KeePass Cara Alternatif Menyimpan Password

KeePass 0

KeePass adalah salah satu software open source bagi tujuan menyimpan password yang terbaik yang pernah saya jumpa dan gunakan. Software open source mempunyai beberapa kelebihan dan kebaikan terutama apabila ia melibatkan perkara yang privasi seperti password. Bukan sahaja ia percuma, malah coding software open source ditulis, ditunjukkan dan dikongsi kepada semua orang. Maka sebagai pengguna biasa, kita tidak akan rasa risau jika ada hidden code yang sebenarnya mendedahkan password yang kita simpan dalam software tersebut. Hal ini meletakkan KeePass sebagai salah satu software terbaik untuk digunakan sebagai penyimpan password berbanding software atau aplikasi komersial yang berbayar dan tidak diniliai ketelusan coding mereka.

 

KeePass mempunyai fungsi asas sama seperti software penyimpan password lain. Antara fungsi tersebut adalah seperti fungsi password untuk membuka aplikasi KeePass, fungsi untuk menyimpan username, generate password, menyimpan url termasuk copy paste serta auto type. Jika anda tidak pernah menggunakan software menyimpan password sebelum ini, saya tunjukkan sedikit sebanyak cara untuk anda gunakan supaya anda mendapat gambaran bagaimana software ini berfungsi.

 

Cara Menggunakan Software KeePass

 

1. Download software KeePass secara percuma melalui sourceforge dari website mereka.

KeePass Download

Anda akan dipaparkan dengan versi classic atau professional. Kedua-dua versi adalah percuma. Dalam contoh ini, saya menggunakan professional edition. Terpulang kepada anda untuk menggunakan Installer atau Zip (Portable).

 

Software ini boleh berfungsi di atas platform windows 2000, XP, Vista, Windows 7, Windows 8 32 bit atau 64 bit. Professional version berfungsi juga diatas platform, Windows 98, Windows Me, Linux dan Mac OS.

 

2. Install atau unzip software tersebut. Run KeePass Password Safe

 

KeePass 1wtmk

 

3. Create database.

 

KeePass 2wtmk

 

  • File –> New
  • Masukkan nama database apa sahaja yang anda suka, dan klik save.
  • Create password untuk membuka database tersebut.

Ini adalah satu satunya password yang perlu anda ingat. Jika anda ingin keselamatan yang lebih tinggi, anda boleh create key file untuk membuka database tersebut. Bermakna kedua-dua perkara tersebut iaitu password dan keyfile diperlukan untuk membuka database anda. Satu lagi pilihan adalah Windows user account. Saya tidak menggalakkan fungsi Windows user account melainkan anda tahu bagaimana nak backup dan recover user account windows anda seandainya pc anda bermasalah. Malah adalah sukar untuk anda buka database tersebut di PC lain sekiranya diperlukan.

 

KeePass 3wtmk

 

  • Klik OK.

Anda boleh masukkan database name dan description sekiranya perlu. Nama yang anda letakkan disini akan digunakan sebagai display name sahaja dalam software KeePass.

 

4. Selesai bahagian installation dan mencipta database. Sekarang anda boleh simpan password anda. Langkah seterusnya adalah optional. Anda boleh create satu folder bertujuan seperti group atau kumpulan dalam database anda.

Right click nama database anda, dan pilih Add Group. Letakkan nama folder atau group tersebut sebagai contoh Website.

 

5. Klik Add Entry. Masukkan title, username, password dan juga url bagi password tersebut. Bagi password, anda mempunya pilihan untuk masukkna password ciptaan anda sendiri atau menggunakan password generator. Klik OK.

 

KeePass 4wtmk

 

6. Selesai proses menyimpan. Sekarang anda boleh right click entry anda tadi untuk melihat option atau pilihan-pilihan penting yang diberi seperti copy username, copy password, open URL, perform auto-type dan sebagainya

 

KeePass 5wtmk

 

Satu lagi perkara yang boleh anda customize dan pada saya tak kurang pentingnya adalah bahagian ‘”Options” KeePass. Pada bahaguan Menu, pilih Tools dan klik Options.

 

Pada bahagian ini, anda boleh menetapkan setting seperti berapa lama tempoh untuk auto lock database anda, tempoh clear clipboard, apa yang terjadi bila anda klik pangkah pada software ini dan sebagainya. Ini dapat meningkatka tahap keselamatan software ini seandainya anda terlupa untuk menutup aplikasi KeePass dalam PC anda atau anda meninggalkan PC anda dalam tempoh lama.

 

KeePass 6wtmk

 

 
Plugin KeePass

 

Satu lagi kelebihan KeePass adalah software ini dilengkapi dengan pelbagai plugin yang boleh anda sertakan untuk menambah baik aplikasi ini.

Saya akan kongsi dua plugins yang saya gunakan.

 

1. Google Sync Plugin

Tujuannya mudah. Plugin ini akan menyimpan database saya dan sync setiap kali ada tambahan entry di Google Drive. Maka andaikata saya gunakan PC lain dan tidak membawa thumbdrive saya, saya boleh download database saya daripada Google Drive dan aplikasi KeePass untuk mendapatkan semua password dan url yang telah saya simpan.

 

KeePass 7wtmk

 

2. KeePassHTTP

Plugin ini digunakan bersama PassIFox untuk Mozilla Firefox dan chromeIPass untuk Google Chrome. Tujuannya adalah untuk auto insert atau auto type. Apabila anda membuka satu url pada browser yang anda telah simpan password dalam aplikasi KeePass, Plugin ini secara automatik akan masukkan username dan password anda dalam browser. Seandainya URL tersebut mempunya dua atau lebih account seperi email, anda boleh memilih account yang mana anda ingin masukkan kedalam browser. Cara ini bukan sahaja selamat, malah sangat menjimatkan masa untuk mengingat dan memasukkan password anda.

 

KeePass 8wtmk

 

Anda boleh lihat dan mencuba sendiri pelbagai lagi plugin Keepass dengan fungsi yang tersendiri di website mereka KeePass Plugins

 

Mungkin ada persolan selamat atau tidak menyimpan username dan password dalam software seperti ini. Ya, mungkin ada buruknya. Tetapi perlu juga anda ingat bahawa password yang baik adalah password yang tidak mudah diteka oleh orang lain seperti tarikh lahir anda dan mengandungi simbol atau character yang jarang digunakan serta panjang yang mencukupi. Namun begitu, jika password seperti ini direka oleh anda, persoalannya mampukah anda untuk mengingati password tersebut? Berapa banyak password yang anda boleh reka dan mampu untuk anda mengingati kesemuanya untuk pelbagai account milik anda di internet?

 

Perlu juga anda ketahui walaupun password anda sukar untuk diteka, tetapi jika anda menggunakan satu password tersebut untuk hampir kesemua account anda, ia adalah langkah yang kurang bijak. Hal ini kerana sekiranya andaikata satu website digodam dan maklumat account anda diperoleh, menggunakan password yang sama penggodam tersebut boleh mendapat akses hampir kesemua account anda.

 

Selain dari penggodam website, perlu juga anda ambil kira faktor daripada pc anda sendiri seperti wujudnya spyware atau keylogger dalam PC anda. Keylogger mampu untuk merekod semua input yang anda masukkan atau dalam bahasa yang mudah mampu untuk merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, snapshot dan sebagainya. Dengan bantuan auto input daripada KeePass, risiko seperti ini dapat dikurangkan.

 

Selain daripada KeePass, terdapat banyak lagi software lain yang mempunya fungsi yang sama bertujuan menyimpan password. Seandainya anda mempunyai cadangan yang lebih baik, sama ada aplikasi komersial atau percuma, anda boleh kongsi bersama diruangan komen semoga ia membawa manfaat kepada kita semua.

 

Terima Kasih..

12 Replies to “KeePass Cara Alternatif Menyimpan Password”

  1. selamatkah penggunaan software ni? sebab kebanyakan software yang menyimpan atau generate password kebiasaannya meletakkan paasword di dalam file yang khusus yang boleh di’panggil’ balik oleh pengguna.

  2. tak suka software mcm ni. dalam mac ada gak software macam ni. tp banyak dibangun oleh group malware untuk tarik balik password tu bila dah abis trail nanti. amat bahaya 🙂

    sekadar sharing 🙂

    1. ohh.. saya da tak larat nak ingat.. password email je da berbelas, domain, hosting, online mcd, pizza, domino, ebay, tgv, gsc, paypal dan segala jenis kad, forum yang tak terkira dan entah apa2 lagi yang semuanya pun kena register. asik kena tekan forgot password je tu yang tak larat tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *