Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1

USB Flash Drive, Thumbdrive, Pendrive atau apa jua nama yang anda gunakan bagi USB storage ini sebenarnya menjadi salah satu faktor atau cara penyebaran virus. Selain daripada virus sumbangan internet ketika anda melayari website-website ‘tertentu’, USB flash drive menjadi cara yang sangat efektif dalam penyebaran virus secara offline terutama dengan kewujudan fungsi autorun yang mana memudahkan lagi usaha penyebaran virus. Penggunaan USB Flash Drive atau Thumbdrive sememangnya tidak dapat dielakkan oleh kerana kita kerap menggunakan USB storage ini di cyber cafe, makmal institusi, sekolah dan sebagainya. Perkara sebegini menyebabkan kita bukan sahaja menjadi mangsa kepada virus tersebut malah sebenarnya kita juga menjadi pemangsa yang turut serta menyebarkan virus tersebut keseluruh tempat. Maka dengan kesedaran ini, artikel ini dihasilkan agar kita dapat melindungi PC kita daripada ancaman virus bawaan USB Flash Drive dan juga mengelakkan diri daripada menjadi pembawa kepada virus.

Perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian apabila bercerita tentang virus bawaan USB Flash Drive atau Thumbdrive ini adalah autorun.inf yang terkandung dalam USB storage tersebut. Berjaya melindungi dan mengawal sepenuhnya autorun.inf daripada ditukar atau diubah isi kandungannnya bererti kita berjaya meletakkan virus dalam kawalan dan ia tidak mungkin bergerak tanpa pengetahuan kita. Maka satu software yang dapat menjalankan tanggungjawab ini ialah software atau perisian yang dinamakan Naevius USB Antivirus. Maka artikel ini akan menjelaskan bagaimana software atau perisian ini berfungsi. Artikel ini mengambil contoh Naevius USB Antivirus 2.1.

Cara Penggunaan :

1. Install Naevius USB Antivirus.

2. Masukkan USB Flash Drive atau Thumbdrive anda kemudian buka perisian atau software tersebut. Paparan seperti di bawah akan terhasil. Gambar berikut menunjukkan interface asas bagi software Naevius USB Antivirus 2.1 ini.

3. Jika USB Flash Drive atau Thumbdrive tersebut mempunyai file autorun.inf, maka secara automatik paparan dibawah akan dipaparkan kepada anda. Ini adalah fungsi bagi melindungi PC atau komputer anda daripada dijangkiti virus secara automatik.

4. Sekarang kita akan melindungi autorun.inf supaya tidak boleh dijangkiti oleh virus. Apa yang perlu anda lakukan hanya klik “protect” seperti gambar di bawah.

5. Paparan dibawah menunjukkan status thumbdrive “not protected“ akan terhasil. Selain itu ia memberi peringatan bahawa anda perlu backup semua data anda dalam USB Flash Drive atau Thumbdrive anda di tempat lain. Teruskan dengan klik “Protect”

6. Sekali lagi popup amaran backup data anda akan dipaparkan. Salah satu kelemahan Naevius USB Antivirus adalah ia akan menghapuskan semua data dalam USB Flash Drive atau Thumbdrive anda sebelum proses melindungi autorun.inf dilakukan. Klik OK.

 

7.  Tunggu, tunggu dan teruskan menunggu. Satu lagi kelemahan Naevius USB Antivirus 2.1 ini adalah masa yang diambil agak lama terutama jika USB storage anda berkapasiti besar.

8. Setelah selesai popup berikut akan terpapar.

9. Selesai. Gambar di bawah menunjukkan kandungan USB Flash Drive atau Thumbdrive yang mana file autorun.inf telah berjaya dilindungi daripada ancaman virus. Jika anda sedar, Naevius meletakkan label USB Flash Drive atau Thumbdrive anda dengan nama Naevius. Anda boleh tukar label atau nama tersebut.

10. Gambar di bawah menunjukkan setting atau options yang boleh anda pilih bagi software atau perisian Naevius USB Antivirus 2.1 ini.

Fakta :

1. Detection autorun.inf yang dilakukan oleh software atau perisian Naevius USB Antivirus adalah secara membuta tuli. Bermaksud, walaupun autorun.inf diubah bagi tujuan lain dan tidak mengandungi virus, ia tetap akan menganggap autorun.inf pembawa ancaman dan kewujudannya akan dimusnahkan.

