Hari ini saya dipanggil sebagai penerima vaksin di Stadium Bukit Jalil HCO A. Stadium Nasional Bukit Jalil ni baru digunakan sebagai pusat vaksin pada 21 Jun 2021. Dia berlainan dengan Axiata Arena ye. Jangan salah tempat. Jadi saja la nak cerita bagi membantu sesiapa yang jarang-jarang datang Stadium Bukit Jalil atau first time ambil vaksin.
Lokasi Pusat Vaksin Stadium Bukit Jalil HCO A
Kalau kita waze lokasi Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi yang diberikan tu kurang tepat sebab lokasi tu adalah simpang di Stadium Hoki Bukit Jalil. Jadi mungkin lokasi yang lebih tepat adalah Parking Medan Kereta A atau Parking Medan Kereta B. Saya masuk parking kereta di Medan A sebab parking tu yang saya nampak dulu. Bayarannya RM2 sekali masuk.

Mudahkan hidup anda lagi saya drop pin siap siap
Ni tempat saya masuk Parking Kereta A https://waze.com/ul/hw2836h8d8
Mungkin lebih ideal parking kereta B. Center sikit https://waze.com/ul/hw2833ur3r
Barang yang perlu dibawa ke Pusat Vaksin
- Pen – Senang isi form sambil duduk tunggu
- Kad Pengenalan
- Mobile Phone – Mysejahtera dan untuk korang melagha tunggu turn
- Powerbank – jika dirasakan perlu
Scan MySejahtera

Nampak tak dalam gambar ni ada satu link “Click Here to scan vaccination location QR when you arrive”. Bila korang sampai Bukit Jalil nak masuk HOC ada banyak MySejahtera QR. Tak perlu scan guna link ni. Scan je macam biasa. Link ni hanya bila di kaunter. QR dia lain sikit header atas warna Kuning.
Lepas korang tekan ni dan scan di counter pertama, akan ada satu link lagi “click after document verified”. Link ni saya tak tekan sebab orang counter tu pun macam tak pasti. Saya selesai kaunter kedua berjumpa dengan penasihat kesihatan yang sign form tu link tersebut masih ada. Tengah tunggu giliran untuk disuntik, link tersebut hilang sendiri digantikan dengan link untuk scan another QR selepas disuntik vaksin. QR Code seterusnya untuk korang scan dalam bilik suntikan ditampal di dinding. Da selesai suntik, jangan lupa scan dan boleh keluar dengan tangan yang sakit untuk ke kaunter terakhir.
Gambar Pusat Vakin Stadium Bukit Jalil
Bawah ni gambar serba sedikit perjalanan di dalam stadium bukit jalil so korang ada idea sikit what to expect. Kalau tak datang pun blur2 sotong susah gak kan
Parking B Jalan sikit da boleh nampak sign board Pintu Masuk Utama Pintu masuk lagi Acara Lompat Pagar Sukaneka Musical Chair
Kalau ada apa-apa tips lagi yang boleh membantu, sila la komen di bawah. TQ
Salam, saya nak tanya. Semasa Tuan Khidir di sana, ada nampak tempat letak motorsikal di kawasan letak tempat kereta B? Saya ingin naik motorsikal ke sana.
Terima kasih
salam. saya tak perasan tempat letak motosikal di medan kereta B. Tapi sepatunya ada. Sebab saya parking di medan kereta A ada tempat motosikal. Cuma tiada motosikal di parking tersebut. Sepatutnya tiada masalah untuk tuan bawa motosikal. Semoga dipermudahkan urusan tuan
Dari Parking Medan Kereta C nak ke HCO B agak2 ambil masa berapa lama ye nak sampai? Kena jalan jauh ke? Atau kejap je? Blh bagi angaran kena jalan berapa jauh tak?
Saya tak jalan kesana. tapi anggaran berdasarkan pandangan saya adalah lebih kurang 5 minit jalan kaki untuk orang yang sihat. Jika ada warga emas atau kurang upaya, baik elakkan dan drop mereka dulu. mungkin agak jauh untuk mereka dibawah panas. Nak ke HCO B lebih baik medan kereta A atau B.
Salam, nak tanya pintu masuk utama hanya ada 1 je ke tuan? Saya pun HCO A, 12/07 nie. Suami saya yang akan hantar saya. Kalau boleh saya nak dia drop saya je. Ada cadangan tak nak drop di pintu masuk yg mana? 1st time datang.
salam. maaf lewat. saya reply untuk bantu orang lain jugak. sy parking dekat medan kereta B utk 2nd dose. Medan kereta B tak kena bayar. Boleh je masuk parking situ dan drop dekat bahagian depan.
Salam. Nak tanya, kalau HCO B tu kena parking kat mana yg dekat ye dgn entrance? Saya tak pernah pergi Bkt Jalil, rasa nervous lain macam
salam. medan kereta B. tak kena bayar tuan
Jenis vacin apa diperolehi Pfizer or Sinovac or Az?
saya dapat sinovac dekat sana
Salam tuan, mySj saya vax di Axiata arena Hco A. Adakah sama dengan hco a stadium bukit jalil ni atau dalam axiata arena juga ada hco A? Appt 30/7
Salam. Axiata Arena berdekatan tapi lain tempat tuan. Jangan parking di stadium
Assalamualaikum and thank you for this post. It has helped me out getting my bearings.