Install WordPress menggunakan Installatron

Dalam artikel sebelum ini Install WordPress Menggunakan Fantastico , saya telah mendedahkan kepada anda salah satu installation script yang paling terkenal. Walaubagaimanapun, Fantastico bukanlah suatu installation script yang paling hebat yang saya pernah jumpa. Installatron adalah satu lagi script-installer yang boleh terdapat dalam cPanel/WHM, cPanel Enkompass, DirectAdmin, InterWorx, Plexk Linux/Unix dan Plesk Windows jika syarikat hosting anda menggunakan script-installer oleh Installatron. Artikel ini akan menerangkan cara menggunakannya Installatron untuk install WordPress.

Tidak seperti Fantastico, Installatron memberi satu customization atau pilihan yang lebih luas kepada pengguna. Option atau pilihan yang banyak membawa maksud anda memerlukan lebih sedikit ilmu untuk install WordPress menggunakan Installatron jika dibandingkan dengan anda install WordPress menggunakan Fantastico.

Cara Install WordPress menggunakan Installatron:

1. Bahagian pertama adalah bahagian untuk anda membuat pemilihan domain, meletakkan path dan lokasi WordPress anda.

2. Bahagian kedua adalah memilih versi WordPress yang anda ingin gunakan. Biasanya kita akan pilih versi yang paling latest

3. Seterusnya ialah bahagian paling mudah iaitu License dan Agreement. Klik “I Accept”. Sesiapa yang rajin boleh baca semua.

4. Langkah keempat adalah bahagian database. Kebanyakan “database host” menggunakan “localhost” tetapi berhati-hati. Bukan semua hosting menggunakan localhost sebagai database host. Anda boleh dapatkan maklumat tentang database daripada hosting anda. Anda juga dibenarkan meletakkan “table prefix” bagi database anda.

5. Seterusnya adalah bahagian tentang akaun WordPress anda. Anda boleh letakkan Administrator username, Administrator password, Administrator email dan juga website title di sini sesuka hati anda.

6. Setelah semuanya selesai, anda pasti dengan setiap setting yang letakkan, anda boleh klik “submit” untuk meneruskan proses installation.

7. Sekarang adalah proses menunggu. Walaupun, menurut arahan di situ proses tersebut mungkin mencapai 5 minit, tetapi masa yang diambil untuk Installation WordPress biasanya kurang dari seminit setanding dengan Fantastico.

8. Bahagian terakhir akan memaparkan segala maklumat atau detail yang anda perlukan. Copy semua maklumat tersebut dan anda boleh klik complete bagi mengakhiri proses installation.

Salah satu contoh syarikat hosting provider di Malaysia yang menggunakan Installatron ialah Syokhost

Sekali lagi seperti artikel sebelum ini install wordpress menggunakan Fantastico, suka untuk saya ingatkan proses installation oleh Installatron adalah secara automatik. Jika anda baru pertama kali menggunakan WordPress, saya sangat menggalakkan anda melakukan proses installation secara manual kerana ia akan benar-benar dapat membantu anda sekiranya anda menghadapi sebarang masalah di masa akan datang.

Sekian, Selamat Mencuba..

4 Replies to “Install WordPress menggunakan Installatron”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *