WordPress 3.0 Memory Perlukan 256MB?

 

WordPress 3.0 secara rasminya menyatakan memerlukan 256MB memory tetapi angka ini tidak dinyatakan dalam minimum requirement mereka. Encik WordPress, tahukah anda statement sebegini sebenarnya menakutkan.

Tahukah anda, di beberapa sever, peningkatan memory melebihi memory limit server anda boleh menghancurkan blog anda.

Apa yang saya tahu, beberapa orang telah cuba menyelesaikan masalah ini dengan downgrade PHP dan mereka berjaya. Jadi requirement sebenarnya tidak 256MB.

Daripada maklumat yang saya dapati, anda hanya perlukan memory sebanyak ini jika anda menggunakan feature terbaru dari WordPress iaitu Multisite yang mana anda host banyak site dengan hanya satu WordPress backend. Tapi berapa banyak sangat user yang menggunakan feature ini? So, saya tak rasa En WordPress perlu menakutkan user dengan statement sebegini.

Cadangan saya, 24M sebenarnya sudah memadai. Tetapi jika anda pengguna wordpress dengan plugin yg melebihi 40 plugin, anda mungkin perlu increase memory anda sehingga 64M bagi memastikan tiada masalah apabila anda melaksanakan automatic update untuk plugin dan wordpress anda. Cara Increase memory akan saya ceritakan di artikel akan datang.

P/S: Gambar di atas hanya hiasan semata-mata untuk menunjukkan bilangan makhluk yang telah download WordPress 3.0 ketika artikel ini ditulis. Tiada kena-mengena dengan memory ye.

Sekian..

3 Replies to “WordPress 3.0 Memory Perlukan 256MB?”

    1. @ST,
      yup. Harap2 shared hosting di Malaysia ni akan cuba improve lagi sesuai dgn perkembangan teknologi masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *