Unlocker merupakan sebuah software atau aplikasi percuma yang begitu kecil dan ringan dan sememangnya telah lama berada di internet dari zaman Windows XP lagi sehingga kini. Walaupun software ini kecil dan ringan juga diberikan percuma kepada anda, namun anda jangan memandang rendah kepada kemampuan software ini. Kata orang kecil-kecil cili padi, walaupun kecil masih mampu berbudi. Maka artikel kali ini akan membawa kepada anda serba sedikit kegunaannya, sekecil manakah software atau aplikasi unlocker ini, sejauh mana kemampuannya dan juga persoalan-persoalan yang mungkin timbul daripada sudut hati anda apabila anda download dan install software ini.
Fungsi utama dalam software Unlocker ialah ia berkemampuan mengenalpasti mana-mana aplikasi atau proses yang sedang menggunakan sesuatu file, folder atau thumbdrive anda. Dengan wujudnya satu fungsi sebegini, beberapa kegunaan lain boleh dimanfaatkan daripada software Unlocker ini.
Antara kegunaan utama software unlocker ini:
1. Apabila anda ingin menanggalkan usb thumbdrive, memory card dan sebagainya daripada USB port anda menggunakan fungsi “safely remove hardware”, kadang-kadang anda akan berhadapan dengan kegagalan fungsi tersebut oleh kerana ada proses, program atau aplikasi lain yang sedang menggunakan usb thumbdrive anda. Biasanya ia berlaku oleh kerana terlalu banyak program yang anda buka sehingga anda tidak sedar ada program yang sedang akses usb thumbdrive anda atau ada proses lain yang sedang akses thumbdrive anda tanpa anda sedari. Maka, paparan seperti gambar di bawah akan terpapar di PC anda.
2. Apabila anda ingin membuang atau delete sesuatu file, menamakan atau rename file, juga memindahkan atau move file tersebut, anda mungkin akan berhadapan dengan perkataan seperti “Cannot delete file: Access is denied” ,“There has been a sharing violation”, atau “The source or destination file may be in use or the file is in use by another program or user. Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use”. Disini sekali lagi software unlocker ini akan menjadi sangat berguna.
3. Kadang-kadang anda telah kenalpasti file atau aplikasi yang mengandungi virus. Namun anda gagal membuang atau delete file tersebut disebabkan perubahan setting yang telah dilakukan oleh virus keatas file tersebut atau masih ada file lain dari virus yang sama sedang mengawal file tersebut. Maka anda boleh cuba menggunakan Unlocker untuk mengatasi masalah ini. Namun, untuk pengetahuan anda, Unlocker bukanlah software terbaik yang dikhususkan menyelesaikan kes-kes sebegini. Anda boleh cuba, tetapi ada kemungkinan kadang kala anda tidak akan berjaya membuang file tersebut.
Berapa Kecil atau Ringan Software Unlocker Ini?
Apabila aplikasi atau software Unlocker ini dijalankan, ia hanya menggunakan 1280K memory.
Unlocker Assistant pula akan mengambil memory sebanyak 608K. (Unlocker assistant boleh anda disable sekiranya anda rasakan tidak perlu)
Dimana Saya Boleh Dapatkan Software Unlocker Ini?
1. Anda boleh menggunakan khidmat Pak Cik Google dengan menggunakan perkataan “unlocker”.
2. Anda boleh cuba mencari dan download software ini dari Cnet Download
3. Download Versi 1.9.0 (Terkini ketika ini) di link Mediafire : Unlocker 1.9.0
Bagaimana Saya Ingin Gunakan Software Unlocker Ini?
Selepas anda install software ini,
1. Automatik (default) : Ia dinamakan Unlocker Assistant. Ia akan terpapar di toolbar pada bahagian icon notification area. Secara default, ianya autostart tetapi anda boleh mematikan fungsi ini dengan mudah sekiranya anda rasakan tidak perlu. Pop-up dari software Unlocker akan terpapar sekiranya anda gagal untuk menanggalkan atau eject thumbdrive anda, membuang atau delete file, menamakan atau rename file dan juga memindahkan atau move file yang anda inginkan.
2. Manual (context menu) : Klik kanan pada icon thumbdrive anda, file atau folder yang anda pilih, dan klik pada perkataan “Unlocker”
Antivirus Saya Kenalpasti Unlocker Sebagai Virus
Unlocker 1.9.0 telah diuji dengan 43 antivirus yang terkenal. Daripada 43 antivirus yang terkenal hanya 2 daripadanya mengenalpasti Unlocker sebagai virus iaitu Antiy-AVL, Nod32 atau Eset Smart Security. Saya percaya ia disebabkan cara Unlocker mengesan proses yang sedang akses file tersebut menyebabkan ia kelihatan seperti virus terutama disebabkan scan engine sekarang ini dilengkapi dengan “heuristic analysis”. Walaubagaimanapun, 13 VT komuniti mengesahkan yang software Unlocker selamat digunakan.
memang tgh cari tools nih. thanks for sharing ya 🙂
@papabear,
welcome
Nampak menarik.. byk kelebihan nya.. thanks bro kongsi..
Terima kasih diatas perkongsian ini..Kebetulan pulak dalam pendrive aku ada folder pelik yang tak boleg delete..aku syak virus tapi antivirus tak dapat kesan pon…tak pe,dengan unlocker ni aku cuba test..
aku ada pendrive nie.. kenapa ada fail yang tak boleh delete… kena format baru boleh clear… nampaknya aku dah jumpa jalan penyelesaiannya disini… syukran2..
Kat desktop Jai ada folder kosong yang xblh nak deleted. Bila deleted je kluar “FIle In USe”.. Ada dua folder dah lama nak buang.. Guna ni boleh ke?
@decrewz,
boleh cuba jai. download dan install software ni pun skjap je. kalau agak2 tak best, nak uninstall pun senang
ada juga virus yg liat tak boleh guna software.. (worm conime kot, tak ingat. tapi pernah kena le)..
@sufian,
kalau betul2 nak buang virus camtu kene guna hijakcthis. Tapi mmg kene extra hati2 dgn software tu. Takut terbuang yg berguna
boleh tolong tak? bagaimana nak install microsoft word kalau dah ter’uninstalled’ dia punya program dalam pc kita ek? boleh tolong tak? needs your help! nak kena download balik ker?
@keyrill eduardo willeyhem,
maksudnya? kalau dah uninstall samada sengaja atau tidak memang kene install semula. Cara lain adalah restore backup (kalau ada buat) atau gunakan “system restore” tu pun kalau ada point sebelum uninstalled microsoft word.
**Jika ada masalah berkaitan install versi “lanun” microsoft word,boleh bertanya di Fanpage Facebook Khidhir dot Com.
kt laptop aku memang dah ada dh benda nih…
btw.. thanx 4 sharing..
p/s : baru tau ku guba menatang tuh..hehehe.. thanx bro.. buta it betul aku nih.. 🙂
wah bagus software ni…. thanks for sharing
@Ismail N,
welcome..
thanx sharing..memang tgh mengalami simptom2 mcm ni..kdg2 rase nak mengamuk pon ade..anyway thanx sesangat..
@allia farhana,
welcome..
dah lama guna Unlocker.. memang best software ni..
Wajib download ni!!!
dlu guna untk xp. seven xslalu pulk nk rosaknye. huhu. tu yg xgne dh. btw software ni best 😀