Upgrade Ubuntu anda kepada Ubuntu 10.10

 

10 October 2010, Ubuntu 10.10 atau lebih dikenali dengan kod nama sebagai Maverick Meerkat  telah dilancarkan. Versi ini telah disenaraikan dalam versi yang stabil dan diedarkkan kepada pengguna. Ubuntu 10.10 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengguna Ubuntu selepas versi 10.04.1 dilancarkan pada 17 Ogos 2010. Bagi pengguna yang baru ingin mencuba Ubuntu, anda boleh download secara percuma. Bagi pengguna lama, anda boleh upgrade Ubuntu anda kepada versi Ubuntu 10.10. Artikel ini akan berkongsi cara upgrade versi Ubuntu anda.

Contoh ini menggunakan Ubuntu 10.04 untuk upgrade kepada versi Ubuntu 10.10

1. Buka terminal dan taip

     update-manager –d

2.  Interface update manager akan dipaparkan kepada anda. Klik upgrade

3. Seterusnya, “Release Notes” akan dipaparkan. Klik upgrade sekali lagi

4.  Tunggu, tunggu dan teruskan menunggu. Proses ini mengambil masa 15-30 minit bergantung kepada kelajuan PC anda.

5. Proses selesai. Anda dikhendaki untuk restart PC anda.

6. Anda boleh lihat versi yang anda gunakan dengan menulis arahan berikut di “terminal” anda.

    lsb_release –a atau /etc/lsb-release atau cat /etc/issue

Perhatian: Kaedah ini tidak digalakkan jika anda menggunakan “dual boot” dengan Windows dan kurang mahir mengawal “boot manager”. Kaedah ini berpotensi merosakkan proses boot yang biasanya dikawal oleh Windows dan anda akan menghadapi masalah dengan “Grub”.

Sekian. Selamat Mencuba..

8 Replies to “Upgrade Ubuntu anda kepada Ubuntu 10.10”

    1. @ST,
      haha. boleh2. bro nak cuba, cuba je la. pesanan tu utk user yg kurang mahir je. sebab masalah dgn boot manager ni kesan dia nant x boleh nak boot mana2 OS.
      Kalau da cuba, ada prob, boleh tinggalkan comment kat sini. InsyAllah sy boleh bantu selesaikan.

  1. macam nak cuba, tapi memang tau akan ada masalah sebab skrg guna dual boot!

    * dah standby /boot dlm partition lain, kalu ada apa2 problem, format & install /boot je 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *