Pastikan kelajuan Streamyx anda

Pengguna Streamyx yg melanggan perkhidmatan dari TM, sila pastikan kelajuan streamyx anda. Saya menasihatkan anda berbuat demikian disebabkan beberapa kes yg terjadi termasuk dari pengalaman saya sendiri yg mendapati speed yg sy dapati adalah sangat sedikit berbanding pakej yg sy langgan (hanya 50% daripada speed yg sy langgan).

Cara untuk test speed internet anda:

  • 1. Streamyx speedometer.

    – Buka laman web www.streamyx.com

    – Klik di ruangan speedometer (bahagian bawah sebelah kanan)

Sebagai alternatif kepada cara ini memandangkan speedometer TM ni down je, hobi kot, sy juga mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan speedtest

2. Speedtest

    – Buka laman web www.speedtest.net

    – Klik begin test

Pastikan speed yang anda dapati lebih kurang speed yg anda langgan.

*** Untuk test speed, pastikan anda menggunakan sambungan kabel dan hanya single user yg sedang  menggunakan internet

Kepada pihak TM, diharapkan perkara seperti ini tidak lg berulang. Bukan apa, kesian kepada user biasa yg kurang pengatahuan melanggan pakej yg mahal tetapi tidak dapat speed yg dijanjikan.

Info tambahan cerita tentang kes sy kepada siapa2 yg rajin baca:

Baru-baru ini saya telah menukar pakej tertentu dengan TM tetapi dengan speed yg sama. Saya menggunakan pakej streamyx 1mbps. Sehari selepas pemasangan dilakukan, sy test speed streamyx sy di pagi hari sebab kelajuan tertinggi biasanya di waktu pagi kerana diluar waktu puncak. Tetapi apa yang mengejutkan sy, kelajuan yg saya dapat hanya 400-600kbps. Sy call pihak TM untuk memastikan pakej yg saya ambil dan membuat aduan masalah sy. Selepas beberapa hari, tiada follow-up dilakukan oleh pihak TM. Sy membuat aduan semula dan proses ini berlarutan sehingga 3 kali aduan sy buat masih lagi tiada tindakan. Kali ke-4 sy call TM dengan bengangnya menyatakan yg sy begitu kecewa dengan pihak TM dan mendesak untuk bercakap terus dengan bahagian teknikal. Akhirnya, masalah sy selesai selepas hampir 2 minggu dengan alasan masalah teknikal dari pihak TM.

Diharap juga pihak TM memperbaiki mutu bahagian teknikal mereka agar dapat menyelesaikan masalah pengguna dengan pantas.

One Reply to “Pastikan kelajuan Streamyx anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *