Isu yang sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan ketika ini adalah tentang tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan semua ISP seperti Packet One, TM dan sebagainya yang berada di Malaysia untuk menghalang akses atau block 10 laman web yang diperkatakan menlanggar hakcipta seperti The Pirate Bay, Megaupload, DepositFiles, Duckload, Fileserve, Filestube dan sebagainya pada pendapat saya adalah tidak wajar dan tidak berasas. Artikel ini akan menjelaskan sebab yang logik dan rasional mengapa saya berkata demikian.
Saya akan lebih fokus kepada website Filesharing seperti Megaupload, DepositFiles, Fileserve, Duckload dan sebagainya. Pertama perlu saya peringatkan fungsi utama website File Sharing begitu jelas dinyatakan oleh gelaran mereka sendiri iaitu File Sharing. Tetapi memandangkan KRU seperti tidak mengerti bahasa inggeris, jadi saya perlu jelaskan disini File Sharing bermaksud perkongsian file, data atau maklumat. Website file sharing menjadi alternatif kepada sistem email untuk perkongsian file.
Fungsi Utama Website File Sharing Yang Sering Digunakan.
1. Berkongsi atau menghantar file yang mempunyai saiz yang besar. Sistem Email samada Yahoo, Google, Hotmail atau sebagainya mempunyai kekangan atau limitation dari segi saiz sesuatu file. Maka, alternatif penghantaran file bersaiz besar yang terbaik adalah dengan menggunakan website File Sharing.
2. Berkongsi atau menghantar executable file. Sistem Email seperti Yahoo, Google dan sebagainya menghalang kita daripada “attach” executable file oleh kerana faktor keselamatan. Maka sekali lagi alternatif terbaik adalah Website File Sharing. KRU mungkin tidak mengerti perkara ini kerana mereka mungkin tidak pernah compile source code pun.
Sebab Kenapa Tidak Wajar Block Website File Sharing
Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar.
Sekali lagi ditekankan. File Sharing adalah perkongsian file yang mempunyai kepentingan dan fungsi seperti saya nyatakan di atas. Jika terdapat perkara yang salah disisi undang-undang sekalipun di dalamnya, adalah tidak wajar untuk SKMM menghalang akses atau block Website File Sharing. Cuba kita gunakan fikiran kita yang logik. Adakah kita akan runtuhkan sebuah hotel kerana ada segelintir manusia yang melakukan maksiat di dalamnya. Jika jawanpan anda Ya, maka apa kata saya cadangkan kepada kerajaan kita suruh KRU robohkan semua panggung wayang kerana terdapat manusia yang melakukan perbuatan yang tidak elok di dalamnya. Kenapa kita nak bakar satu kelambu hanya kerana nyamuk seekor.
The Pirate Bay ?
1 persoalan. Siapa yang create torrent untuk cerita atau filem melayu di website The Pirate Bay? Lagu pun tiada. Kalau ada pun orang create, mungkin bilangan “seeds” nya terlalu sedikit. Buat lawak ye? Nonsense.
Idea Baru ?
Mungkin KRU merasakan diri mereka bijak dengan mencadangkan idea block Website File Sharing. Cuba kita fikirkan adakah negara lain tidak pernah terfikir akan idea block Website File Sharing? Hakikatnya perkara ini pernah diusulkan di negara lain tetapi ternyata mereka lebih bijak membuat keputusan untuk tidak meneruskan idea tersebut kerana perkara ini boleh mengundang kemarahan rakyat dan pengguna.
Risiko ?
Dengan semua kemarahan dari pihak tempatan dan ancaman yang diberikan termasuk daripada pihak luar iaitu Anonymous, kenapa perlu kita mengambil risiko untuk perkara ini dan memandang rendah kemampuan hackers tempatan dan luar seperti Anonymous dan lain-lain. SKMM mungkin mempunyai beberapa orang pakar yang dibayar untuk melindungi website kerajaan. Walaubagaimanapun, pihak lawan mempunyai kuantiti yang lebih banyak dan saya percaya cukup berkemampuan untuk memberi suatu tandingan yang sangat hebat.
Adakah ia berbaloi kerajaan membayar pihak SKMM untuk kerja Overtime dan biarkan mereka sentiasa berjaga-jaga dan menanti masa untuk diserang. Manakala pihak lawan (hackers) menyerang dengan kerelaan, tanpa paksaan, tanpa mengira masa dan dengan penuh keikhlasan untuk melindungi prinsip dan kepercayaan mereka yang mana saya percaya mereka yang bekerja dengan kerelaan hati sendiri berpotensi lebih untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik
Apa Yang SKMM Lindungi
Kita berbalik kepada asas atau punca kejadian. Apa yang pihak SKMM sebenarnya cuba lindungi? Hakcipta yang dimiliki oleh syarikat dan manusia yang sememangnya kita sedia maklum lebih kaya dan senang daripada kebanyakan rakyat atau rakyat biasa dan pengguna? Jika mereka berkata tentang hak syarikat tersebut, bagaimana pula dengan hak kita sebagai pengguna yang membayar internet ratusan ringgit dan dihalang akses kepada beberapa laman web yang terkenal yang boleh diakses oleh pengguna dan rakyat daripada negara lain.
