Install WordPress Menggunakan Fantastico

Install WordPress sebenarnya sangat mudah dengan Fantastico. Kebanyakan syarikat hosting menyediakan perkhidmatan Fantastico untuk install lebih 50 script dengan menggunakan Fantastico. Menggunakan installation script seperti ini sememangnya sangat mudah kerana anda tidak perlu risau dengan MySQL database, chmod sesuatu file dan bermacam-macam perkara dan isu ketika membangunkan sesebuah website. Saya juga percaya kebanyakan pembantu teknikal dalam syarikat hosting dan pembangun web menggunakan Installation script seperti Fantastico ini bagi memudahkan kerja mereka.

Bagi sesiapa yang tidak pernah menggunakan installation script, artikel ini akan memberi tutorial menggunakan Fantastico dan memberi sedikit gambaran mudahnya menggunakan installation script seperti ini.

 

4 langkah mudah menggunakan Fantastico:

1.  Pilih lokasi atau tempat yang anda ingin untuk install script tersebut. Anda boleh pilih unutk letakkan script anda samada di domain atau subdomain

 

2. Anda boleh pilih Script yang anda ingin install di sini. Jika anda ingin menggunakan WordPress, anda boleh pilih script tersebut.

3. Dalam langkah ketiga, anda dibenarkan untuk memilih lokasi folder untuk anda install WordPress atau sebarang script yang anda pilih. Tinggalkan kosong jika anda ingin script anda berada di root folder.

4. Anda hanya perlu menunggu dalam masa yang sangat singkat dan anda akan berada di langkah yang terakhir. Dalam langkah terakhir ini, apa yang anda perlu lakukan ialah copy semua data yang diberi. Data-data ini adalah sangat penting untuk anda akses script anda dan tidak seharusnya didedahkan kepada orang lain.

Mudah bukan? Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan bahawa Fantastico menjalankan operasi installation script ini secara automatik. Walaupun ianya sangat mudah, tetapi jika anda baru pertama kali menggunakan script seperti WordPress, saya sangat menggalakkan anda agar melakukan installation secara manual. Walaupun cara manual agak sukar dan lambat, tetapi ia akan memberi kefahaman kepada anda tentang script yang anda install dan sangat berguna ketika anda berhadapan dengan masalah teknikal.

Selamat Mencuba..

One Reply to “Install WordPress Menggunakan Fantastico”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *