Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

Artikel kali ini akan memberi contoh atau tutorial tentang cara install Fedora dual boot bersama Windows. Dalam erti kata lain, cara atau kaedah ini juga boleh digunakan untuk Install Fedora sahaja atau multiple boot Fedora bersama dengan OS lain. Jika sebelum ini saya pernah tulis tentang 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC, kaedah tersebut menggunakan Wubi yang mana sangat mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, Wubi tidak boleh digunakan untuk install Fedora. Maka kali ini saya akan tunjukkan cara atau langkah Install Fedora menggunakan cara manual yang mana sama konsep atau kaedahnya denga Distro Linux yang lain seperti Ubuntu dan sebagainya. Bermaksud, anda juga boleh gunakan kaedah ini sebagai asas panduan jika anda ingin install Distro Linux yang lain atau Fedora versi lain. Dalam bahagian 1, saya akan memberikan sedikit pengenalan tentang Fedora juga perbezaan Ubuntu dan Fedora, menjelaskan keperluan spesifikasi hardware yang diperlukan bagi proses pemasangan dan langkah permulaan proses pemasangan atau install Fedora.

Secara ringkas, Fedora ialah salah satu distro Linux yang terkenal selain Ubuntu yang dulunya dikenali dengan nama Fedora Core. Fedora dibangunkan oleh komuniti Fedora Project dan ditaja oleh Red Hat. Seperti Ubuntu, Fedora juga menggunakan GNOME desktop dan terdapat juga untuk KDE dan Xface4 (Ubuntu telah memisahkannya menyebabkan wujudnya Kubuntu dan Xubuntu). Perlu saya ingatkan, tidak seperti Ubuntu, Fedora bukan disasarkan kepada “home user”. Ia lebih kepada pembangun (developer) bagi mendalami Linux dan lapang sasar RHEL. Hal ini kerana Fedora dan Ubuntu mempunyai matlamat yang berbeza. Matlamat Fedora adalah untuk meghasilkan Linux-based OS yang terbaru dalam FOSS (Free and Open Source Software) manakala Ubuntu adalah untuk menghasilkan sumber terbuka (open source) alternatif kepada Windows dan Office.

Sebelum kita memulakan proses memasang atau install Fedora, kita lihat dulu keperluan hardware computer yang diperlukan bagi Fedora 14.

  • 400 MHz Pentium Pro atau yang lebih baik (AMD, Cyrix, dan VIA processors pun boleh)
  • Minimum 512 MB memory (RAM), 1 GB adalah digalakkan
  • 10 GB Disk Space

Berbalik kepada isu utama untuk Install Fedora dual boot bersama Windows, dalam contoh kali ini, saya menggunakan Fedora 14 (yang terkini semasa artikel ini ditulis) dan memulakan dengan anggapan bahawa windows telah dipasang di dalam computer atau PC anda.

 

1. Bagi memudahkan proses dual boot ketika installation dan dimasa akan datang, anda digalakkan untuk menyediakan satu partition kosong untuk dijadikan tempat pemasangan atau installation Fedora.

2. Download iso Fedora daripada web Fedora Project. Burn file iso tersebut dalam CD.

3. Restart. Jangan lupa pastikan dalam bios, CD adalah yang pertama dalam “priority boot order”. Masukkan CD dan boot CD tersebut, klik Install

4. Anda akan dipaparkan dengan gambar seperti di bawah. RAM di bawah 512 MB akan gagal memaparkan gambar berikut. Klik “Next”.

2. Seterusnya adalah penetapan keyboard layout. Kebanyakan dari kita menggunakan “U.S. English”.

3. Seterusnya ialah devices yang terlibat dalam proses pemasangan. Pilih “Basic Storage Devices”

4. Sekarang anda dibenarkan untuk memilih nama bag PC atau computer anda. Nama tersebut juga akan digunakan bagi PC anda ketika berada dalam network. Letak ikut suka.

5. Tetapkan zon tempat tinggal anda bagi memudakan penetapan masa.

6. Langkah seterusnya adalah sangat mudah tetapi sangat penting iaitu root password. Root adalah account yang digunakan dalam Linux sama fungsi seperti account Administrator dalam Windows. Malah pada saya lebih penting lagi. Jadi tetapkan password dan pastikan anda ingat password tersebut bagi mengelakkan kesusahan di masa akan datang.

7. Seterusnya anda akan dipaparkan dengan jenis pemasangan atau install. Saya akan sambung dalam bahagian ke 2. Bahagian ke 2 adalah sangat penting dan memerlukan anda sangat berhati-hati kerana melibatkan hard disk dan data.

Sekian untuk bahagian 1.

9 Replies to “Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1”

  1. Honestly, beku otak aku bila baca entri ni.. he he. banyak yang tak paham. Dah lama kawe tak godek-godek komputer mcm time bujang dulu. 😀
    Still, thanks for sharing bro. Maybe next time kalau ada kamus komputer diatas meja, boleh faham dengan lebih baik lagi.

    1. @Ismail N,
      Ni baru pengenalan bro. Bahagian 2 tambah susah lagi. xpe2. Pelan2 baca. Nanti saya cuba tulis semudah mungkin..

    1. @syahrilhafiz,
      TQ. Ada terfikir gak nak wat sekali terus, tapi nampak panjang sgt. Secara psikologi nye takut org jadi malas nak cuba lak. Tapi camne pun, ak cuba link kan setiap tutorial tu. So xde masalah nak cari sambungannnya. 1 klik je. Hopefully dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *