Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 3

Dalam bahagian 1 dan bahagian 2 Install Fedora Dual Boot Bersama Windows, saya telah menjelaskan cara atau kaedah install Fedora dari awal sehingga format partition Fedora dengan cara yang betul bagi mengelakkan kehilangan data. Dalam bahagian ketiga, saya ingin meneruskan artikel tentang Install Fedora dalam bahagian yang memainkan peranan yang paling penting dalam dual boot atau multiple boot iaitu boot loader. Boot loader kadang kala dikenali dengan nama bootstrap atau bootstrap loader adalah program kecil yang memulakan proses load ke dalam RAM kerana dalam permulaan sesebuah computer, OS (Operating System) tidak wujud dalam ROM atau RAM. Maka boot loader akan mengawal kawalan sistem dan memory untuk load OS kernel. Selepas OS kernel telah habis load, boot loader tidak digunakan lagi. Walaupun boot loader adalah kecil, tetapi ia sangat penting dalam proses memulakan OS. Maka kesilapan dalam install boot loader boleh membawa kepada kegagalan OS anda untuk dimulakan.

Sambungan dari bahagian 2:

1. Seterusnya, anda akan dipaparkan dengan “boot loader operating system list”. Memandangkan anda membuat dual boot dan telah install  Windows, maka sepatutnya anda mempunyai 2 perkara di dalam list tersebut. Pertama ialah “Fedora” dan yang kedua ialah “Other”. “Other di situ sebenarnya membawa maksud ianya OS Windows yang telah anda install dalam PC anda. Maka, anda boleh “Rename” Other tersebut menjadi Windows atau apa sahaja yang anda suka supaya kelihatan menarik untuk dibaca setiap kali anda start computer atau PC anda. Tandakan “Default” pada OS yang anda ingin boot secara default atau automatik apabila tiada input diberikan semasa pemilihan OS dalam masa yang ditetapkan.

2 (a). Perhatikan lokasi “install boot loader” adalah pada /dev/sda. Membiarkan lokasi install boot loader di /dev/sda merupakan cara termudah.

Walaubagaimanapun, perlu anda tahu, /dev/sda dalam contoh ini ialah “Master Boot Record” (MBR). Hal ini bermaksud anda membenarkan Fedora untuk install boot loader pada MBR menyebabkan Fedora “overwrite” boot loader Windows. Dalam kaedah ini, GRUB (GRand Unified Bootloader) akan mengawal Windows Boot Manager. Maksudnya, semasa anda memulakan computer anda, GRUB yang akan terpapar dan bukan Windows boot Manager. Tiada salahnya dengan kaedah ini dan sememangnya kaedah ini yang paling mudah.

ATAU

2 (b). Anda boleh menetapkan “install boot loader” pada “First sector of boot partition”. Dalam contoh ini, first sector of boot partition adalah pada /dev/sda8. Klik “Change device” untuk menukar lokasi install boot loader. Tandakan pada “First sector of boot partition” dan klik “OK”

Hasilnya, seperti gambar di bawah.

Kaedah ini akan mengekalkan Windows boot Manager pada MBR. Maka yang terpapar di permulaan computer apabila anda start computer ialah Windows Boot Manager dan bukannya GRUB.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja anda selesai dengan proses pemasangan atau installation Fedora, anda tidak akan dipaparkan dengan pilihan untuk memulakan Fedora. Hal ini adalah kerana Windows Boot Manager tidak akan dapat kesan kewujudan Fedora dalam sistem secara automatik. Kaedah ini menjadi sukar kerana anda terpaksa menambah “entry” baru dalam Windows Boot Manager secara manual.

Saya tidak mencadangkan kaedah ini kepada anda kerana bimbang berlaku kesilapan semasa anda memasukkan entry baru dalam Windows Boot Manager yang boleh menyebabkan kegagalan untuk boot ke dalam Fedora mahupun Windows. Walaupun ia boleh diperbaiki tetapi ia mungkin menyebabkan kerunsingan kepada memandangkan anda mungkin tidak boleh boot kedalam mana-mana OS.

Secara peribadi saya tidak nampak keburukan dalam GRUB melainkan ia nampak kurang menarik dipandang jika anda mempunyai multiple boot lebih daripada 2. Saya menggunakan Windows Boot Manager kerana mempunyai 4 OS yang berlainan hanya untuk kelihatan lebih kemas.

Tetapi jika anda tidak tahu atau kurang yakin untuk memasukkan entry secara manual dalam Windows Boot Manager, saya cadangkan anda kekal dengan kaedah 2(a) kerana ia lebih mudah.

3. Setelah berpuas hati dengan setting boot loader, klik Next. Proses pemasangan atau install akan dijalankan. Anda perlu tunggu, tunggu dan teruskan menunggu.

4. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan diapaparkan dengan satu kenyataan bahawa proses pemasangan atau install telah berjaya. Tekan “Close” dan Restart PC anda.

Sekian untuk bahagian ketiga. Saya akan sambung tentang membuat user account dalam bahagian 4

4 Replies to “Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 3”

  1. nak tanya kalau kita tengah install. suddenly letrik takda.. atau terestart secara sendiri.. bagaimana mana dengan proses intall itu??? adakah sama seperti windows..

    1. @zik,
      Mana2 installation pun sama. Kalau xsempat nak abis install, memang kene install semula. Tapi kalau dah delete or format hard disk je akan kekal begitu walaupun selepas ter restart..

Leave a Reply

Your email address will not be published.