Baru-baru ini kerajaan Malaysia mengeluarkan suatu kenyataan berkemungkinan untuk melarang penggunaan BlackBerry yang mana saya percaya konsep larangan ini adalah sama seperti United Arab Emirates yang melarang penggunaan beberapa servis yang ditawarkan oleh BlackBerry. Artikel ini akan menerangkan tentang larangan yang dicadangkan oleh beberapa negara dan mengapa isu ini ditimbulkan.
Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah larangan yang dimaksudkan bukanlah larangan 100% pengggunaan BlackBerry tetapi sebahagian fungsi BlackBerry seperti email dan BlackBerry Messenger (BBM). BBM adalah “private instant messaging service” dijalankan oleh RIM (Research in Motion) dimana pengguna BlackBerry boleh menghantar IM kepada orang lain dalam jaringan mereka.
Apa yang menjadi isu ialah BBM dan email service dihubungkan dengan server RIM yang terletak di Canada dan connection itu di ”encypt”. Encrypt connection itu memang penting bagi memastikan privasi dan keselamatan pengguna, tetapi ia juga membawa maksud data yang dihantar adalah di luar kawalan negara lain samada UAE, India, Malaysia atau sebagainya walaupun data itu dihantar oleh penduduk negara itu sendiri.
Langkah terbaik bagi isu ini ialah menjalankan rundingan kerjasama. RIM yang dalam perbincangan kemungkinan akan bersetuju dengan cadangan negara-negara terbabit dengan memberi kuasa kepada kerajaan negara tersebut mengawal rakyat masing-masing dan menghantar apa jua maklumat yang diperlukan oleh kerajaan negara tersebut. Hal ini adalah penting bagi pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti jika berlaku jenayah. Kerjasama seperti ini juga yang digunaka pakai oleh kebanyakan negara termasuk U.S.
Langkah seperti ini dilihat lebih baik daripada larangan penggunaan BlackBerry ataupun servis yang ditawarkan yang mungkin boleh membawa kepada kemarahan pengguna BlackBerry di samping dapat menjaga keselamatan negara.
P/S: Kebanyakan cerita di atas berdasarkan negara lain oleh kerana maklumat dari Malaysia masih kurang jelas kerana cadangan untuk larangan ini masih baru ketika artikel ini ditulis. Kalau semua guna hp 3310 senang cerita.
Sekian..
you’re listed http://sufian.info/tukar-links/
TQ sufian
Encrypt data tu bukan ke hak pengguna? huhuhu
yup. Data mmg bagus di encrypt bagi menjaga hak pengguna. Tapi kalau server kat canada dan data tu di encrypt, cam sy ckap membawa mksud pihak berkuasa negara masing2 mmg takde peluang la nak dapatkan apa2 maklumat drpd msg yg dihantar walaupun origin msg tu dari negara mereka sendiri
kat arab tu tak bagi terus guna blackberry atau tutup servis tertentu je?
servis je. Tu pun dorang dalam perbincangan dengan RIM. Kalau semua berjalan lancar, tak silap ikut RIM dalam bulan 10 or 11 baru RIM bagi access kepada Arab untuk mintak apa2 maklumat bila mereka perlukan.
yups
kalau semua guna 3310 tak ada la sapa2 nak berlagak lagi dengan gejet baru
hahaha
haha.. That’s the whole point. Nak buat camne kan, hp sy sendiri pun kalah dgn budak sekolah rendah.