Tutorial Pindah Domain

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda cara untuk melaksanakan pemindahan domain atau transfer domain. Ada banyak kemungkinan kenapa seseorang perlu pindah atau transfer domain. Biasanya ia berkaitan dengan mendapatkan harga yang lebih murah, servis yang ditawarkan dan dijamin oleh domain provider atau registrar dan pelbagai sebab lagi. Bagi pengguna biasa yang melakukan urusniaga dengan domain provider, pemindahan domain sebenarnya tidak begitu sukar. Ia hanya memerlukan anda untuk mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang tertentu bagi menjamin kelancaran urusan pemindahan domain dan keselamatan domain anda. Maka artikel ini ditulis agar dapat memberi gambaran tentang cara untuk melaksanakan pemindahan domain yang melibatkan domain provider dan registrar yang berlainan.

 

Jika anda ingin melaksanakan pemindahan domain atau transfer domain, beberapa perkara perlu anda ambil kira.

 

Perkara yang Perlu Anda Pastikan Sebelum Pindah atau Transfer Domain

1. Bila anda boleh pindah atau transfer domain

Domain baru atau telah melaksanakan pemindahan di antara registrar tidak boleh dipindahkan dalam tempoh 60 hari. Maksudnya, jika anda baru sahaja beli satu domain atau baru sahaja pindah domain diantara registrar yang berlainan, anda tidak boleh melaksanakan sebarang pemindahan dalam tempoh 60 hari.

 

Anda juga tidak digalakkan untuk melaksanakan pemindahan dalam tempoh 45 hari selepas anda perbaharui atau renew domain tersebut dengan domain provider lama anda. Maksudnya anda tidak disarankan untuk transfer domain dalam tempoh 45 hari dari tarikh luput atau tarikh expire domain anda. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda tidak akan dapat tambahan 1 tahun dengan domain provider atau registrar baru anda. Dalam erti kata lain, duit yang anda bayar kepada domain provider lama untuk perbaharui atau renew domain tersebut dianggap musnah atau burn.

 

Domain yang telah expired atau tamat tarikh luput biasanya tidak akan dilepaskan oleh registrar lama. Maka jangan tunggu sehingga domain tersebut expired baru anda pindah atau transfer domain. Anda juga tidak digalakkan untuk transfer domain yang terlalu hampir dengan tarikh expire domain tersebut. Minimum masa yang biasanya diperlukan ialah 5 sehingga 7 hari tanpa sebarang masalah. Jika domain tersebut berhadapan dengan masalah, ia akan memakan masa yang lebih panjang dan masalah tersebut akan terus bertambah apabila domain tersebut mencecah tarikh tamat atau expired.

 

2. Downtime

Downtime adalah perkara yang paling tidak disukai oleh setiap admin website. Bagi mengelakkan downtime, pastikan anda menggunakan third party DNS seperti syarikat hosting anda. Oleh itu, DNS server setting tidak akan berubah semasa proses pemindahan domain dilaksanakan. Maka downtime website anda hanya dalam tempoh yang sangat singkat.

 

Walaubagaimanapun, jika domain anda menggunakan DNS daripada registrar lama anda seperti ns1.registrar.com dan ns2.registrar.com, apabila domain tersebut dipindahkan, registrar lama akan berhenti membalas atau respond query untuk domain tersebut. Hal ini menyebabkan downtime yang agak panjang sehingga anda mengubah DNS kepada registrar baru. Bagi pemindahan domain kepada domain provider Namecheap, jika anda menggunakan DNS daripada registrar lama, anda boleh menggunakan FreeDNS service yang disediakan oleh mereka sebelum melakukan proses pemindahan domain. Hal ini dapat mengelakkan daripada downtime yang panjang.

 

Cara Pindah atau Transfer Domain

1. Pastikan status domain anda bukan dalam keadaan ‘Locked’. Domain lock penting bagi mengelakkan daripada pemindahan domain yang tidak disahkan atau unauthorized transfer. Maka apabila anda ingin melaksanakan pemindahan domain, anda perlu pastikan domain anda bukan dalam keadaan locked. Pelbagai istilah digunakan dalam domain management bagi fungsi ini. Antaranya ialah Registrar Lock, Theft Protection dan sebagainya. Anda perlu release registrar lock atau disable theft protection sebelum melakukan pemindahan domain. Gambar di bawah menunjukkan whois yang dilakukan pada satu domain dalam keadaan locked.

Gambar berikut menunjukkan bagaimana anda boleh unlock domain tersebut.

2. WhoisGuard atau fungsi privacy protect perlu anda matikan atau disable. Hal ini penting disebabkan registrar memerlukan registrant atau administrative contact information seperti nama, email dan sebagainya bagi domain tersebut.

3. Anda perlukan EPP (Extensible Provisioning Protocol) code atau dikenali juga dengan nama seperti transfer secret, domain secret dan sebagainya. EPP code ini boleh anda dapatkan daripada domain provider atau registrar yang lama dan perlu diberikan kepada domain provider yang baru. EPP code adalah sangat penting dan jangan pernah paparkan atau berikan EPP code domain anda kepada pihak lain. Semua TLD .com, .net, .org, .biz, .info, .mobi, .ca, .cc, .co, .in, .me, .tv dan .us memerlukan EPP code bagi melaksanakan pemindahan domain.

4. Setelah semuanya anda laksanakan dan lengkap, anda boleh request atau meminta domain provider anda yang baru melaksanakan pemindahan. Di peringkat ini, domain provider baru anda akan meminta EPP code yang anda dapatkan tadi.

 

5. Setelah anda memohon untuk pemindahan dilakukan oleh domain provider, jangan tidur lagi sebab apabila domain provider baru anda mula menguruskan urusan pemindahan domain, satu email akan dihantar kepada anda. Masa bagi proses ini bergantung kepada kepantasan dan kecekapan domain provider anda. Bagi contoh ini, masa yang digunakan hanya 20 minit selepas permintaan untuk transfer domain dilaksanakan. Email yang akan digunakan ialah Registered name holder atau Administrative contact bagi domain tersebut seperti yang terdapat dalam WHOIS database. Anda akan diberikan satu link dimana ia akan memaparkan interface bagi approve atau reject pemindahan domain.

6. Sekarang anda boleh tidur. Email yang berikutnya anda akan terima daripada domain provider atau registrar lama. Email ini akan memaklumkan kepada anda bahawa domain provider lama telah menerima notification tentang pemindahan yang anda request atau mohon daripada domain provider baru. Biasanya anda tidak perlu berbuat apa-apa jika anda ingin meneruskan urusan pemindahan. Walaubagaimanapun, satu link diberikan kepada anda dalam email ini jika anda berhasrat untuk membatalkan proses pemindahan ini dalam tempoh 5 hari.

 

7. Teruskan tidur selama 5 hari sementara menanti domain anda dilepaskan atau release oleh losing registrar atau registrar lama anda.

 

8. Sebaik sahaja domain tersebut dilepaskan oleh losing registrar atau registrar lama, domain provider dan winning registrar akan menguruskan domain tersebut untuk anda. Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Dua email anda akan terima daripada domain provider lama dan baru memaklumkan bahawa proses pemindahan telah berjaya dilaksanakan.

 

Jika anda seorang yang prihatin dan teliti, anda mungkin akan perasan bahawa dalam contoh ini saya memindahkan domain kepada Namecheap. Mungkin ada yang tertanya kenapa saya pilih Namecheap dan bukannya domain provider lain?

 

Kenapa Namecheap

1. Proses pemindahan domain atau transfer domain adalah percuma.

2. Money back guarantee jika proses pemindahan domain gagal.

3. Seperti yang telah saya ceritakan diatas, penambahan satu tahun pada domain yang telah anda bayar semasa proses pemindahan dan ditambahkan dengan tempoh baki masa domain anda dengan registrar lama.

4. WhoisGuard Percuma untuk tahun pertama.

5. Harga Namecheap agak murah. Walaupun sebenarnya mungkin mahal sedikit daripada domain provider di Malaysia, tetapi anda boleh gunakan promotion code daripada Official Namecheap Coupons yang disediakan setiap bulan.

6. Keyakinan dan kepercayaan. Namecheap bertapak sejak tahun 2001 dan merupakan ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) accredited registrar serta mempunyai pelanggan lebih 800,000 dan menguruskan domain name melebihi 3,734,005 domain. Maka pengalaman dan ketangkasan mereka tidak diragui.

