Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Service Pack 1

Baru-baru ini, Microsoft telah melancarkan Windows 7 yang terbaru iaitu Windows 7 Service Pack 1 atau secara ringkasnya dikenali dengan Windows 7 SP1. Apabila update service pack sebegini dilakukan, secara mudahnya dapat dikatakan bahawa anda tidak dapat memilih update tertentu yang anda inginkan kerana semuanya telah disatukan dalam satu update. Menjadi perkara biasa bagi Microsoft memasukkan update untuk menguji keaslian atau genuine windows  yang anda gunakan. Hal ini bermakna, jika anda pengguna Windows 7 versi ‘lanun’ dan anda memilih untuk update kepada Service Pack 1, kemungkinan besar Microsoft akan dapat mengesan bahawa Windows 7 yang anda gunakan adalah tidak asli atau genuine. Maka anda akan diberi masa untuk activate windows anda dan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika gagal untuk mendapatkan status genuine dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Oleh kerana itu, pengguna Windows 7 versi lanun mempunyai 2 pilihan bagi mengelakkan masalah ‘Not Genuine’ ini timbul. Cara pertama adalah paling mudah dengan tidak berbuat apa-apa iaitu abaikan update kepada Windows Service Pack 1 dan hide update tersebut. Cara kedua adalah dengan membeli Windows 7 Original atau pun yang asli daripada Microsoft dan saya yakin dalam masa beberapa minit sahaja anda akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.  Bagi mereka yang mungkin telah terlajak update dan tidak menemui jalan pulang, saya akan tunjukkan cara ketiga (cara yang tidak digalakkan) iaitu dengan menggunakan Windows Loader (Windows 7 versi lanun).

Tidak seperti RemoveWAT atau Chew-WGA seperti yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini (RemoveWAT, Chew-WGA dan Windows 7 Genuine), aplikasi ini memasukkan SLIC (System Licensed Internal Code) dan menyelinap masuk kedalam sistem sebelum Windows boot. Cara ini dikatakan paling selamat dalam melepasi Microsoft WAT (Windows Activation Technologies).

Jika sebelum ini anda pernah menggunakan activator yang membuang WAT seperti RemoveWAT, teruskan membaca dari langkah 1. Jika tidak, anda boleh terus membaca langkah 3.

1. Menggunakan aplikasi RemoveWAT, uninstall RemoveWAT menggunkan option uninstall atau gunakan fungsi “Restore WAT”

2. Jalankan aplikasi WAT FIX yang dihasilakan oleh DAZ.

3. Run Windows Loader v1.9.7 (versi terbaru ketika artikel ini ditulis)

4. Klik pada uninstall dan restart PC anda.

5. Run Windows Loader v1.9.7 sekali lagi, klik pada button Install dan Restart PC anda,

6. Lawat website Microsoft, ikut arahan yang diberikan dan validate Windows anda: 

7. Selesai. Windows 7 SP1 anda telah mendapat status genuine

PC saya gagal untuk boot selepas install loader ini. Bagaimana nak selesaikan?

1. Boot Windows disk anda

2. Pilih “Repair your computer”

3. Pilih “Command Prompt”

4. Tulis: bootsect.exe /nt60 SYS /force

5. Restart PC anda.

**Jika masih gagal ulang langkah di atas dan ubah langkah ke-4 menjadi

bootsect.exe /nt60 ALL /force

Nota: Software atau aplikasi yang dinyatakan di atas tidak disediakan di sini atas sebab-sebab tertentu. Anda boleh cuba mencari melalui Pak Cik Google ataupun boleh meminta dengan saya secara peribadi melalui email atau Facebook Page Khidhir dot Com. Jika anda inginkan OS (operating system) percuma, anda boleh cuba menggunakan Linux. Jika anda tidak pernah menggunakan Linux dan teringin untuk mencubanya, artikel  5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot Bersama Windows di PC dan Install Ubuntu Dalam Thumbdrive mungkin akan dapat membantu anda dalam usaha untuk meneroka Linux.

 

Perhatian:

1. Artikel ini dihasilkan untuk tujuan pembelajaran. Pihak admin sama sekali tidak bertanggungjawab diatas sebarang tindakan anda.

2. Langkah di atas berjaya ketika artikel ini ditulis. Mungkin akan terdapat perubahan dari semasa ke semasa. Cuba fahami konsep daripada langkah tersebut. Anda mungkin akan dapat menyelesaikan masalah yang sama jika cara ini tidak lagi berkesan.

3. Jika anda mempunyai pendapatan yang mencukupi, pihak admin menggalakkan anda untuk membeli yang asli atau original bagi menghargai usaha pihak developer Microsoft

 

Sekian..

8 Replies to “Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Service Pack 1”

    1. betul la nak beli tak mampu. pening dah tanya pak cik google tak jumpa. boleh x bg saya loader ngan wat fix tue???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *