Tweak UI Memudahkan Advanced Setting Windows XP

Walaupun pengguna Windows 7 semakin bertambah, namun masih ada di antara kita yang masih kekal menggunakan Windows XP atas pelbagai sebab seperti performance dan sebagainya. Terdapat banyak setting atau configuration yang boleh dilakukan dengan mudah di atas platform Windows 7 tetapi memerlukan kemahiran yang sedikit tinggi yang mana agak rumit dan sukar untuk dilakukan di Windows XP.  Oleh kerana itu, artikel ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna Windows XP agar dapat mengoptimasikan penggunaan Windows dengan baik dengan cara yang mudah dan senang menggunakan Tweak UI. Tweak UI merupakan software atau perisian daripada Microsoft sendiri. Oleh itu, kemampuan dan keberkesanan perisian ini sememangnya tidak diragui.

Sebenarnya software atau perisian Tweak UI ini mungkin telah sedia ada dalam PC atau komputer anda semasa pemasangan atau installation Windows dijalankan. Saya sedia maklum sebahagian CD Windows XP yang anda ‘dapatkan’ telah dimasukkan dengan perisian ini bagi memudahkan anda sebagai pengguna. Anda boleh cari jika perisian ini telah dimasukkan dalam Windows XP anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai perisian ini di dalam Windows XP anda, anda boleh download perisian Tweak UI ini daripada Microsoft.

Cara Download dan Install Software Tweak UI

1. Download Tweak UI daripada website Microsoft di bahagian Downloads > Windows XP. Software atau perisian Tweak UI ini adalah percuma dan anda tidak perlu risau jika anda menggunakan Windows versi lanun kerana ketika artikel ini ditulis, Microsoft masih memberikan software atau perisian ini tanpa anda perlu melepasi Windows Validation Check.

2. Install software atau perisian Tweak UI ini seperti biasa.

3. Setelah selesai, secara default, anda boleh buka program ini melalui Start > Programs > Powertoys for Windows XP > Tweak UI

Contoh Penggunaan Software Tweak UI

Gambar di bawah menunujukkan interface software atau perisian Tweak UI. Gambar di bawah juga menunjukkan contoh untuk anda setting shortcut overlay samada anda suka shortcut anda dilabelkan dengan arrow, light arrow atau sebagainya.

Gambar seterusnya menunjukkan contoh untuk anda setting enable atau disable autorun.

Jika berpandukan cara manual, untuk anda setting enable atau disable autorun, anda memerlukan akses kepada registry. Anda boleh pergi kepada HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > Policies > Explorer > NoDriveTypeAutoRun. 95 00 00 00 untuk disable autorun dan 91 00 00 00 bagi enable autorun. Restart Computer diperlukan.

Walaubagaimanpun, jika anda menggunakan Tweak UI, anda boleh setting enable atau disable autoplay hanya dengan “tick” dan klik “apply” seperti gambar di bawah tanpa memerlukan anda untuk restart PC atau komputer anda. Tambahan lagi, anda boleh setting enable atau disable autoplay mengikut “drive letter” yang anda inginkan.

Banyak lagi setting lain yang anda boleh cuba lakukan dengan mudah menggunakan Tweak UI. Antaranya ialah setting Alt+Tab, Mouse wheel, hover dan x-mouse. Bagi Explorer pula, anda boleh setting Shortcut, Colors, Thumbnails, Command Keys, Customizations dan Slide show.

Selain itu anda boleh setting Places Bar, Grouping, Start Menu, Command Prompt, Control Panel, Templates, Logon setting, Auto logon, Screen Saver dan Access Control.

Internet Explorer juga anda boleh setting menggunakan Tweak UI. Sebagai contoh untuk anda setting Toolbar Background, Search, Source, Small Animation, Large Animation dan Image Toolbar semuanya menggunakan Tweak UI

Tweak UI juga berkemampuan untuk repair shortcut icon apabila shortcut icon tersebut bermasalah atau rosak selain daripada berkemampuan untuk repair registry Windows XP anda.

Jika anda pengguna Windows XP, dengan pelbagai kemampuan dan kebolehan software atau perisian Tweak UI ini, saya sarankan kepada anda menggunakan software atau perisian Tweak UI ini bagi memudahkan urusan anda apabila anda ingin mengubah sesuatu setting atau sekiranya anda berhadapan dengan sebarang masalah di masa akan datang.

Sekian.. Selamat Mencuba

 

2 Replies to “Tweak UI Memudahkan Advanced Setting Windows XP”

Leave a Reply

Your email address will not be published.