Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghalang akses atau block 10 laman web termasuk The Pirate Bay, File Sharing seperti Megaupload dan beberapa website lain yang dianggap mengandungi barangan hakcipta. Saya kurang bersetuju dengan tindakan tersebut seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak Wajar. Dengan akses terhadap website yang agak terhad, ia pasti menyukarkan kehidupan kita di alam siber. Maka artikel kali ini akan menunjukkan cara yang paling mudah dan berkesan bagi melepasi atau bypass sekatan SKMM ini disamping menjaga keselamatan dan privasi PC yang kita gunakan. Setiap langkah dalam artikel untuk bypass sekatan SKMM disertakan dengan gambar bagi memudahkan anda mengikuti tutorial ini.
Contoh kesan SKMM Block Website Megaupload :
Apabila anda ingin akses website Megaupload, gambar dibawah akan dipaparkan
Langkah Bypass Sekatan SKMM :
1. Buka Control Panel
2. Klik pada Network and Sharing Center
3. Klik pada Change Adapter Setting
4. Right Click pada network connection yang aktif atau sedang digunakan. Klik Properties.
Dalam contoh ini (seperti dalam gambar di bawah) saya Right Click pada Wireless Network Connection disebabkan saya sedang menggunakan wireless untuk connect kepada internet.
5. Scroll down dan pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4). Klik Properties atau “double click”.
6. Tick pada “Use the following DNS server addresses”.
7. Dalam ruangan “Preferred DNS server” masukkan 8.8.8.8. Manakala dalam ruangan “Alternate DNS server” masukkan 8.8.4.4.
Anda bebas memasukkan samada 8.8.8.8 atau 8.8.4.4 dalam Preferred DNS server atau Alternate DNS server.
8.8.8.8 dan 8.8.4.4 adalah Google Public DNS.
8. Klik OK. Selesai.
Percubaan Download Daripada Megaupload.
Gambar di atas menunjukkan download menggunakan Internet Download Manager (IDM) daripada website Megaupload.
Secara Ringkas Kebaikan Google Public DNS
1. Keselamatan. DNS menggunakan User Datagram Protocol (UDP) menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai bahaya serangan. Google melindungi pengguna DNS mereka dari serangan Spoofing yang boleh membawa kepada DNS cache poisoning dan juga Denial of Service (DoS)
2. Performance dari segi kelajuan. Kelajuan akses website dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Google Public DNS terutama akses dalam website Google.
Sebenarnya ada banyak cara lain bagi melepasi atau bypass sekatan SKMM terhadap 10 laman web tersebut. Anda boleh menggunakan Virtual Private Network, Proxy atau DNS server selain daripada Google Public DNS iaitu 8.8.8.8 atau 8.8.4.4.
Walaubagaimanpun, menggunakan DNS server Google adalah cara yang paling mudah dan efektif dalam kes SKMM block website file sharing ini. Selain itu, penggunaan Google Public DNS diyakini dari sudut keselamatan dan privasi walaupun sebenarnya Google telah menetapkan beberapa perkara yang akan mereka ambil bagi tujuan statistik mereka termasuk kekerapan web-web yang kita akses. Saya telah menggunakan Google Public DNS lebih daripada setahun dan kemampuannya memang membanggakan.
Perhatian : Penggunaan proxy yang tidak diketahui asal usulnya boleh mengundang risiko dari segi keselamatan dan privasi anda. Jika anda berhasrat menggunakan proxy yang bertaburan di internet, sila pastikan proxy tersebut diyakini sumbernya.
Nota: Dalam tutorial cara bypass SKMM block website ini, platform yang digunakan ialah Windows 7. Walaubagaimanapun, pengguna Operating System Windows XP, Vista dan lain-lain juga boleh menggunakan cara yang sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi capaian setting bagi pengguna Windows versi lain. Saya percaya capaian setting Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) di atas platform Windows XP adalah lebih mudah daripada Windows 7.
Sekian.. Selamat Mencuba
thanks bro..
baru je mencuba ni.. ok.. dapat
@Mus,
Welcome.
aku dah agak
memang akan ada tutorial seperti ini kat mana2
memang payah untuk kerajaan nak sekat kehendak pengguna
@tehr,
hehe. biasa la tu..
