Pernah tak anda terlintas dengan error dari Yahoo ini. Sebenarnya error ini selain apa yang dinyatakan oleh Yahoo, ia mempunyai rahsianya yang tersendiri (bagi suspen sikit..haha). Dalam kes-kes biasa, seperi menggunakan email dan Yahoo services yang lain, sebab utama error ini adalah bandwith limiting system yang Yahoo letakkan di dalam server. Kenapa Yahoo lakukan ini semua? Tegar sungguh pak cik Yahoo kita ni. Antara sebab-sebab yang boleh difikirkan adalah untuk mengelakkan DoS (Denial of Servive) attack dan juga untuk memberhentikan kerja-kera automatik program (automate access program) yang dijalankan oleh program tertentu yang boleh menyebabkan ratusan ‘request’ dalam masa sesaat. Adakah anda mungkin terkena error ini?
Pada kebiasaannya untuk manusia yang normal untuk penggunaan Yahoo services, adalah agak sukar untuk anda menghasilkan jumlah “traffic” yang cukup untuk trigger error ini melainkan anda adalah user yang betul2 berat. Maksud saya “heavy user”. bukan berat badan anda. Error ini boleh mengakibatkan IP adress anda di ‘block’ untuk suatu jangka masa tertentu (2 – 24 jam biasanya).
Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Cara:
1. Clear kan cookies dan cache – biasanya cara ini tidak akan membantu.
2. Tukar browser yang anda gunakan.- Cara ni pun boleh dicuba tetapi biasanya tidak akan membantu
3. Gunakan “secure” option bila login di Yahoo. – Kadang2 boleh guna cara ini, kadang-kadang tak
Cara yang boleh membantu anda dengan izin tuhan:
1. Gunakan Proxy Server
2. Jika anda gunakan dial-up modem, router atau apa2 yang menggunakan dynamic IP, disconnect internet dan connect semula selepas beberapa minit
3. Jika anda menggunakan web accelerator, tutup web accelerator anda.
Pada hakikatnya (rahsia) tentang error ini yang ramai user tidak tahu sehinggakan saya dok terfikir apakah dosa yang telah saya lakukan sehingga error yang tak sepatutnya keluar ni, tanpa segan silu muncul di hadapan saya. Sebenarnya, error ini bukan sahaja boleh disebabkan oleh “excessive bandwith usage” tetapi juga disebabkan anda meletakkan link (url) website tertentu menggunakan Yahoo service seperi Yahoo Answer dan sebagainya. Terutama jika anda user level 1. Lihat screenshot ini:
User level 1 dalam Yahoo services seperti Yahoo Answer, anda tidak dibenarkan post sebarang url atau link terutama jika domain itu bukan nama yang terkenal. Error ini akan disiarkan menyebabkan anda gagal untuk post apa jua yang anda ingin perkatakan. Tetapi anda bernasib baik sebab Yahoo tidak akan block anda bagi kes ini.
Anda nak post link juga? Degil sungguh anda. Tidak mengapa, degil seperti ini akan membawa anda ke arah kejayaan. haha. Cara:
1. Cara paling mudah. Letakkan ‘space’ di tengah-tengah url anda.
Sebagai contoh: http:// wwww. khidhir. co. cc
2.
– Submit dahulu post anda TANPA sebarang url.
– Klik Edit
– Masukkan link yang anda mahukan, kemudian submit
– Berjaya. Link anda akan tertera walaupun anda user level 1.
Teknik ini berkesan ketika artikel ini ditulis yang mana saya anggap sebagai memanipulasi kelemahan Yahoo!. Kalau Yahoo dah fix, susah cerita. Selamat mencuba..
tak pernah kena kat yahoo tapi selalu gak kena similar thing kat gmail… sama ke eh?
@papabear,
dari segi excessive bandwith mungkin..tp kalau sebab url sy tak pasti sebab sy tak pernah kena kat gmail..
emmm..BF hana hari tu baru je cakap pasal denial of service ni. hana tanya dia camne nak senang up traffic tanpa blogwalking. dia sebut pasal DOS ni. then dia cakap tapi nanti ip kena ban. entah lah hana pon x tau bab2 it ni. x paham gueee… hehe
@Anne Boleyn,
BF? Alamak..Da ada bf rupanya..melepas..haha..
gurau2 je ye hana..
Hmmm..sebenarnya ada macam2 software yg boleh bantu utk traffic ni..Tp tu la, software ni automatic, tak sama dgn manusia..Tu yg boleh jd excessive bandwith..Takut tersilap langkah, nant habis page hana..Boley kena “ban” dan dianggap spam..PR pun jatuh nant..
Aku memang cukup blur dengan benda cam gini.. huhuhu
@ST,
takpe, pelan2 kayuh. Maybe artikel ni tak penting sgt kot utk org yg tak pernah kena error ni. Tapi nanti kalau terkena, boleh la baca semula artikel ni