Skype Mengalami Gangguan Teknikal

 

Skype merupakan suatu software atau apikasi yang membenarkan membuat panggilan secara percuma melalui internet selain daripada “instant messaging”, pemindahan data dan  perbualan video. Skype sememangnya tidak asing lagi dalam dunia instant messaging setanding dengan Yahoo Messenger, Pidgin dan sebagainya. Jika anda pengguna tegar Skype, kemungkinan anda sedar masalah yang dialami oleh Skype baru-baru ini yang menyebabkan berjuta pengguna Skype gagal untuk “sign in” dan “lost connection”. Artikel kali ini akan mendedahkan mengapa perkara sebegini berlaku terhadap Skype.

Jika anda mendalami konsep yang Skype gunakan, Skype bukan seperti Instant Messenger atau network telefon lain yang menggunakan hub-and-spoke system. Skype menggunakan kaedah “peer-to-peer” atau lebih dikenali dengan p2p yang bergantung sepenuhnya kepada “supernodes”. Ia sangat bergantung kepada perhubungan setiap komputer dan telefon individu untuk memastikan sistem ini bejalan dengan lancar. Analogi yang lebih mudah untuk menerangkan konsep supernodes, ia seperti peta atau direktori. Jika komputer A hendak berkomunikasi dengan komputer B, ia perlu melalui komputer C disebabkan lokasi yang berlainan atau alat (device) yang berlainan. Maka komputer C dianggap sebagai supernode.

Mengikut sumber dari Skype, apa yang terjadi kini adalah secara tiba-tiba kebanyakan supernode tersebut “offline” menyebabkan skype gagal berhubung dengan supernodes tersebut. Punca offline tersebut dikatakan disebabkan oleh masalah daripada version tertentu aplikasi Skype.

Walaubagaimanpun, Skype beransur pulih ketika ini. Engineer-engineer Skype sedang berusaha keras untuk mencipta Mega-Supernodes yang mampu memulihkan keadaan. Sebahagian pengguna Skype mungkin telah boleh “sign in” semula, tetapi “group video call” akan mengambil masa untuk kembali normal. Apa-apa pun, respect dan salute kepada engineer-engineer Skype. Mereka berjaya mengatasi masalah sebegini lebih kurang 3 hingga 5 jam walaupun belum kembali normal sepenuhnya.

Sekian..

4 Replies to “Skype Mengalami Gangguan Teknikal”

Leave a Reply

Your email address will not be published.