Port Forward TM Riger DB108wl

port forward

Artikel kali ini adalah berkenaan cara untuk port forward router TM Riger DB108wl. Port forward atau port mapping adalah perkara yang tidak asing lagi. Mungkin anda selalu dengar istilah port forward router bagi tujuan torrent atau game. Walauapapun tujuan anda untuk port forward, artikel ini diharapkan dapat membantu anda dalam memberikan idea untuk port forward. Sebenarnya banyak artikel di internet yang boleh anda jumpa berkenaan dengan port forward router. Riger DB108wl juga bukannya router baru, tetapi ia router lama yang diberikan kepada pengguna Streamyx oleh Telekom Malaysia beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun tujuan artikel ini dihasilkan adalah untuk memberi satu contoh bagaimana cara untuk anda port forward router disamping TM Riger DB108wl dipilih kerana terdapat sedikit perbezaan pada router ini yang boleh menimbulkan kekeliruan. Selain daripada itu, artikel ini akan menjelaskan daripada perspektif yang berbeza kenapa anda gagal untuk port forward router walaupun anda telah melaksanakan mengikut aturan yang betul. Selain daripada itu, artikel ini akan membantu anda untuk menyelesaikan isu port conflict serta port forward dalam VMware atau virtual machine.

 

Cara Port Forward TM Riger DB108wl

1. Buka browser dan akses kepada router anda.

 

2. Login menggunakan username seperti dibawah

Modem Username : tmadmin

Modem Password : tmadmin

 

1311121wtmk

 

3. Bagi model Riger DB108wl klik pada advanced setup dan pilih Nat. Seterusnya anda akan dipaparkan dengan Virtual Servers Setup. Klik butang “Add”.

 

1311122wtmk

 

Ada beberapa pendapat menyatakan port triggering adalah pilihan yang perlu anda pilih. Walaubagaimanapun, pada saya Port Triggering bukan pilihan yang betul untuk anda port forward bagi kes modem Riger DB108wl.

Bagi kebanyakan router lain terutama yang router baru, perkataan port forwarding ditulis dengan jelas. Maka anda boleh pilih option port forwarding tersebut

 

1311123wtmk

 

4. Anda boleh pilih “select service” jika application yang anda ingin port forward telah ada dalam senarai. Walaubagaimanapun, bagi contoh ini saya akan gunakan custom server.

 

1311124wtmk

 

  • Pilih custom server dan masukkan apa sahaja nama bagi melambangkan application yang berkaitan dengan port yang anda ingin forward.
  • Masukkan internal IP address anda dalam ruangan Server IP Address.
  • Masukkan port yang anda ingin port forward dalam ruangan External Port Start, External Port End, Internal Port Start dan Internal Port End. Internal Port End dalam kes router Riger DB108wl tidak boleh anda set secara manual dan akan mengikut External Port End. Jika anda tidak faham dengan istilah internal dan extrenal port, maka biarkan external port sama dengan internal port.
  • Biarkan ruangan Remote IP Host kosong melainkan anda ingin menetapkan IP host tertentu yang dibenarkan akses port tersebut.
  • Klik Save/Apply

 

Anda mungkin perlu reboot router anda untuk nampak hasilnya.

 

5. Bagi menguji jika port forward anda berjaya sepenuhnya, anda boleh akses canyouseeme.org untuk memastikan open port.

 

1311125wtmk

 

 
Port Forward Gagal

 

1311126wtmk

 

Jika anda google mengapa port forward tidak berjaya atau gagal, anda boleh lihat banyak penjelasan kenapa port forward boleh gagal seperti firewall, ISP dan sebagainya.

Jika anda menggunakan firewall, sila pastikan firewall anda tidak menghalang port yang telah anda tetapkan daripada diakses masuk ke dalam PC anda.

Dalam beberapa kes sebenarnya port forward yang dilakukan adalah berjaya. Malangnya mereka merasakan port forward mereka gagal oleh kerana canyouseeme.org menyatakan Error seperti di bawah.

 

1311127wtmk

 

Perhatikan dua gambar di atas. Walaupun kedua-duanya error, tetapi jika diperhatikan dengan teliti, sebab error tersebut adalah berbeza. Gambar error pertama disebabkan Connection Refused pada port 5558 manakala error kedua adalah dibebabkan connection timed out pada port 5557. Port 5558 connection refused adalah disebabkan port tersebut tidak kita tetapkan dalam router untuk port forward. Dalam kes connection timed out seperti dalam contoh pada port 5557, biasanya setting port forward yang telah dilakukan sebenarnya berjaya. Website tersebut akan cuba akses melalui port yang anda cuba uji. Namun begitu, jika tiada application daripada pc anda yang cuba akses atau listen port tersebut, maka website tersebut akan menganggap ia gagal kerana connection yang cuba dilakukan timed out. Oleh itu langkah penyelesaiannya, pastikan application yang menggunakan port tersebut telah running dalam PC anda sebelum anda melaksanakan pemeriksaan open port.

 

Cara periksa application yang menggunakan port tertentu

Jika anda ingin memastikan samada terdapat application yang menggunakan nombor port tertentu, anda boleh memastikan menggunakan command prompt.

netstat -o -n -a | findstr 0.0:5555

Dalam contoh ini anda akan dipaparkan dengan application yang menggunakan port 5555. Ubah nombor 5555 mengikut port yang anda ingin tentukan.

Gambar dibawah menunjukkan hasil daripada command tersebut.

 

1311128wtmk

 

Nombor 2728 dalam contoh diatas adalah PID atau process identifier application yang menggunakan application tersebut. Bermakna terdapat application yang menggunakan port tersebut. Dalam gambar di atas, saya juga melaksanakan command untuk memastikan port 5557. Dalam contoh tersebut, kita dapat lihat tiada sebarang application yang menggunakan port 5557.

 

Port Conflict

 

1311129wtmk

 

Dah terlanjur bercerita tentang port, kita masuk sikit pada port conflict bagi mendapatkan keseinambungan dalam cerita command netstat tadi. Kadang kala terdapat dua atau lebih application yang ingin menggunakan port yang sama dalam satu masa menyebabkan konflik pada port. Bermakna anda ingin run atau jalankan satu appplication tetapi appication tersebut tidak boleh run disebabkan port yang ingin digunakan sedang digunakan oleh application lain.

Maka anda boleh run command netstat di atas untuk mengetahui application yang sedang menggunakan port tersebut. Cuma command tersebut akan memberikan anda process id application dan bukannya nama application. Oleh itu jika anda berminat untuk mengetahui nama application yang berkaitan, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan task manager.

 

13111210wtmk

 

  • Pilih tab “Processes”
  • Pastikan anda view column PID (Process Identifier). View > Select Columns > Tick kotak “PID”
  • Klik tab PID supaya nombor PID akan sort mengikut urutan bagi memudahkan anda mencari nombor PID yang berkaitan
  • Anda boleh end process jika ingin mematikan application atau process tersebut. Anda juga boleh right click dan properties bagi membantu anda melihat application yang menggunakan process tersebut jika anda kurang pasti application yang terlibat.

 

Port Forwarding dalam VMware

Jika anda pengguna VMware atau virtual machine dan tertanya adakah boleh untuk kita laksanakan port forwarding dalam VMware, maka jawapannya boleh. Dalam contoh ini saya menggunakan virtual machine VMware. Cara untuk melakukan port forwarding dalam VMware seperti berikut.

 

1. Pada menu bar pilih Edit kemudian Virtual Network Editor.

2. Secara default, NAT menggunakan VMnet8. Klik pada VMnet8 dan pilih NAT Settings

 

13111211wtmk

 

3. Pada bahagian Port Forwarding, klik butang Add

 

4. Masukkan nombor port yang anda ingin pada bahagian Host Port dan Virtual Port. Host port adalah port pada PC anda manakala virtual port adalah port pada virtual machine yang anda cipta. Masukkan juga IP address virtual machine yang anda cipta tadi. Terpulang pada anda untuk mengikut IP address yang mungkin anda telah tetapkan dalam virtual machine atau kiraan mengikut DHCP.

 

13111212wtmk

 

5. Klik OK dan selesai. Pastikan juga virtual machine yang anda cipta tersebut menggunakan NAT sebagai network adapter.

 

13111213wtmk

 

Prosedur diatas mungkin akan terdapat perbezaan bergantung kepada versi VMware yang anda gunakan. Contoh di atas menggunakan VMware version 7. Walaubagaimanapun, anda boleh menjadikan prosedur diatas sebagai panduan dalam versi yang lain juga.

 

Diharapkan artikel berkenaan port forwarding untuk modem router TM Riger DB108wl ini boleh menjadi panduan dan memberikan idea bukan sahaja untuk router telekom malaysia tetapi juga router lain. Selain itu artikel ini juga diharap dapat membantu isu berkenaan dengan port conflict dalam mejejaki application yang menggunakan port yang sama dan dapat memberikan petunjuk kepada pengguna VMware untuk melaksanakan port forwarding dalam Virtual Machine.

 

Sekian

4 Replies to “Port Forward TM Riger DB108wl”

  1. Kalau kita pasang CCTV di rumah kita dan kita hendak memantau keadaan dirumah kita melalui CCTV dengan cara melalui internet maka setting PORT FORWARDING ni kena buat lah dan sangat penting..disamping kita memerlukan satu nama domain..bagi saya cara untuk setting ni tak semudah yang disangka dan berlainan antara jenis-jenis modem.

    1. Pada saya ia bergantung kepada latar belakang user tu. User biasa akan gunakan port forward hanya untuk lajukan torrent, online game dan sbgainya. user yang sedikit advance gunakan port forwarding untuk hacking.
      Bagi kes cctv, jarang sekali user biasa akan install cctv sendiri. biasanya company cctv memang ada network engineer atau technical support mereka untuk melakukan pemasangan. Bagi seorang network engineer, saya rasa port forward adalah perkara mudah. Banyak lagi yang lebih sukar seperti, vpn, firewall, routing protocol dan pelbagai isu lagi yang mereka telah tempuh untuk menjadi network engineer.
      Maka pada saya port forward adalah mudah mengikut kategori user masing-masing.

  2. Public IP sekarang untuk pelanggan streamyx / TM telah dimansuhkan. Saya salah seorang mangsanya. telah buat aduan kepada pihak TM 3 hari lepas, namun masih belum ada tindakan. Katanya, aduan telah dipanjangkan kepada Unit Teknikal. Pelik. Walhal sekiranya TM hendak perbetulkan masalah ini, mereka boleh buat secara online dan lebih cepat.. Saya akan tunggu sehingga akhir minggu ini. jika tiada tindakan, saya akan htr satu lagi email komplen dan kali ini akan saya sisi kepada SKMM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.