Semasa artikel ini ditulis, pelanggan streamyx yg baru melanggan biasanya akan mendapat streamyx in a box wireless modem.
Ada pendapat mengatakan modem wireless ini setanding dengan cara sambungan modem + router yg biasa digunakan di zaman dulu kala bg user yg ramai. Betul ke???
Sedikit info tentang modem ini yg perlu anda tahu:
Modem ini disediakan dengan 1 sambungan ethernet kabel dan juga wireless. Tetapi perlu anda ketahui speed yg anda akan dapati daripada sambungan secara kabel dan wireless menggunakan modem ini adalah sangat berbeza. Jika anda melanggan pakej 1mbps, sambungan secara wireless hanya sekitar 500kbps.
Pegguna streamyx lama yang dapat modem sahaja, dan terpaksa membeli router sendiri jika hendak split kan user, adalah lebih baik. Hal ini adalah kerana standard router di pasaran membolehkan kelajuan 1mbps dikekalkan walaupun secara wireless. Tambahan lg, anda dapat banyak manfaat dari segi configuration router seperti mac filtering, port forward, port trigger, ssid broadcasting dan berbagai2 lagi option yg boleh optimize kan penggunakan internet dan kawalan security yg tinggi.
Artikel ini bukan untuk menyatakan yg anda seharusnya menggunakan modem dan router yg tidak dibekalkan oleh TM. Artikel ini untuk memberikan fakta kepada anda terutama kepada mereka yg sedang garu kepala mencari ISP yg ingin dilanggan. Asasnya adalah bagaimana keperluan anda. Jika anda single user yg selesa dengan sambungan kabel dan tidak menggunakan advance configuration yg disediakan oleh router, modem yg dibekalkan oleh streamyx adalah memadai. Tetapi jika anda mementingkan kelajuan semasa menggunakan wireless dan mempunyai ilmu untuk melakukan advance configuration pada router, penggunaan modem yg dibekalkan oleh streamyx mungkin tidak dapat memenuhi citarasa anda.
huh, modem TM xtahan lama.. pakai ON lebih 2 hari (tiap2 hari download) die cepat panas.. bila dah panas mula la sume jadi lembab.. ish.. beli yg lain lg best…
haha…TM jimat cost..
saya ada internet kat rumah dan share kat jiran-jiran. Apa modem / wireless yg sesuai yg nak digunakan . terima kasih
biasanya router yang ada di pasaran sekarang semuanya ok. boleh kata hampir semua router yang dijual support speed b g n. Range dan branding tu pun biasa kita tengok jugak. macam mana pun biasanya yang mahal memang lebih elok. kadang-kadang support untuk configuration macam port forward, filtering, qos dan sebagainya.
kalau nak share ramai biasanya boleh check diameter range router berapa jauh boleh pergi. yang penting bila configure router tu pastikan channel router tak sama dengan wireless router lain yang berdekatan.