Tempat Makan Menarik Ipoh

Post ini saya share beberapa tempat makan menarik di Ipoh atau restoran dan kafe yang saya kunjungi apabila saya melawat Ipoh. Anda boleh gunakan sebagai panduan dan idea apabila anda di Ipoh. Semua tempat makan berikut pernah saya cuba dan saya rasakan sesuai dan baik untuk pelancong. Sengaja saya share beberapa restoran berlainan kategori mengikut kesesuaian bajet anda.

LaRisa Rumah Makan

LaRisa Rumah Makan mempunyai konsep dan environment yang bersih dan cantik. Pilihan hidangan yang ada variation dan keunikan berbeza daripada cafe lain. Harga satu main menu secara average RM20 dan keatas dan minuman jus RM8-11. Juga mempunyai pilihan dessert seperti cake dan macarons.

Miker Food Ipoh

Antara favorite restoran saya. Restoran ni agak crowded jadi elakkan peak hour. Berdekatan dengan riverwalk Kinta River, restoran ini ada variation makanan daripada tomyam, nasi, mee goreng sehingga ke pizza memudahkan semua satu keluarga berkumpul menikmati hidangan mengikut selera masing-masing. Walaupun ramai, servis restoran ni agak pantas dan teratur.

Canning Dim Sum Ipoh

Canning Dim um. Untuk peminat dim sum boleh cuba restoran ini. Restoran ni memang kita kata paling cliche la. Saya percaya banyak website lain yang share restoran ini. Sedikit kelainan restoran ini, selain daripada menu yang anda boleh order, konsep restoran dim sum ini pekerja mereka akan membawa dim sum itu meja ke meja. Jika anda berminat, anda boleh ambil, dan mereka masukkan dalam bil anda. Lebih kurang seperti konsep Sushi King , tetapi tanpa tray bergerak atau conveyer belt tu. Hasil dari sistem ini, dim sum mereka lebih fresh from oven. Jika anda perhatikan sebahagian restoran chinese food yang menyediakan hidangan dim sum, ada konsep mereka yang pre-prepared. Biasanya dim sum seperti ini, kualiti mereka agak kurang. Restoran ini agak ramai orang, queue yang panjang, jadi datang awal dan berharap hari tidak hujan.

Lokasi restoran ini berada di corner jalan. Anda akan lihat seperti taman kecil. Tidak berapa jauh dari restoran ini ada deretan kedai untuk anda boleh dapatkan parking lebih mudah. Location restoran ini tidak begitu jauh daripada highway, jadi biasanya ia jadi restoran persinggahan pertama kami.

Old School Coffee

Old School Coffee – Kedai kopi bertemakan bas lama di bawah pokok berhampiran Petronas – Jalan Raja Dihilir. Berdekatan dengan restoran Canning Dim Sum. Kalau pergi ke Canning Dim Sum, jangan lupa singgah kedai kopi ni. Ada banyak selection daripada vietnam coffee, espresso, cappuccino, mocha, vanilla, latte cocoa sehingga ke ice green tea.

Platform 9 1/2

Platform 9 1/2 terletak di bandar Ipoh dan queue yang agak panjang. Bertemakan kafe dan seperti boleh dilihat daripada gambar, kafe ini kegemaran para wanita untuk OOTD. Terletak di Lorong Panglima (Concubine Lane), jalan ini memang tourist spot untuk pelbagai kafe, makanan dan souvenir. Maka tabahkan hati dan selamat mencari parking. Selain port OOTD, kawasan ini juga port saman.

Mee Kari Mat Jasak

Mee Kari Mat Jasak bukan sekadar Mee Kari. Ada juga pilihan untuk Mee Sup dan Kicap. Anda juga boleh memilih samada anda ingin Mee Kuning, Bihun atau Kuey teow. Selain itu restoran ini juga mempunyai menu Mee Rebus dan laksa. Ada variation pilihan mee dengan harga yang sangat berpatutan, restoran ini memang boleh anda singgah dan nikmati sendiri keenakannya.

Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja

Restoran ini agak jauh sedikit dari bandar Ipoh menyajikan pilihan Mee Udang dan ketam. Selain itu ada juga menu makanan goreng biasa dan boleh juga ditambah udang atau ketam mengikut citarasa anda. Harga menu udang dan ketam ini mengikut size dan kategori. Anda boleh bertanyakan harga semasa order.

Medan Selera Dataran Dato’ Sagor

Medan Selera Dataran Dato’ Sagor adalah pilihan saya untuk breakfast di Ipoh. Berkonsepkan food court, restoran disni menjanjikan pelbagai pilihan menu yang menarik daripada mee, roti bakar, apom, cucur dan sebagainya. Harga juga sangat berpatutan.

Sekian beberapa restoran yang anda boleh cuba di Ipoh. Jika anda mempunya cadangan restoran lain, boleh share dengan kami diruangan komen. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *