan atau tidak memandangkan beberapa patch atau keygen sememangnya diselitkan dengan virus. Peringatan untuk anda, disable antivirus semasa penggunaan patch atau keygen adalah langkah yang bahaya dan kurang bijak.

Selain daripada scan engine Eset Smart Security sangat mantap, saya selesa dengan Eset Smart Security kerana Eset Smart Security bertindak sangat senyap dengan paparan notification di sudut kanan taskbar apabila virus dikesan, dan menghasilkan pop-up hanya apabila dirasakan aplikasi tersebut mungkin  berguna kepada kita. Secara keseluruhan, saya menganggap Eset Smart Security adalah Antivirus yang sangat bijak dan memenuhi kehendak saya dan sepanjang bersama Eset Smart Security selama lebih 2 tahun, saya tidak pernah diserang virus. Syukur.

Ketika artikel ini ditulis, satu perkara yang kurang menyenangkan tentang Eset Smart Security adalah setiap website atau link dalam iframe ke domain co.cc dianggap merbahaya. Eset Smart Security akan menghalang atau block setiap website yang menggunakan domain co.cc. Perkara ini bermula sejak Pak Cik Google membuang semua website yang menggunakan domain co.cc daripada search engine mereka. Walaupun Pak Cik Google telah kembalikan semula website yang menggunakan domain co.cc dalam search engine mereka, namun Eset Smart Security masih kekal dengan pendirian membuta tuli mereka yang menganggap semua domain co.cc adalah merbahaya. Sememangnya anda boleh memberikan pengecualian atau exception dalam advance setting Eset Smart Security untuk domain co.cc. Hal ini menyebabkan Eset Smart Security melepaskan terus website domain co.cc daripada pemeriksaan. Namun begitu, perbuatan tersebut boleh mengundang padah andaikata  terdapat website yang menggunakan domain co.cc benar-benar mengandungi malware.

Uninstall Eset Smart Security sepenuhnya memerlukan kaedah yang sedikit berbeza daripada biasa. Anda boleh rujuk artikel saya tentang uninstall eset smart security

2. Avira

Antivirus Avira, atau nama sebenarnya Avira AntiVir samada Personal (Percuma) atau Premium (Berbayar) atau nama tak rasmi mereka antivirus payung (suka-suka hati je), merupakan antivirus yang sedang membina nama dan semakin terkenal. Antivirus Avira Antivir Personal adalah antivirus kegemaran saya jika saya memerlukan Antivirus percuma atau apabila sesiapa bertanyakan kepada saya antivirus percuma yang bagus. Avira Antivir mempunyai rate detection yang agak tinggi dan scan engine yang tidak kurang hebatnya. Perlu diingat, tidak seperti Eset Smart Security, kebanyakan Keygen atau Patch akan dianggap virus oleh Avira Antivir walaupun keygen atau patch tersebut sebenarnya selamat digunakan.

Namun apa yang agak menjengkelkan saya atau orang kampung cakap irritate me atau annoying adalah bunyi yang dihasilkan oleh antivirus tersebut apabila virus dikesan. Bunyi yang agak kurang merdu dan sedikit nyaring itu benar-benar membingitkan telinga saya. Kalau bunyi sekali boleh tahan lagi, kena Avira Antivir ini detect dua tiga sekali, boleh tertekan jiwa tu. Tambahan lagi bunyi ini dihasikan daripada internal sound computer dan bukannya dari speaker. Maka perbuatan ‘mute’ speaker adalah agak sia-sia. Saya tidak pasti adakah sound ini boleh dihilangkan dalam versi Avira yang terbaru kerana saya telah meninggalkan avira agak lama apabila seekor virus telah berjaya mencilok menyelinap masuk semasa dibawah jagaan beliau dan menyebabkan sedikit kesengsaraan kepada saya.

3. Microsoft Security Essential.

Faktor utama saya suka Microsoft Security Essential adalah disebakan penggunaan memory usage dan CPU yang agak rendah. Maka, ia sangat sesuai digunakan oleh mini laptop anda ataupun komputer dengan memory yang rendah. Saya pernah mencuba Microsoft Security Essential diatas platform Windows XP yang mempunya RAM sebanyak 256MB sahaja. Komputer tersebut dapat dijalankan dengan baik dan saya masih boleh run Firefox dan juga Microsoft Word secara serentak dengan lancar.

Faktor kedua adalah option, configuration atau setting Microsoft Security Essential adalah sangat sedikit, simple dan mudah difahami. Maka ia sangat sesuai digunakan walaupun oleh mereka yang kurang kepakaran dalam bidang komputer.

Microsoft Security Essential adalah percuma dan boleh anda download. Namun begitu ia hanya ditawarkan kepada penggunan Windows yang Original atau Asli. Anda perlu melepasi Windows Validation Test terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk download atau install Microsoft Security Essenetial. Jika anda pengguna Windows yang kurang berkemampuan dan melanunkan Windows 7 anda menggunakan RemoveWAT, saya percaya yang anda tidak akan berjaya melepasi Windows Validation Test tersebut. Rujuk artikel ini bagi memahami sebab kenyataan saya ini. Jika anda terlalu ingin mencuba Microsoft Security Essential walaupun Windows anda adalah versi lanun, anda boleh rujuk artikel tentang cara melepasi Windows Validation Test untuk Windows 7.

4. Avast Antivirus

Sangat berlawanan dengan Microsoft Security Essential, Avast pada saya hanya sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai computer performance yang sangat bagus. Saya sangat tidak suka pop-up yang dipaparkan oleh Avast ketika aplikasi atau software ini mengesan atau detect virus. Pada saya pop-up yang dihasilkan oleh Avast adalah agak besar dan berat. Hal ini kerana, apabila suatu komputer dijangkiti virus, kebiasaanya virus akan menyebabkan komputer anda bergerak dalam kadar yang perlahan oleh kerana virus tersebut akan menggunakan memory dan CPU yang tidak kurang banyaknya. Interface pop-up yang terlalu besar dan berat akan melembapkan atau memperlahankan lagi performance komputer tersebut.

Avast versi percuma mengandungi Antivirus dan Antispyware. Saya pernah menggunakan Avast suatu ketika dahulu disebabkan Avast Antivirus mempunyai kelebihan yang membolehkan kita untuk scan antivirus semasa boot Windows atau sebelum startup Windows dilaksanakan. Fungsi ini ketika ini telah dimasukkan dan digunakan oleh banyak syarikat Antivirus lain.

Selain daripada interface pop-up yang agak berat, saya tidak suka dengan suara “Caution, a virus has been detected” yang keluar bersama ketika antivirus Avast berjaya mengesan virus. Selain melembapkan dan memberatkan lagi performance komputer, komputer tersebut kelihatan mempunyai ciri-ciri riak, ujub lagi takbur ketika menjumpai virus. Saya lagi suka dengan konsep Eset Smart Security diam-diam ubi berisi daripada konsep Avast yang kadang-kadang dirasakan macam tin kosong yang berbunyi.

5. Kaspersky

Antivirus Kaspersky adalah antivirus yang paling saya tidak mengerti kenapa begitu ramai pengguna dan peminat. Adakah disebabkan mereka menggunakan Jackie Chan sebagai ikon membuatkan semua orang tertarik dengan Kaspersky. Saya tidak pernah install Kaspersky di PC atau laptop saya disebabkan ia kelihatan terlalu berat. Walaubagaimanapun, saya kerap menggunakan komputer awam di cyber cafe atau di makmal yang menggunakan perisian Kaspersky. Selain daripada komputer tersebut kelihatan perlahan semasa startup, masih banyak virus yang  boleh saya jumpa di dalam komputer yang menggunakan Kaspersky. Apabila Kaspersky diletakkan pada tahap keselamatan yang agak tinggi pula, saya mengambil masa hampir 10 saat hanya untuk compile beberapa baris code yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa 2 atau 3 saat sahaja.

Selain daripada faktor Kaspersky yang agak berat, Kaspersky saya lihat terlalu banyak false positive dan scan engine mereka agak perlahan dan kurang mantap untuk membuang virus. Tambahan pula, Kaspersky menghasilkan terlalu banyak produk yang berkaitan dengan Antivirus yang pada saya boleh mengelirukan orang ramai termasuk saya sendiri yang malas nak baca perbezaan di antara setiap produk yang mereka hasilkan. Apa yang setiap produk mereka lindungi dan apa yang tidak dilindungi. Antara produk Kaspersky berkaitan Antivirus ialah  Kaspersky PURE, Kaspersky Internet Security 2011, Kaspersky Internet Security Special Ferrari Edition dan Kaspersky Anti-Virus 2011.

Oleh kerana faktor-faktor tersebut, secara peribadi saya menganggap Kaspersky seperti Intel yang mempunyai kepandaian dan kehebatan dari segi marketing dan pengiklanan mereka yang mampu mempengaruhi minda orang ramai.

Banyak lagi tentang Antivirus yang boleh diceritakan dan dibincangkan bersama. Kalau panjang sangat artikel ini nanti orang malas nak baca. Namun saya hanya menekankan beberapa perkara atau perbezaan di antara setiap Antivirus tersebut yang saya rasakan tidak atau kurang dijelaskan di website-website lain. Saya juga lebih menekankan faktor berat sesuatu Antivirus itu kerana saya percaya masih ramai lagi orang seperti saya yang kurang berkemampuan dan menggunakan komputer yang mempunya performance yang agak rendah berbanding teknologi sekarang ini. Maka pada saya, Antivirus sepatutnya hanya kekal sebagai perisian atau software yang melindungi di sebalik tabir dan bukannya menggunakan CPU atau memory melebihi perisian atau software lain.

Jika anda menggunakan komputer yang terlalu perlahan atau kalau boleh anda tidak ingin langsung menggunakan Antivirus, mungkin anda patut cuba menggunakan Linux Operating System. Anda boleh rujuk artikel cara mudah install Ubuntu bersama Windows dan install Fedora dual boot bersama Windows untuk memahami atau belajar pemasangan atau installation Linux Operating System

Banyak lagi Antivirus lain yang tidak saya ceritakan yang tidak kurang hebatnya seperti  Panda Security atau Panda Platinum, McAfee VirusScan, BitDefender, Symantec Norton Antivirus, AVG dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai pandangan atau antivirus yang anda rasakan sangat bagus, anda boleh tinggalkan komen agar dapat dinilai oleh saya dan pembaca yang lain.

Akhir kata perlu saya ingatkan disini, saya tidak menerima bayaran daripada mana-mana syarikat Antivirus yang saya nyatakan di atas untuk menaikkan nama mereka. Artikel ini dihasilkan dengan penuh ketelusan dan kejujuran dari pengalaman saya sendiri untuk dikongsi bersama anda. Walaupun begitu, terbaik itu sangat subjektif. Terbaik bagi saya, tidak bererti terbaik untuk anda. Ambil masa, renungkan dan buat penilaian anda mengikut citarasa anda sendiri.

Sekian..

42 Replies to “5 Antivirus Terbaik”

  1. Sudah 3 tahun saya mengunakan Kaspersky memang akui agak berat. Komputer desktop saya mengunaka OS Ubuntu tidak perlu pening kepala serangan virus 🙂

  2. wah nice sharing..suzie pkai ikut suke je.eset pnh pkai.mcfee pnh,avira pnh.panda pon pnh tp pnda ni cam xbest pon.cm xberfungsi.

  3. aku gunakan BitDefender.. sudah bertahun-tahun.. aku suka sebab tak berat sangat dan tak terlalu control.. lepas dia takdelah suka keluar pop-up..

    1. wow. bro eastbullet guna bitdefender. aku biasa tengok bitdefender ni masa nak attach email kat yahoo je. sebab yahoo mail guna bitdefender. Thanks untuk komen tu. Boleh try ni.

    1. avg dulu saya pernah guna. detection bagus, cuma sy perasan nak remove virus tu AVG ada problem sikit. AVG kadang-kadang macam tak mampu nak remove or quarantine sesetengah virus. so dia akan detect dan popup, tapi bila click remove atau quarantine, dia nampak macam gagal. Kesannya, popup utk virus yg sama tadi tu akan terus popup berkali-kali.
      Tu beberapa tahun yang lepas. sejak tu saya tak guna lagi. tak tau la kalau versi yang baru ni da ok.

  4. I agree with Khidhir.. i use to have AVG but find some problems using it. I switched and never find the same problem again..

    1. bitdefender ada. cuma tak boleh nak cerita sebab tak ada experience dengan bitdefender. Kalau Jebeng ada pengalaman, boleh la kongsi.

  5. Tgh mencari2 AV yg bagus… nampaknya boleh try Microsoft Security Essentials… selama nih mmg guna AVG.. tapi cam xleh harap je…

  6. saya guna AVIRA…dah lame guna..tp byk tol pop up.tp kene sabar je la.brg free.tp ye selalu bg msg version avira saya pakai slalu outdated.dah update tp still bg msg macam tu.atau saya patut tukar version baru avira?tq

    1. biasa la tu kan. Antivirus percuma. yup. Selalunya yang Zank update tu signature dia je. Maybe dia ada program update. Kalau tak jumpa link tu dalam interface Avira,Zank boleh download yang baru, lepas tu reinstall. Takde masalah. Anyway, kalau windows original (atau lanun yang boleh verified windows macam original), boleh cuba Microsoft Security Essential. Percuma dan bebas pop up.

  7. sy guna bitdefender total protection 2013 sbg real-time protection + malwarebyte (free) n super antispyware (free) sbg on-demand scanner.. stkt ni ok je.. kasperksy pnh gne tp ble skali kaspersky wt hal, smpai skrg xgne da…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *