PayPal merupakan e-commerce business yang membenarkan pemindahan wang dilakukan melalui internet dan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan internet berbayar. Kebanyakan website yang menerima bayaran atau memberi bayaran kepada anda menggunakan perkhidmatan PayPal bagi memudahkan urusan mereka dengan anda sebagai alternatif kepada kad kredit. Membuat account PayPal adalah mudah tetapi untuk Confirm account PayPal anda atau Verified account PayPal memerlukan nombor kad kredit. Perkara ini menyulitkan keadaan bagi orang yang kurang berkemampuan atau tidak berminat dengan penggunaan kad kredit. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang tidak sedar bahawa anda boleh Confirm atau Verified account PayPal anda hanya dengan menggunakan Maybank2u.
Maka hari ini saya akan membantu pengguna internet yang tidak mempunyai kad kredit untuk confirm atau verified account PayPal anda dengan menggunakan Maybank2u.
Cara – Cara:
Update: Langkah arahan 1 hingga 4 dan terus ke arahan 5
1. Pastikan anda mempunyai debit kad ATM Maybank dan telah aktifkan perkhidmatan Maybank2u.
2. Login akaun Maybank2u anda. Klik di “Maybankard Secure Online Shopping Registration” di bawah perkhidmatan “Utilities”.
3. Anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “Submit”
4. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan mendapat paparan successful seperti gambar di bawah.
5. Sekarang, Login ke dalam account PayPal anda. Perhatikan kotak di sebelah kanan. Cari ayat “Confirm my debit or credit card”
6. Isikan maklumat tentang kad ATM anda. Sekarang, PayPal akan mengenakan caj bayaran RM10 kepada kad ATM anda. Anda perlu mengisi ruangan code PayPal bagi verified account PayPal dan seterusnya mendapatkan semula RM10 anda.
7. Langkah seterusnya adalah bagi mendapatkan code PayPal tersebut. Login kedalam Maybank2u semula. Di bawah “Account Details” cari perkataan “Debit Card History”. Catatkan 4 nombor selepas PP*. Perhatikan contoh berikut. “PP*xxxx” (xxxx adalah code PayPal tersebut. Lihat gambar dibawah agar lebih jelas.
8. Masukkan 4 nombor (code PayPal) tersebut ke dalam ruangan yang disediakan oleh PayPal seperti gambar yang telah ditunjukkan di langkah 6. Setelah proses ini berjaya, anda akan dipaparkan dengan pemberitahuan bahawa anda account PayPal anda telah verified dan RM10 anda akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam. Tetapi berdasarkan pengalaman, ada kemungkinan proses mengembalikan RM10 anda mengambil masa sehingga 48 jam.
9. Selesai. Homepage account PayPal anda akan memaparkan status “verified” dan “PayPal balance” sebanyak RM10.
Fakta yang tersirat tetapi sangat penting dan saya rasa perlu anda ketahui. PayPal menyebut “RM10 or equivalent”. Berdasarkan pengalaman, nilai sebenar caj yang PayPal kenakan adalah RM10.92. Malah pulangan RM10 yang diberikan kepada anda adalah bukannya dimasukkan kedalam account Maybank tetapi account PayPal. Hal ini bermaksud, jika anda ingin menyalurkan wang tersebut terus kedalam account Maybank semula, anda akan dikenakan caj sebanyak RM3. PayPal membenarkan anda menyalurkan wang kedalam account Maybank anda dengan percuma jika nilai wang tersebut melebihi RM400.
Caj sebegini mengikut pandangan saya adalah salah satu cara PayPal untuk mengaut keuntungan. Maka ia terpulang kepada anda. Jika anda memerlukan account PayPal untuk sebarang urusan kewangan di internet terutama melibatkan luar negara, PayPal adalah satu alternatif terbaik selain daripada kad kredit dan sangat berbaloi jika dibandingkan anda terpaksa mendaftar kad kredit hanya untuk urusan kewangan di internet
Sekian, Selamat Mencuba..
Paypal mmg mudah kalau nak buat transaksi internet. Aku dpt first internet income pun melalui Paypal. Sehari jer dah boleh cucuk duit keluar.
@ST,
Yup. PayPal dah jadi sangat popular dalam transaksi internet. Senang kalau ada
paypal penting untuk transaction luar negara… aku pun verify pakai macam dekat atas nie…
thanks bro…dah lama cari cara2 nak buat macam ni… 🙂
@SyafzMagz,
welcome..
Terima kasih..aku baru godek2 nak verified guna kad kredit xada so terpaksa gunakan cara di atas senang
@cermin mata,
Sama2.. Memang tujuan sebenar utk membantu org2 yg xde kad kredit..
Terima kasih atas info berguna..banyak tak tau…ingat kene pakai kad kredit…rupanya pakai kad bank pun boleh..terima kasih atas info..
@Muhamad Arif Zaripin,
Sama2..
Saya belum create akaun paypal lagi. Tp mmg kena buat jugak utk redeem hasil dr google ads & ziddu 🙂
Review yang sangat berguna untuk para pengguna yang tiada visa card..
terima kasih khidhir 😉
@Mohd Fuad Bin Ishak,
Sama2..
ooo… boleh verified guna maybank ke… tp takpe… paypal aku dah diverifiedkan…kalau tak silap ingat… walaupun jarang guna paypal… virifiedkan awal2 utk masa akan dtg 🙂
@Aku Budak Melayu,
yup. betul tu. snang bila2 kalau nak guna
bro..lepas comfirm my debit and credit card tu..kena tggu berapa lama utk dia send code di maybank2u?
@lockman,
masa sy buat tu tak lama sgt. tapi bukan serta merta. dalam beberapa jam kot. coz lepas saya check maybank2u belum dapat code dari paypal, saya g mandi, makan2 n lepak2 dulu. pastu bukak comp da ada. bro tunggu dulu. rasanya xlebih 24 jam..
@Khidhir, ooo..kalau mcm tu xpela..risau gak sy td..tengok kosong je lg kat debit history..hehe..apa2 pn tq ye..nice info..
sara pnye maybank 2u x der secure online shoping la kenapa ek?
memang dah tak nampak secure online shopping tu. Saya nak try pun dah takde account maybank2u lain. Tapi apa yang Sara boleh cuba:
1. Maybe sekarang ni paypal dah bagi verify guna bank account. Saya tak sure sebab saya dah verified. Tapi saya nampak link untuk add bank account di Malaysia.
2. Kalau Sara nak guna debit card maybank, Sara cuba buka Maybank2u Account Details macam dalam gambar 7 tu, tengok ada tak Debit Card History. Kalau memang dah ada, maybe Maybank2u dah buatkan automatik. So, Sara boleh try skip arahan 1 hingga 4.
info yang sangat berguna..thanks
welcome. harap bermanfaat untuk semua