Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 4

Dalam bahagian 4 Install Fedora Dual Boot Bersama Windows adalah bahagian membina atau membuat user baru dalam Fedora. Bahagian ini merupakan sambungan daripada bahagian 1, 2 dan 3 setelah anda restart PC anda. Artikel kali ini akan membantu anda menyelesaikan proses Install Fedora memandangkan membina user baru ini merupakan bahagian terakhir dalam pemasangan Fedora di PC anda. Dalam bahagian 4, sebenarnya anda tinggal beberapa langkah terakhir yang  sangat mudah bagi membina user dan menyempurnakan install atau pemasangan Fedora dalam PC anda.

Sambungan dari bahagian 3 Install Fedora Dual Boot Bersama Windows:

1. Setelah anda restart PC anda dan memasuki Fedora sebagai Operating system melalui GRUB atau Windows Boot Manager buat pertama kali, anda akan dipaparkan seperti gambar di atas

2. Seterusnya ialah License Information. Klik Forward.

3. Kemudian anda akan dipaparkan dengan paparan “create user”. Letakkan “username” dan “fullname“ anda juga password yang anda pilih di ruangan yang disediakan.

4. Seterusnya adalah paparan “Date and Time”. Tetapkan masa dan tarikh yang tepat jika perlu.

5. Paparan berikutnya adalah “Hardware Profile”. Anda bebas untuk memilih samada mahu menghantar profile yang mengandungi maklumat hardware anda atau tidak. Klik Finish

6. Selesai. Anda akan dipaparkan dengan kotak login yang dipaparkan nama username yang anda letakkan dalam langkah 3.

7. Klik kotak tersebut dan masukkan password anda di ruangan yang disediakan.

8. Setelah proses login selesai, anda akan dipaparkan dengan interface atau antaramuka Fedora seperti di bawah.

9. Anda boleh mencuba Fedora yang baru anda install dalam PC anda.

Selesai. Saya cuba menghasilkan artikel Install Fedora Dual Boot Bersama Windows dari bahagian 1 hingga 4 ini sebaik mungkin tanpa melangkau mana-mana bahagian yang terdapat dalam proses install atau pemasangan. Setiap langkah walaupun langkah yang mudah saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin agar anda dapat memaham setiap langkah dalam proses pemasangan Fedora 14 ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda bukan sahaja Install Fedora versi-versi yang lain, malah install distro linux yang lain juga Windows. Proses pemasangan OS (Operating System) seharusnya tidak mendatangkan masalah kepada anda selagi anda memahami konsep dan asas yang diterangkan.

Sekian. Selamat Mencuba..

3 Replies to “Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 4”

Leave a Reply to sufian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *