WordPress 3.0.3 – Memperbaiki Remote Publishing

Baru 8 hari selepas versi 3.0.2 dikeluarkan, kini versi 3.0.3 telah dilancarkan. Versi ini hanya perlu anda update jika anda menggunakan fungsi Remote Publishing terutama kepada mereka yang mempunyai pengguna di tahap “author” atau “contributor”. Versi 3.0.3 ini lebih kepada memperbaiki isu keselamatan dan secara peribada saya menganggap versi ini adalah update yang tertinggal daripada versi 3.0.2. Nampaknya Encik WordPress telah terlepas pandang isu Remote Publishing ini semasa update versi 3.0.2 yang mana saya percaya kebanyakan pengguna WordPress menggunakan fungsi ini.

Tidak banyak yang nak diperkatakan tentang wordpress versi 3.0.3 ini memandangkan hanya sedikit perkara iaitu isu pengguna  “author” dan “contributor” yang mampu edit, publish atau buang post dalam keadaan yang tertentu yang diperbaiki oleh Encik WordPress.

Walaubagaimanapun, jika anda pengguna shadowbox js, anda mungkin akan berhadapan sedikit masalah kegagalan plugin ini untuk berfungsi. Nasib baik manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Sivel ini agak pantas memberikan support kepada pengguna. Menurut Sivel, jika anda mengalami masalah kegagalan untuk berfungsi, apa yang boleh anda cuba ialah reset semula setting kepada default. Jika masalah anda berpunca daripada cache, anda boleh dapatkan development version baru yang mana dilengkapi dengan satu option baru untuk “disable cached”. Sebarang isu-isu terpencil, anda boleh minta tolong dengan beliau sendiri yang sememangnya pakar dalam WordPress untuk menyelesaikan masalah anda.

3 Replies to “WordPress 3.0.3 – Memperbaiki Remote Publishing”

  1. ok, kalu camtu, aku tak perlu nak update kot sebab aku sorang je author blog aku..

    * teringat dulu pernah update wordpress, trlupa nak backup theme, habis lari setting2 theme sebelum tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.