Pening ler kepala SKMM tengok banyak blogger buat tutorial ni. 😀
@Sabahan Bloggers Club,
mmg niat nak menggagalkan usaha dorang kan..huhu
internet kalau laju memang seronok
buat muatturun.
@Ali ridha,
yup. tu dah tentu..
boleh aje pakai xp. aku dah cuba. Memang leh masuk megaupload. hehe..
@abrablog,
yup.mmg boleh. cuma xbuat tutorial je. kalau da semua windows nak buat, linux lagi mana boleh tahan.. anyway, njoy..
Belum cuba lagi. Perasaan bimbang tetap ada diserang virus
@akubiomed,
virus mmg xde. cuma privasi data je. Tapi, InsyaAllah xde pe kalau guna Google DNS tu.
thanx bro! baru jap tadi aku buat kat netbook aku, pastu try masuk fileserve, megaupload, dah boleh dah…
(psst! tengah download game angry birds rio v1.1.1 kat megaupload, hohoho…)
@E-One Network,
welcome bro. gembira dapat membantu..
hahahaha…
bagus2..
😀
@dhiyafaris,
thanks..
emmm kalau guna fast dns pun boleh kan????
@taukesoftware,
tak pernah dgr n cuba lagi coz ada byk sgt dns. sepatutnya boleh je. cuma pastikan dns tu ok n xde apa2 prob. Biasanya kita guna google punya sbbnya seperti yg dinyatakan di atas.
tak geti sangat … tp nak cuba dulu, TQ.
@xaturen,
silakan..
Akhirnya.. dapat jugak cara penyelesaiannya.. Yohoo..bleh download movie..!
Bro mintak nak share artikel ni..jgn risau saya link balik kat blog bro…
@Chipcoklat,
Boleh bro. xde hal. Sorry lambat reply
makin banyak la orang guna dns luar lepas ni.. hehe
@sufian,
haha.. terpaksa..
Alahai sia-sia jer blok cam ni he he.. sonang2 jer ke dribble.. Belum lagi panggil Leo Messi. 😀 . Kawe suka donwload dari Sonic. Ada cara ker download melebihi 300Mb mcm Premium Account? Citer la sikit..
@Dulu Lain Sekarang Lain,
Err maksud kawe download free tapi mcm Premium Account…
@Dulu Lain Sekarang Lain,
haha.. soalan cepu emas tu.. panjang citernya..
kalau stakat nak bypass limit dari segi size, boleh pakai proxy, vpn atau apa jua cara seumpamanya. konsepnya, tukar IP. biasanya berjaya b’gantung kpd web file sharing tersebut.
Tapi kalau nak bypass limit dari segi speed spt limitation yg byk ada pd file sharing, teknik terbaik yg pernah sy guna ialah ‘leech’ dan ‘steal’. Tapi ni 100% salah disisi undang2 hosting sbb guna bandwith yg byk. Da bocor rahsia ni. nak citer in details, panjang tu.. xtau camne nak citer..
ada chance la nk masuk WEB BLUE..
@Melayukuhebat,
blue? dorang x block pun.. masuk la dgn snang ati.. (ayat ni bukan ayat menggalakkan tau. dosa tanggung sndri) hehe
SKMM tak marah ke ni?
@papabear,
ntah. tapi rasanya org lg marah dgn dia..
hehe… aku dgn jayanya telah mencuba teknik nie… terima kasih 🙂
@Tip Blogging Terbaik,
sama2. ha.. xtipu kan. betul tau..
aku try tak sukses…i pakai streamyx..
megaupload pun takleh..
@rahim,
Windows apa Rahim? Kalau ada apa2 Error tak sama dengan gambar atau tak pasti boleh bagi tau. Rasanya dah detail dah step by step tu. Sebab saya try sekarang ni pun masih boleh. Rahim dah cuba reconnect semula? Biasanya reconnect ni automatik. Cuma kena tunggu kejap je.
Pakai celcom bb pun x leh, sebelum ni pakai cara ni boleh… dalam minggu ni da x leh… ada cara lain
@min,
sbnrnya sy xrasa cara ni da x boleh guna. sebab sy baru je try lagi skali ni. nampak alrite je.