7. 24×7 support serta live chat. Anda boleh menghubungi mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu samada menggunakan ticket atau live chat bagi menyelesaikan sebarang masalah atau persoalan yang menganggu minda anda. Knowledgebase yang dilengkapi dengan video bagi menjawab persoalan biasa dan juga forum disediakan bagi pihak lain turut sama membantu anda.

 

Anda bebas memilih mana-mana domain provider. Selain mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan diatas, antara faktor kecil lain adalah bayaran wajib ICANN 18¢ bagi TLD .com, .net, .org, .biz, .info, .name, .asia, .jobs, dan .mobi setiap tahun samada telah termasuk dalam harga yang dinyatakan atau terpisah. Selain itu anda perlu berhati-hati dengan harga yang dipaparkan. Harga transfer domain, perbaharui atau renew domain serta register domain biasanya berbeza. Maka anda perlu ambil kira kos yang anda akan hadapi setiap tahun kecuali anda berhasrat untuk transfer domain pada setiap tahun.

 

Walaubagaimanapun, jika anda ingin tahu tujuan sebenar saya berpindah kepada Namecheap adalah kerana saya memerlukan domain provider luar negara disebabkan satu domain saya berhadapan masalah dengan industri yang yang paling tamak harta. Maka bagi menjamin keselamatan identiti yang mungkin terpaksa  didedahkan oleh domain provider kepada organisasi tersebut serta memberi sedikit kesukaran kepada mereka, maka domain tersebut saya pindahkan kepada domain provider luar negara.

 

Jika anda berasa keliru dengan istilah-istilah yang saya gunakan dalam artikel ini atau anda baca artikel lain dan masih tertanya-tanya apa itu registrant, apa itu registrar, apa itu domain provider, apa itu registry, apa itu TLD dan lain-lain, disini saya cuba jelaskan.

 

Apa itu TLD

TLD singkatan kepada Top Level Domain. Ia menunjukkan bahagian terakhir pada satu-satu nama domain. Contohnya Khidhir.com adalah sebahagian daripada .com TLD.

 

Apa itu WHOIS dan WhoisGuard

WHOIS ialah singkatan untuk “Who is?” yang mana berfungsi untuk melihat maklumat seperti contact, DNS, status domain dan berbagai maklumat lagi bagi satu-satu domain. ICANN mewajibkan maklumat ini dipaparkan dalam public database yang dikenali dengan WHOIS database. Maka maklumat anda seperti nama, nombor telefon dan alamat boleh dilihat dan diakses oleh sesiapa sahaja. WhoisGuard bertindak bagi melindungi maklumat tersebut dengan menggantikannya dengan yang lain dan seterusnya dapat menjamin privasi anda.

 

Siapa Domain Provider

Domain provider ialah syarikat yang menjual nama domain kepada orang awam. Segala urusan seperti bayaran pendaftaran domain, pembaharuan domain serta pemindahan domain dilaksanakan dengan domain provider.

 

Siapa Registrant

Registrant ialah orang yang membeli nama domain (domain name). Contohnya Khidhir sebagai registrant mendaftarkan nama Khidhir.com melalui domain provider.

 

Siapa Registrar

Registrar atau disebut juga Domain Name Registrar adalah organisasi yang mempunyai kuasa memberi atau membenarkan domain tertakluk kepada TLD tertentu.

 

Apa itu Registry

Registry dalam istilah domain adalah sistem atau database yang mana boleh diakses oleh setiap Registrar. Setiap registrar mendaftarkan nama domain baru dalam Registry database yang mana daripada database ini, Authoritative Root iaitu senarai nama domain di internet terbina.

 

Harap maklumat ini dapat membantu anda dalam membeli domain dan memindahkan domain dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebarang kesilapan dan kekurangan dalam penghasilan artikel ini harap dimaafkan.

Sekian.

9 Replies to “Tutorial Pindah Domain”

  1. Saya cuma sekali je pindahkan domain. Keluar negara jugak. Sekarang semua domain saya beli kat godaddy. malas dah nak beli dengan sykt malaysia.

    kalau ada tutorial transfer domain owner pun cantik jugak bro.

  2. setakat ni belum pernah transfer domain kat mana-mana service provider. Lebih selesa dengan Exabytes, walaupun harganya agak mahal. At least saya puas hati dengan cara layanan dan service depa… tengoklah suatu hari nanti, mungkin ada juga yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berpindah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *