1Malaysia TV merupakan IPTV (Internet Protocol Television) atau Internet based TV yang sebenarnya disasarkan pada golongan muda. Hal ini bermaksud, anda boleh mengakses 1Malaysia TV dimana jua selagi mana terdapat sambungan internet. 1Malaysia TV dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak beberapa hari yang lepas. 1Malaysia TV dimiliki oleh 1Media IPTV Sdn. Bhd dan aplikasi 1MalaysiaTV dibangunkan oleh Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. Terdapat banyak rancangan atau saluran yang disediakan dalam 1Malaysia TV. Artikel kali ini akan membantu anda untuk cara pemasangan atau install 1Malaysia TV dalam handphone Android, Blackberry atau iPhone juga bagaimana anda boleh mengakses 1Malaysia TV melalui PC dengan menggunakan web browser. Selain daripada itu, artikel ini turut meletakkan senarai terkini saluran atau rancangan yang terdapat dalam 1Malaysia TV ketika artikel ini ditulis.
Sebelum saya mulakan dengan installation atau cara pemasangan 1Malaysia TV dalam handphone anda, adalah penting untuk saya maklumkan spesifikasi handphone atau device yang diperlukan bagi menjayakan pemasangan atau installation ini.
Apple : iphone 3GS dan keatas, iOS 4.3 dan keatas
Blackberry : Blackberry OS version 5 dan 6 (version 7 dalam pembangunan)
Android : Android version 2.3 dan keatas (juga bergantung kepada model dan jenis Android device)
Cara Install atau Pemasangan 1MalaysiaTV:
1. Buka web browser melalui handphone atau device anda
2. Pergi ke website 1malaysiaIPTV
3. Klik “Get 1MalaysiaTV”
4. Pilih bergantung kepada jenis operating system device atau handphone anda.
-
App Store untuk iphone atau Apple device
-
Android Market untuk Android handphone atau Android device
-
Blackberry App World untuk Blackberry handphone
5. Download Installer dan install seperti biasa dalam handphone atau device anda.
Sebagai contoh, jika anda pilih Android Market untuk download kepada Android handphone anda, anda akan dapat 1 file android.apk. Klik pada file apk yang telah anda download untuk memulakan proses pemasangan atau installation.
Saya Tiada Handphone Android, Blackberry atau Apple iPhone. Bolehkah saya menonton 1Malaysia TV ?
Boleh. Buka web browser PC anda, dan pergi ke website 1MyTV.
Selesai. Selamat Menonton.
Ambil perhatian, aplikasi 1MalaysiaTV seperti streaming tv atau video yang lain, memerlukan sedikit masa untuk buffering bergantung kepada kelajuan internet anda. Jika anda mendapati “blank screen” semasa memulakan aplikasi 1MalaysiaTV, sila tunggu sebentar untuk memberi ruang kepada proses buffering. Biasanya proses tersebut tidak akan melebihi 30 saat.
Proses installation ini telah diuji oleh saya sendiri di atas platform Android 2.3.4 menggunakan Sony Xperia Mini Pro SK17i. Jika anda terasa berminat untuk mendapatkan handphone android murah, anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini.
Senarai Rancangan atau Saluran 1Malaysia TV
-
RTM TV1
-
RTM TV2
-
TV3
-
TV Alhijrah
-
MyTV
-
CCTV1
-
E-Korea TV
-
ERAMA Teevee
-
D TV (Documentary Television)
-
KL POP Radio
-
ERama Radio
Dijangka Akan Datang
-
Pelangi TV
-
TV 9
-
BERNAMA
-
U Mobile TV
-
KBS WORLD TV
-
AL Arabiya
-
NHK WORLD
-
CCTV4
-
TV SKM
-
Hasil TV
-
TAMIL TV
-
Klassik TV
-
Karaoke TV
-
Your TV
-
CCTV2
-
CCTV9
Sekian, Selamat Mencuba.
banyak channel dah nih.. fuhh untuk yang akan datang pun lagilah…
Kan. Saya mula-mula tengok pun terkagum gak la. Mantap jugak dorang ni.
menarik ni. aku akan mencubanya. kalau tak berjaya aku refer sini balik boleh kan?
silakan. mesti la boleh wan. InsyaAllah kalau saya boleh bantu, saya bantu.
tgh try ni…
kena guna internet tak?
Err. mesti la kena ada internet alieza. Sbb tu la dia dipanggil IPTV 🙂
Sudah menjadi TV bergerak. 🙂
Biasa la. Teknologi kan. Semua benda nak digerakkan supaya pengguna boleh duduk je.
wah semkin hebat cuma di jair sahaja heeee
🙂
hati-hati sambil memandu kereta jgn cuba menonton tv 1 malaysia heee
Betul-betul. Macamana pun, safety first.
harap2 rancangan yang disiarkan dapat membangun peribadi remaja dan semua
Kalau tv ni rasanya ikut remaja tu gak la. kalau dia bukak e-korea, mmg korea la. Kalau bukak al-hijrah tu, nampak la sikit harapan untuk terbangun peribadi mereka. 🙂
untung ler, kwn pakai nokia jer, mmg xdpt nak merasa…
Err.. jangan la rasa terpinggir lak Lazaac. nokia mahal tu. Still boleh tengok kan. Cuma pakai web browser kat PC la. Kalau guna web browser kat phone nokia tu tak pasti lak. Lazaac cuba, kalau boleh, share sama-sama.. 🙂
jelosnya aku tengok tu sebab tak der smart phone lagi ni 🙁
nak harap menang kontest denaihati untuk smart phone rasanay hanya angan2 jee 🙁
Ada rezki dapat la tu. 🙂
biarlah. selagi tak beli..selagi tu la aku malas nak ambil port bab android ni. hehe..
Hutang ptptn da settle kan titan. Lepas ni mesti ada duit lebih ye tak. Ada rezki nanti, boleh la beli. Pastu datang baca semula ye.
Saya dah install, dan memang menarik… dapat gak tonton iklan-iklan bahasa Melayu di negara orang
Kan. best dan terbaik.
best ke benda nih??
Pada saya memang best. 🙂
wah best nyer..thx sharing.
welcome.
Trying out on my iPad!
Selamat mencuba.
betul2.. dah test kt my samsung..memang clear ^^v
kan kan..
mmm…kempunan nak install android takde blacberyy xde,iphone pun xde…
jangan sedih2. boleh tengok online kat web komputer gak kan. android sekarang da murah pun. link android murah pun sy da bagi
aku dah try software ni, memang best la, paling aku kagum ada rancangan tv3, hehehe
aku pun terkagum gak. banyak betul channel
Wow, macam best la.. Saya pun nak instal ni.
silakan..
Tv alhijrahnya tak bisa dibuka dr 1malaysia?? Ada solusi?