Mungkin ada silap kat mana2. try browser lain, windows lain or pc lain.
Anyway, kalau da x boleh gak,mmg ada cara lain. mcam sy sebut kat atas tu,boleh guna proxy (pastikan proxy tersebut diyakini)_ atau VPN.
assalamualaikum…bro…saya dh cuba bnyk kali dah step yg diberi ni…tp apsal tak boleh jgk yer??
@man,
w’salam. yeke. saya baru je cuba. nampak ok. Guna WIndows apa? bro pastikan configuration bro berjaya. cuba baca Cara Memastikan DNS yang Anda Gunakan
salam, ika dah try tapi pc ika x der Internet protocal versi 4, klik kat install pun ada versi 6 sahaja. huhu… hu…
@ika,
ipv6 pun boleh ika. cuba:
2001:4860:4860::8888
2001:4860:4860::8844
@Khidhir,
tadi ada boleh install ipv6, skrg dh x der upv6nyer.. dah jadi blur. huhu tq la yer
@ika,
sama2. install driver baru? actually ipv4 skrang ni masih valid utk digunakan. Dgrnya, pertengahan tahun depan baru Google nak tukar semua kepada ipv6. Nanti cuba la ye. Semoga berjaya.
3ma kasih, smooth dan lbh cepat akses tenet brbanding dulu.ha2
@rahman,
sama2..
bro, lepas buat DNS ni, kena undo balik ke lepas dah settle download?
@me,
xperlu. Pd saya guna Google DNS pun lebih elok daripada guna Telekom punya
TERRRRRRRBAIK
thank u so much…huh akhirnya dpt jga buka smua lmn web tu,,,k tq skali gi.
sama2..
Salam bro..sy dh cuba ikuti langkah2 yg diberi..open network sharing center..open manage network..click kat wireless connection..click properties..click kat ipv 4 tukar dns 8888 dgn 8844..dulu memang boleh..tp skang dah xblh..sy guna windows vista..kenapa ye?mungkin ke sbb sy connect wifi hotspot??tq
Kalau nak kait dengan Windows Vista saya pun kurang pasti sebab sy tak guna windwos vista. Tapi kalau kait dengan wifi hotspot atau public wifi mmg ada kemungkinan dns tersebut akan fail atau menyebabkan anda gagal untuk connect ke internet. Camne pun, boleh try check dns yang bro gunakan kat artikel ini.
saya guna window xp.. cara mane boleh guna?
cara yang sama macam kat atas tu boleh guna. sama gak sebenarnya.
Step 1 sama.
Lepas tu klik pada “network connection”
Terus ke step 4.
Semoga Berjaya.
Banyak cara tuk baypass macam tu, saya nak coba this one.
silakan..
guna software ultra surf pun bole kan,.
lama sy x guna ultrsurf. setahu saya mmg boleh. cuma ultrasurf adalah satu aplikasi menggunakan proxy. sumber proxy ultrasurf tidak diyakini. saya ada tulis ‘perhatian’ kat atas tu. so, terpulang pada keyakinan diri masing-masing.
Anyway, cara yang ditulis kat atas ni lebih mudah dan speed surfing tidak akan berkurangan jika dibandingkan dengan ultrasurf.
i dah buat dah semau 2.. i dah semak i nye DNS n keluar google inc jugak.. tpi still tak boleh.. why?
hi yana,
nslookup dah tunjuk google la kan? apa yang tak boleh ye? boleh tau website apa yang Yana nak akses?
Sebagai tambahan, pastikan masalah bukan berpunca daripada cache. Mungkin sebab Yana dah akses website tersebut sebelum Yana tukar kepada Google DNS. Yana boleh cuba salah satu di bawah sampai berjaya:
1. hard refresh
2. restart browser
3. clear browsing data pada browser.
4. clear cache guna software
pandai tak camner nak lepas blok untuk 1bestarinet….xxdpt FB ler…tau x?
IPv4 Setting : 4.2.2.2
4.2.2.1
in browser (+https://) ==>example: https://www.facebook.com/
Gud Luck 😀
macam mana nak lepas blok utk 1bestarinet bagi laman adult ?