Eset Smart Security merupakan Antivirus yang agak hebat dan bagus untuk digunakan. Namun ada ketika mungkin anda ingin uninstall Eset Smart Security atas apa jua sebab sekalipun samada anda ingin upgrade Eset Smart Security kepada versi yang terbaru atau Eset Smart Security anda menghadapi masalah yang tidak diduga dan memerlukan anda reinstall. Maka perlu anda ketahui, proses uninstallation Eset Smart Security sedikit berbeza daripada biasa. Proses Uninstallation sesuatu Antivirus sememangnya biasanya berbeza dengan perisian atau software lain. Selain daripada Eset Smart Security, Symantec Norton Antivirus dan beberapa Antivirus lain juga mempunyai cara uninstallation yang berbeza. Sebagai peringatan, biasanya perisian atau software Antivirus termasuk Eset Smart Security, anda tidak digalakkan untuk uninstall atau membuang perisian atau software ini menggunakan “Application Wizard” atau “Program and Features” di bawah Control Panel. Maka artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah agar anda boleh Uninstall Eset Smart Security dengan sempurna bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Selain daripada cara yang akan saya nyatakan, anda juga boleh menggunakan uninstaller yang disertakan semasa pemasangan atau installation dibuat. Namun begitu, cara ini hanya nampak sempurna di mata kasar. Anda mungkin akan menghadapi masalah jika anda ingin install kembali Eset Smart Security di kemudian hari. Gambar di bawah menyatakan ESET Personal firewall initialization failed adalah contoh kegagalan Eset Smart Security berfungsi sepenuhnya akibat proses uninstallation yang tidak sempurna. Maka apabila anda install semula, masalah seperti gambar di bawah mungkin akan terhasil.
Dalam contoh ini saya menggunakan Eset Smart Security versi 4.x dan Operating System Windows 7. Berikut ialah cara uninstall Eset Smart Security:
1. Download aplikasi Eset Uninstaller. Aplikasi ini boleh berfungsi di atas platform Wndows XP / Windows Vista / Home Server/ 2003 R2 / 2003 / 2000 / Windows 7 / 2008 R2 / 2008.
2. Boot dalam Safe Mode
3. Buka Command Prompt dan masuk ke direktori tempat anda simpan aplikasi Eset Uninstaller tersebut
4. Taip “ESETUninstaller.exe/reinst”. Enter. Baca Warning yang dipaparkan kemudian tekan “y” dan Enter
5. Uninstaller akan scan Antivirus yang telah anda installed dalam PC anda. Biasanya nombor 1 ialah ESS/EAV/EMSX iaitu product Eset Smart Security. Pilih nombor 1 untuk Eset Smart Security. Lihat gambar di bawah agar anda lebih jelas.
6. Tunggu sebentar. Proses uninstallation ini tidak seharusnya mengambil masa yang panjang. Kemudian, anda akan dipaparkan dengan “Uninstallation finished suceessfully” menandakan proses uninstallation Eset Smart Security telah berjaya dilaksanakan seperti gambar di atas.
7. Restart PC anda dan logon seperti biasa. Anda boleh install kembali Eset Smart Security versi terbaru jika anda ingin reinstall semula.
Cara ini telah diuji oleh saya sendiri dan berjaya sepenuhnya. Gunakan aplikasi ini di atas risiko anda sendiri.
Sekian.. Selamat Mencuba
aku belum pernah guna antivirus ni
tapi pernah juga alami masalah bila uninstall beberapa software sebelum ni
ohh. antivirus eset ni mantap gak la. Yup, memang ada beberapa software susah nak uninstall terutama Antivirus
ermmm… actually jawab servuy nffngn tu kan.. saya dh beberapa kali kemas kini.. still da same..
ada gak ckp.. susah nk faham nffng..
so just keep trying.
hmm.. tu la. dah tahap redha da ngan nuffnang ni. malas nak contact dorang
em. ok..rasa macam nak buang eset aku sekarang nih. hoho..
erk, terus nak buang ke. ok apa eset. 🙂
boleh jugak cuba Revo Uninstaller, lepas dah uninstall dia akan cek directory dengan registry untuk cari leftover.
Yup, betul. Saya pernah cuba revo uninstaller dan your uninstaller. Tapi dulu, software ni gagal untuk uninstall Norton Antivirus dengan baik.
Antivirus memang macam tu nak uninstall sebab saki baki masih ada dalam registry kalau tak betul-betul uninstall. Bila dah ada saki baki mula la konflik dengan AV lain.
Yup. Betul tu. Tapi tak boleh nak salahkan Antivirus gak. Sebab dorang terpaksa buat camtu untuk pastikan Antivirus dorang tak mudah nak disable or uninstall kalau kena infect dengan virus
bagus jgk cara ni tp lg senang guna software aku slalu guna software your uninstaller je kalau nak blh download kat sini
betul ariey. Tapi cam saya cakap kat komen atas, saya pernah guna your uninstaller dan revo uninstaller untuk uninstall Norton Antivirus tapi gagal. Software uninstaller ni sy nampak berguna untuk windows xp tapi kurang untuk windows 7 sebab cara windows 7 uninstall memang dia akan buang semua directory dan registry yang berkaitan.