Wajah Nuffnang Ketika Downtime

Artikel kali ini adalah berkenaan dengan Nuffnang ketika mereka mengalami downtime disebabkan kerosakan teknikal pada database mereka. Tidak banyak yang nak diperkatakan dalam artikel kali ini, cuma saya hanya nak berkongsi dengan anda di suatu malam ketika saya terserempak dengan website Nuffnang yang gagal berfungsi. Mungkin selama ini anda tidak pernah lihat bagaimana agaknya wajah Nuffnang ketika downtime terjadi. Maka artikel kali ini nak berkongsi dengan anda beberapa screenshot ketika Nuffnang mereka mengalami downtime.

Walau sebesar atau sehebat mana pun sesuatu website itu, downtime adalah perkara yang tidak mustahil terjadi. Jika anda sedar, Twitter juga pernah mengalami downtime. Walaubagaimanapun, orang kata biar papa asal bergaya. Begitu juga dengan website-website seperti Nuffnang, Twitter dan sebagainya. Setiap website tersebut tetap menginginkan kelihatan macho atau bergaya dan mengekalkan kehebatan mereka walaupun ketika downtime. Maka wajah-wajah mereka ketika downtime adalah sesuatu yang unik, bergaya dan macho tetapi sukar untuk kita dapat lihat.

Screenshot pertama adalah yang saya capture sendiri pada 10 Januari 2011 ketika Nuffnang mengalami database error.

 

Screenshot kedua adalah apabila saya klik iklan  di website publisher Nuffnang (nampak border iklan, tapi kosong di tengahnya)

Screenshot seterusnya adalah downtime pada 19 Februari 2008. Screenshot ini ketika salah satu hard disk server Nuffnang mereka mengalami masalah.

Dah terlanjur berkongsi screenshot, jom kita tengok screenshot dari website terkenal yang lain. Bagaimana wajah mereka ketika downtime.

Twitter:

 

Youtube:

1001117

 

Reddit:

Macamana? Menarik bukan. Walaupun ketika downtime, mereka masih mengekalkan wajah-wajah yang pada saya cukup unik dan cantik.

Sekian..

24 Replies to “Wajah Nuffnang Ketika Downtime”

  1. Aku pun terkejut bila keluar script2 pelik kat iklan Nuffnang tu. Ingat ada masaalah ke pada blog aku. Nasib baik depa punya hal. Skrg OK balik dah.. 😀

    1. @sufian,
      bro sufian da guna nuffnang da. selama ni bro la satu-satunya website yg saya jumpa ada domain sendiri tapi takde iklan.

    1. @zik,
      soalan yg bagus..haha. Sebenarnya takde lagi. Memang terfikir nak buat, tapi belum ada kerajinan lagi memandangkan saya memang kurang sikit bab-bab kreativiti ni.

  2. kalau yang twitter, ikan paus je yang selalu nampak ketika downtime…kadang2 tension jugak bila kena mcm ni…huhu…

    ok, dah jawab soalan math kat bawah…susah woot! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.