Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 3

Dalam artikel sebelum ini iaitu bahagian 1 dan bahagian 2, saya banyak bercerita tentang autorun, autoplay, sedikit maklumat mengenai autorun.inf dan juga software atau perisian yang boleh digunakan untuk melindungi autorun.inf bagi mengelakkan anda daripada menjadi pembawa virus. Memahami bahaya dan masalah yang  boleh timbul kesan daripada virus bawaan USB Flash Drive atau Thumbdrive seperti yang pernah diceritakan dalam artikel File Word Hidden Diganti Dengan Virus, maka artikel kali ini akan memberi maklumat bagaimana memberi perlindungan kepada PC atau komputer yang kita gunakan bagi mengelakkan serangan virus tanpa bantuan sebarang software atau perisian. Lebih tepat lagi, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang langkah yang perlu kita ambil dan isu-isu berkaitan penjagaan PC atau komputer dari ancaman virus dan yang selalu diperdebatkan oleh ramai pengguna agar kita tidak tertipu dengan tipu helah pereka virus.

Isu yang biasanya timbul tentang virus bawaan USB Flash Drive atau Thumbdrive terjadi apabila kita terpaksa memberi akses USB Flash Drive atau Thumbdrive luar ke dalam PC atau komputer milik kita. Apabila seseorang memasukkan atau plug in USB Flash Drive atau Thumbdrive ke dalam PC atau komputer kita, perkara-perkara seperti berikut selalu terjadi dan dipertikaikan.

 

Right Click VS Double Click

Bagi isu ini, perkara pertama yang perlu dijelaskan ialah Double Click adalah sama dengan Right Click > 1st option context menu. Bermaksud walaupun anda Right Click, tetapi anda tetap memilih Option ataupun pilihan pertama dalam context menu, maka tiada beza dengan anda Double Click. Hal ini adalah kerana saya pernah terlihat beberapa pengguna PC atau komputer yang menggunakan Right Click, tetapi masih memilih Option pertama walaupun Option pertama kelihatan sangat mencurigakan.

 

Jadi persoalannya mana yang terbaik? Right Click atau Double Click? Right Click boleh membantu anda untuk menilai bahaya atau virus yang mungkin terdapat dalam USB Flash Drive atau Thumbdrive dengan perkataan yang tidak sepatutnya pada option pertama dalam context menu. Akan tetapi, walaupun tertera perkataan “Open”, tidak bererti ia 100% selamat untuk anda gunakan. Mengapa saya menyatakan sedemikian? Cuba perhatikan gambar di bawah.

 

Cuba anda perhatikan 1st Option dalam context menu yang terhasil apabila Right Click digunakan. Jika saya boleh mengubah perkataan tersebut menjadi “Protected by Khidhir”, sudah pasti saya boleh ubah perkataan tersebut menjadi “Open” bagi memperlihatkan ia seolah-olah normal. Sedangkan apabila anda klik perkataan “Open” tersebut, sebenarnya program lain yang akan executed atau dijalankan mengikut kehendak saya. Jadi walaupun tertera perkataan “Open” anda tidak akan pasti samada perkataan “Open” tersebut hasil rekaan saya atau sememangnya context menu yang asli. Cara begini sememangnya banyak digunakan oleh pereka virus bagi memastikan samada anda Right Click atau Double Click, anda tetap akan terpedaya dengan “Open” rekaan mereka supaya program virus mereka dapat dijalankan atau executed.

 

Maka jika anda ingin pastikan anda dapat buka atau open USB Flash Drive atau Thumbdrive dengan selamat tanpa terpedaya dengan kelicikan pereka cirus, cara terbaik adalah dengan menggunakan Folder Navigation seperti yang dijelaskan di bawah.

 

 

Navigation Pane Membantu ?

Ya. menggunakan Navigation Pane adalah cara terbaik yang dapat saya cadangkan kepada anda. Mengapa? Sebab apa yang tertera dan dipaparkan adalah hanya devices termasuk USB Storage dan juga Folder adalah yang asli atau sebenar. Maka apabila anda klik Folder atau USB Flash Drive atau Thumbdrive anda di ruangan Navigation Pane, arahan atau instruction yang dihasilkan oleh Windows adalah sememangnya untuk membuka USB Flash Drive atau Folder sahaja dan bukannya menjalankan atau execute sebarang program.

 

Selain daripada itu, Navigation Pane akan membantu anda apabila terdapat shortcut kepada program lain yang bertopengkan icon folder. Bermaksud, pereka virus menggunakan icon folder bagi menghasilkan shortcut kepada program virus yang direka supaya anda tertipu dan “double click” shortcut (icon folder) tersebut. Cara ini mungkin anda pernah lihat banyak kali terjadi yang mana file atau folder asli disembunyikan atau hidden, digantikan dengan shortcut yang menggunakan icon seperti file asal atau icon folder untuk execute program virus. Perkara ini pernah dijelaskan sebelum ini dalam artikel File Word Hidden Diganti Dengan Virus

 

Details View, Tiles View dan Content View

Cara lain bagi menangani masalah shortcut yang bertopengkan icon folder ini adalah dengan menggunakan fungsi Details View, Tiles View atau Content View. Dengan cara ini, anda tidak akan tertipu dengan shortcut yang dihasilkan bertujuan untuk menjalankan atau execute program virus. Lihat gambar di bawah bagi lebih jelas.

 

Details View:

 

Tiles View dan Content View:

 

 

Akses USB Flash Drive atau Thumbdrive Menggunakan Menu Autoplay

Satu lagi isu berkaitan dengan PC atau komputer yang dilengkapi dengan fungsi Autoplay. Sebenarnya akses USB Flash Drive atau Thumbdrive menggunakan Autoplay adalah merbahaya. Mengapa saya berkata demikian? Perhatikan gambar di bawah

 

Lihat menu pertama yang terpapar. Anda akan dapati terdapat icon smiley yang saya gunakan untuk USB Flash Drive saya terpapar di menu pertama berserta perkataan “Khidhir’s Property..Private n Confidential”. Bagaimana jika saya tukarkan perkataan tersebut kepada “Open Folder to View Files”. Sekarang anda boleh faham mengapa pereka virus meletakkan icon “Folder” di USB Flash Drive atau Thumbdrive anda. Ia bertujuan menipu anda di menu Autoplay dengan icon “Folder” dan perkataan “Open Folder to View Files” supaya segalanya kelihatan normal seperti gambar di bawah.

 

 

Jika anda klik menu autoplay tersebut, maka anda sebenarnya mungkin akan ditipu hidup-hidup oleh pereka virus yang penuh dengan tipu helah kerana icon dan perkataan tersebut adalah ditulis sendiri oleh pereka virus.

 

Gambar-gambar di atas jelas menunjukkan bagaimana semua tulisan dan icon pada context menu dan autoplay boleh diubah dengan mudah. Maka adalah perkara biasa untuk pereka virus meniru dengan menggunakan icon folder dan ayat normal yang biasa anda lihat supaya anda menjalankan virus buatan hasil ciptaan mereka. Artikel seterusnya akan mejelaskan kepada anda serba sedikit tentang isu recycler atau recycled folder dan kefahaman tentang sejauh mana kemampuan sebenar sesuatu antivirus.

Sekian..

2 Replies to “Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *