Pengguna Maxis Broadband baru, selamatkan RM5 anda

 

Saya merupakan salah satu pengguna maxis broadband kerana plan yang ditawarkan agak sesuai dengan keperluan saya yang jarang menggunakan broadband tetapi mementingkan speed ketika menggunakan broadband. Sedikit review kenapa saya memilih maxis.  Kita melencong jap daripada tajuk (Jika anda tidak mahu melencong, terus lompat ke perenggan 5..haha)

Pada harga RM48 sebulan, sy boleh menggunakan internet dengan speed yg agak pantas. Di tempat saya sekitar 1mbps. Kalau tak silap sy maxis membenarkan speed sehingga 7.2mbps. Walaubagaimanapun, penggunaan yg dibenarkan adalah hanya sehingga 1.5GB volume sahaja. 1.5 GB tu besar mana? Cukup la untuk anda surf FB, bermain mafia wars sehari sekali. Sikit sebenarnya jika anda bergantung sepenuhnya internet anda pada broadband semata2.

Walaupun celcom menawarkan plan sehingga 5GB volume pd harga RM50 utk mereka yg berumur 18-25 dan RM68 jika lebih umur, tetapi speed yg dibenarkan sehingga 380kbps sahaja. Speed yg pada pendapat sy agak perlahan untuk digunakan pada masa kini memandangkan kebanyakan website sekarang ni agak berat dengan gmbar2, flash dan sbgainya. Coverage Maxis dan Celcom lebih kurang je. Boleh la..

Fakta di atas adalah berdasarkan ingatan sy semasa ingin memilih provider broadband yg sesuai dengan keperluan sy dan plan yg ditawarkan pd ketika itu. So, kalau sedikit sebanyak tersilap harap dimaafkan.

Balik kepada topik asal. Anda pengguna Maxis Broadband? Adakah anda sedar sebaik sahaja anda mendaftar, secara default, Maxis meletakkan setting untuk menghantar bil anda melalui surat dan anda akan dicaj RM5 utk 1 sampul surat, setem, dan 2 keping kertas A4 mereka. Pada saya, pengguna broadband adalah pengguna yg sedar dgn kepentingan internet dan tahu memanfaatkan faedah internet. Jika anda boleh melihat bil maxis secara online, boleh bayar bil maxis anda dengan menggunakan credit card atau maybank2u, kenapa anda nak sedekah RM5 anda kepada maxis yg dah mmg sedia kaya tu?

Anda tak perasan kat mana setting tu? Biar sy bantu anda:

1. Login di mylaunchpad anda.

2. Klik pada “View my invoices” dan klik pada  “invoice no” anda

3. Satu window atau tab baru “penyata akaun” anda akan terpapar. Klik pada “Bill delivery options” kat atas sebelah kanan.

4. Bill delivery options akan terpapar. Check pada “Don’t send my bill via post”. Klik Submit.

5. Dan yang paling penting, setting ni perlu dilakukan paling lewat 48 jam sebelum tarikh official bill statement. Check notice kat gambar bawah ni.

Sekian.. Betapa mudahnya selamatkan RM5 anda. Boleh belanja admin minum kopi Big Grin

4 Replies to “Pengguna Maxis Broadband baru, selamatkan RM5 anda”

  1. kite gune Digi BB tapi still nk tinggal komen jugak..hehehe…jgn marah yer tuan blog:P
    dulu kite ade gune maxis tp still x capai kepuasan bab speed tuh so try Dgi,so far ok lah:)

    1. @farah wahida,
      haha.. Tak marah pun la. Jgn risau. Sy pun bukan penyokong broadband mlaysia ni sgt sbb harga dia yg agak mhal kalau compare dgn negara luar. Kalau tak terpaksa, sy sndri tak guna. Anyway, mmg bab speed mmg Digi paling bagus sbb pengguna dia tak ramai. Tapi satu sebab kenapa sy dan mungkin pengguna lain tidak menggunakan Digi adalah kerana coverage yg agak terhad.

  2. thanks for the info.really appreciate. 😀
    member ade cakap bil ni cas rm5 tapi taktau cmne nak disable kan dia..for the next month xyah antar bil ke rumah lagipon monthly charges dah 60.++ 🙄

Leave a Reply

Your email address will not be published.