Apa Yang Kita Harapkan Dari SKMM
Saya mengharapkan SKMM lebih mengutamakan untuk melindungi seluruh pengguna di Malaysia agar dapat menggunakan alam siber dengan lebih selamat. SKMM seharusnya meniru dan mempelajari daripada Google. Mereka melindungi seluruh pengguna internet di serata dunia daripada akses kepada website-website phishing, website yang mengandungi malware, virus dan sebagainya daripada sibuk dengan hakcipta syarikat-syarikat kaya.
Kesan
Berpuluh-puluh website kerajaan telah digodam atau hacked. Mungkin KRU telah lihat kesannya ketika ini akibat daripada tindakan dan usul mereka yang dilakukan tanpa berfikir dengan mendalam. Tapi mungkin juga mereka tidak ambil kisah atau peduli dengan apa yang terjadi kerana mereka kerana kesannya tidak mereka rasai secara terus. Yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa atau pengguna dan juga laman web negara yang menjadi tempat pengguna melepaskan dan menunjukkan kemarahan mereka.
Mungkin kita patut boikot produk KRU agaknya supaya KRU lebih berhati-hati apabila berkata-kata dan berfikir sehingga hangus sebelum menyatakan sesuatu usul atau pendapat.
Apa Yang Mungkin Terjadi Andaikata Block Website File Sharing Ini Tidak Dibantah.
Diam tanda setuju. Maka kita bantah bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi. Cuba anda fikirkan, pada peringkat permulaan, mungkin hanya 10 website sahaja yang dihalang akses atau blocked oleh SKMM. Andaikata perkara ini tidak dibantah dan dibiarkan, kita khuatir esok atau lusa mungkin SKMM akan menghalang akses atau block puluhan Website File Sharing yang lain seperti Mediafire, 4shared dan lain-lain. Selain daripada itu, terdapat kemungkinan SKMM akan block website video streaming, Youtube dan lain-lain dimasa akan datang. Pada tahun 2020, website yang boleh diakses di Malaysia hanya tinggal Yahoo, Google dan MSN atas alasan hakcipta.
Khidhir dot Com Setuju Dengan Tindakan Hackers ?
Apa lagi yang boleh diperkatakan. Saya telah lihat banyak bantahan menerusi cara yang sangat berhemah samada di Pages Facebook, Forum dan sebagainya. Namun semua suara ini seolah-olah dipandang remeh oleh pihak-pihak tertentu. Jika cara yang lembut mereka tidak endahkan, maka terpaksa saya bersetuju dengan cara yang agak keras bagi membuktikan kesungguhan bantahan ini.
Saya juga setuju dengan ayat Anonymous yang menyatakan:
“This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom”
Kenapa Khidhir dot Com Seperti Membantah Dengan Tindakan KRU.
Selain daripada apa yang dinyatakan di atas, tindakan KRU sama sekali bertentangan dengan prinsip Khidhir dot Com. Renungkan kembali mengapa Khidhir dot Com menghasilkan artikel seperti Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Service Pack 1, Verified Account Paypal Anda Dengan Menggunakan Maybank2u dan sebagainya. Khidhir dot Com berhasrat membantu golongan yang kurang berkemampuan agar dapat merasai nikmat yang sama seperti orang yang agak kaya. Kebanyakan golongan kurang berkemampuan seperti pelajar tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menggunakan segalanya yang berbayar tambahan pula Malaysia diketahui mempunyai kos kehidupan yang sememangnya tinggi. IPT pun masih ada guna software lanun.
Walaubagaimanpun, Khidhir dot Com bukan menyokong barangan lanun. Khidhir dot Com selalu menyatakan kepada pembaca andaikata anda merasakan apa jua yang anda lanunkan itu sangat bagus, berbaloi memilikinya dan anda mempunyai pendapatan mencukupi, adalah sangat baik untuk anda membeli yang asli sebagai tanda penghargaan dan sokongan anda kepada usaha mereka yang menjayakan produk tersebut. Kecuali produk KRU. Boikot. Sebagai tanda bantahan dengan cara halus, Khidhir dot Com telah publish artikel Tutorial Bypass Website SKMM Block
Apa Kata Masyarakat Kepada KRU
Kata Khidhir dot Com :
Harta tidak bawak mati. Untung berjuta-juta, drive kereta Lamborghini, Ferrari, apa yang nak diaduhkan dengan kerugian belasan ribu. Anggap sahaja kerugian itu sebagai kebajikan. Redha dan syukur dengan rezki yang diberi. Moga tuhan tambah nikmatNya lagi.
Khidhir dot Com meminta maaf jika terdapat mana-mana pihak yang berkecil hati membaca artikel ini. Cuma apa yang saya gusarkan dengan pendekatan sebegini adalah suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju, tetapi penduduk yang cukup makan menjadi miskin dan yang kaya terus bertambah kaya.
Sekian.. Renung-renungkan.