2. Naevius USB Antivirus 2.1 melindungi dengan cara yang sangat mudah. Bererti sebenarnya kita boleh lakukan sama seperti yang software ini lakukan dengan cara manual. Pada pendapat saya, perlindungan atau protection Naevius USB Antivirus 2.1 terhadap file autorun.inf hanya berada pada tahap memuaskan oleh kerana saya masih mampu mengubah semula kandungan file tersebut dengan sedikit teknik. Walaubagaimanapun, setakat ini saya tidak pernah terjumpa dengan virus bawaan USB Flash Drive yang dicipta agar dapat mengatasi autorun.inf yang dilindungi. Artikel akan datang ada menunjukkan satu software atau perisian lain yang mempunyai kaedah perlindungan yang lebih hebat daripada Naevius USB Antivirus 2.1 ini.

3. Software atau perisian Naevius USB Antivirus 2.1 ini adalah berbayar. Artikel ini mengambil contoh software atau perisian ini adalah kerana interface software Naevius USB Antivirus 2.1 uyang ser friendly berbanding software percuma yang lain. Maka pada pendapat saya ia sangat sesuai dijadikan contoh bagi memudahkan pembaca yang baru ingin memahami konsep melindungi autorun.inf dan berjinak-jinak dengan software atau perisian seperti ini. Walaubagaimanapun, Khidhir dot Com tidak mengambil sebarang keuntungan daripada syarikat software atau perisian Naevius USB Antivirus ini. Bagi software atau perisian percuma yang menjalankan fungsi yang sama, sila rujuk artikel akan datang.

USB Flash Drive Antivirus ?

 

Akhir sekali, saya ada terlihat di internet sebuah USB Flash Drive buatan LG yang dinamakan LG Vaccine USB Flash Drive yang mana telah dilengkapi dengan perlindungan daripada virus dan malware. Dikatakan ia mempunyai real-time system monitoring and hardware scan yang tersendiri. Sistem tersebut juga boleh update secara automatik apabila USB Flash Drive ini dimasukkan di komputer atau PC yang mempunyai sambungan internet. Saya sendiri belum menjumpai USB Flash Drive ini di Malaysia dan kurang pasti tentang kemampuan sebenar USB Flash Drive ini memandangkan saya tidak pernah mencubanya. Gambar di bawah menunjukkan screenshot LG Vaccine USB Flash Drive tersebut.

Sekian.. Selamat Mencuba

14 Replies to “Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1”

    1. @syahrilhafiz,
      revert sepenuhnya mmg agak mustahil tanpa image backup dan sbgainya.

      walaubagaimanapun, kalau nak dapat semula data, anda boleh cuba data recovery software yg byk dipasaran spt diskgetor, norton disk doctor,stellar, ontracks recovery dan byk lagi.

      Tapi, b’dsarkan pngalaman saya, proses ambil masa yg lama dan hasilnya mungkin tidak brape baik memandangkan kmungkinan byk file telah corrupt b’gantung kpd pnggunaan hard disk.

    1. @Dulu Lain Sekarang Lain,
      smartdisk? smartdisk yg mana 1 ni ye? smartdisk ni boleh jd nama company yg buat card adapter tu, or cam flashtrax, or firelite, or smart yg monitoring disk tu? sbb byk sgt bnde guna nama smartdisk. mayb ada yg sy xtau.. confused..

      tapi based dari soalan tu sy rasa cam memory card biasa je ye? corrupt jarang terjadi disebabkan software. virus yg nak saja corruptkan image pun xprnah jumpa lg. kcuali gatal tngan corrupt cara manual. Dlm byk kes, corrupt terjadi sbb physical handling. mksdunya cara layanan fizikal la. maklum la, brang2 storage ni kdang2 sensitif pd cas2 statik, habuk, minyak. biasanya boleh tahan. tp kalau ganas sgt, mayb boleh corrupt gak kot.

      Lg 1 sebab, boleh jadi pasal sector memory yg da damage (biasanya kalau devices tu da lama n byk kali guna). so kalau ada file yg save atas sector yg damage, automatik corrupt la jadinya. cuba check dgn software cam disk doctor tu..

      kalau cerita semua boleh jd artikel ni. camne nak check kesihatan disk, fix sector damage dgn cara yg paling terbaik.. ada masa kena tulis gak ni..byk idea. masa xde. huhu

  1. menarik2.. memang selalu sangat ad virus keat pendrive nih… tahu2 ad banyak data dah hilang.. ataupun corrupt… pasal keberkesanan pen drive yang atas tuh.. tak pernah beli lagi..kalau ada jual kat lowyat , mahu nak sambar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *