Memperkemas Windows Context Menu

Artikel kali ini akan memperkenalkan beberapa software atau aplikasi yang dapat membantu anda memperkemaskan atau membersihkan context menu anda. Context menu adalah istilah yang biasanya digunakan untuk menggambarkan menu atau pilihan yang terpapar apabila anda menggunakan fungsi right click pada mouse atau touchpad anda. Kadangkala ianya juga disebut sebagai centextual menu, shortcut menu atau pop-up menu. Sebahagian aplikasi atau software yang anda install akan menyebabkan penambahan menu dalam windows context menu anda sendiri. Semasa proses installation suatu software dijalankan, terdapat aplikasi atau software yang memberi pilihan samada anda ingin memasukkan option atau pilihan menu software tersebut dalam context menu anda ataupun tidak. Sebahagian software atau aplikasi lain mungkin tidak akan memberi pilihan ini kepada anda semasa proses installation dijalankan. Dalam hal ini, biasanya kita boleh membuang semula menu sesuatu software daripada windows context menu menggunkan fungsi setting software tersebut. Cuma ia akan memakan masa yang panjang untuk anda membuka setiap software dan mencari setting tersebut. Maka artikel kali ini akan memberikan anda penyelesaian yang lebih mudah.

Sebenarnya anda boleh mengubahsuai context menu tanpa menggunakan sebarang aplikasi atau software dengan menggunakan registry editor (regedit) yang mana semuanya terdapat di bawah :

HKEY_CLASSES_ROOT >

HKEY_CLASSES_ROOT > * >

HKEY_CLASSES_ROOT > Directory

HKEY_CLASSES_ROOT > AllFileSystemObjects

Walaubagaimanapun, jika anda ingin cara yang lebih mudah tanpa perasaan takut merosakkan registry windows anda, anda boleh gunakan dua software atau aplikasi yang saya tunjukkan di bawah ini. Dua software percuma tersebut adalah ShellMenuView dan ShellExView.

 

Langkah-langkah

1. Download software ShellMenuView

Windows x32 : ShellMenuView-x32

Windows x64 : ShellMenuView-x64

 

2. Buka Software tersebut

3. Cari nama option yang terpapar pada context menu anda yang ingin anda buang.

Jika anda tidak jumpa nama option software tersebut:

(a) Download Software ShellExView

Windows x32 : ShellExView-x32

Windows x64 : ShellExView-x64

(b) Buka software tersebut dan cari nama option yang anda ingin buang

 

4. Klik butang merah untuk disable. (Hijau untuk anda enable)

5. Selesai. Sila restart komputer atau hanya restart explorer anda untuk melihat kesannya.

 

Anda terpaksa menggunakan kedua-dua software tersebut disebabkan pilihan context menu sesuatu sotware sebenarnya boleh dimasukkan ke dalam registry ‘shell’ atau ‘shellex’ bergantung kepada cara yang digunakan oleh software yang anda install itu sendiri.

 

Sebagai tambahan, anda sentiasa boleh menggunakan fungsi “Find” dan ‘Properties’ yang terdapat dalam aplikasi atau software tersebut bagi membantu anda mencari pilihan menu tersebut dan mengenalpasti software berkaitan.

Sekian. Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.

15 Replies to “Memperkemas Windows Context Menu”

  1. memang mudah dengan kedua2 software ni
    tapi aku jarang sangat main godek2 dengan registry
    kecuali ada kawan yang tunjuk ajar kat belakang
    hehe

  2. Panduan yang lengkap..tapi aku lama dah tak guna OS windows ni. Apapun aku selalu ikut perkembangannya. Sbb selalu kwn2 tanya pasal masalah windows OS.

  3. Saya nak tanya sket ni, kalau kita tukar ip address untuk domain name kita. berapa lama kita kena tunggu supaya website kita boleh diakses oleh semua orang?
    Saya juga dah ubah ns rekod kat mynic(.my domain registry) tapi masih tak dapat akses ke website tersebut..harap dapat bantu…

    1. Kalau baru register domain name memang 24 jam hingga 48 jam.

      Kalau domain tu dah lama register, tukar name server atau ip address, biasanya 4 jam hingga 48 jam bergantung kepada provider dan banyak faktor lain.

      Kalau masih tak boleh selepas 48 jam, contact je domain provider.

      Kalau perlukan akses, guna ip address hosting je dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *