Selamat Tahun Baru 2011, Khidhir dot Com Berwajah Baru.

Seperti yang tertulis pada tajuk, Itulah yang hendak diperkatakan pada artikel ini. Tetapi sebenarnya di sebalik tajuk yang agak ringkas dan nampak ringan ini, ada tiga perkara yang hendak saya sampaikan terselindung di sebalik tajuk artikel kali ini. Mari kita ungkaikan apa yang tersirat di sebalik tajuk artikel ini.

Perkara pertama agak jelas maksudnya. Khidhir dot Com mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca. Tahun baru, mesti ada azam baru kan? Jika ditanya tentang azam ni, mungkin 70% daripada anda akan menyatakan “azam saya pada tahun ini adalah untuk melangsaikan azam-azam saya pada tahun sebelum ini”. Walaubagaimanapun, Khidhir dot Com sentiasa berharap agar kita dapat merealisasikan apa yang anda hajat atau impikan.

Perkara kedua, Khidhir dot Com berwajah baru. Berwajah baru dari segi theme dan juga nama blog ini. Nama blog ini terpaksa menggunakan Khidhir dot Com kerana kekonpiusan confused yang terjadi bukan sahaja pembaca confused, dengan saya saya confused. Bila tulis Khidhir, saya sendiri ragu-ragu adakah itu “refer” kepada website atau diri saya. Kerana agak malas untuk berfikir panjang, maka website ini menggunakan nama Khidhir dot Com.

Dari segi theme, perkara ini memang dah lama tertanam dalam hati untuk bertukar kerana mungkin theme lama yang digunakan oleh Khidhir dot Com kurang sesuai. Cuma ia ambil masa sedikit memandangkan kesibukan saya bercuti-cuti Malaysia dan Singapura, masa yang agak terhad dan kesihatan saya yang tidak begitu baik buat masa yang agak panjang. Tak sangka theme ini siap betul-betul di tahun baru 2011. Begitulah nasib saya, orang lain bergembira countdown, saya masih menghadap computer. Theme kali ini saya lebih tekankan aspek mesra pembaca. Asalkan pembaca senang nak baca, saya pun bahagia.

Perkara ketiga website ini menggunakan domain baru .com. Bagi pembaca yang dah agak lama melepak di website ini, mungkin pembaca sedar akan perubahan domain dari co.cc ke .com. Perubahan domain baru ini pun agak menyeksakan jiwa kerana Pak Cik Google seolah-olah tidak merestui perpindahan domain, maka saya terpaksa berusaha keras demi melembutkan hati Pak Cik Google kesayangan anda ini. Bagi mereka yang teribat dengan pertukaran link (exchange link), ada masa nanti update URL website ini ye. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian..

2 Replies to “Selamat Tahun Baru 2011, Khidhir dot Com Berwajah Baru.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.