Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 2

Dalam bahagian 1, saya telah memberi pengenalan kepada Fedora juga perbezaan Ubuntu dan Fedora, spesifikasi hardware bagi pemasangan atau install Fedora dan langkah awal dalam pemsangan atau install Fedora. Bahagian kedua adalah bahagian yang paling kritikal dan sangat penting dalam setiap proses pemasangan atau install samada Linux atau Windows iaitu pemilihan lokasi pemasangan dan format kerana melibatkan hard disk iaitu data dalam komputer. Malah pada saya, proses ini dalam Linux lebih sukar jika dibandingkan dengan Windows. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan kehilangan data yang anda sayangi. Maka dalam bahagian kedua, anda perlu sangat berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dengan kesedaran tersebut, maka artikel Install Fedora Dual Boot bersama Windows bahagian kedua ini juga saya  cuba hasilkan dengan dengan sebaik mungkin agar anda dapat memahami dengan jelas.

Sambungan dari bahagian 1:

1. Anda akan diarah untuk membuat pemilihan dengan jenis pemasangan. Terdapat 5 pilihan yang bagi saya agak mengelirukan jika anda tidak biasa dengan partitioning hard disk. Saya suka menggunakan pilihan terakhir iaitu “create custom layout”.  Pilihan ini merupakan cara manual menggunakan partitioning tool. Mungkin agak sukar tetapi ia akan membantu anda melihat dan memberi kuasa penuh mengawal hard disk anda sendiri. Lihat gambar di atas sekali.

2. Sekarang anda akan dipaprkan dengan layout hard disk anda. Setiap partition hard disk anda akan dipaparkan di sini. Dalam artikel bahagian 1, anda telah menyediakan 1 partiton kosong untuk Fedora. Cari partition tersebut. (Hint: Kenalpasti saiz partition untuk memastikan yang mana satu partition kosong anda). Dalam contoh saya, partition kosong saya terletak pada sda5.

3. Delete partition tersebut (dengan anggapan bahawa partition kosong anda mempunyai format NTFS,FAT etc.). Dalam contoh ini, saya akan delete sda5 (partition kosong).

** Jika anda tidak format partition anda sebelum ini, iaitu anda hanya delete partition (unallocated space), anda tidak perlu lakukan langkah ini. Bagi kes ini, free space anda diletakkan di bawah ruangan “device” bernama “Free”. (Perhatikan gambar atas, baris 2 dari bawah)

4. Setelah anda delete, Free space hard disk anda diletakkan di bawah ruangan “Device” bernama "”Free”. Perhatikan pertambahan saiz dalam “Free” (2 daripada bawah) apabila anda delete partition.

5. Sekarang, di bawah ruangan “Device” klik “Free” tersebut dan klik “create”. Pilih “standard partition” dan klik “create” sekali lagi.

6. Pada “mount point”, pilih /boot. File system type, saya galakkan anda guna ext4. “Size” bagi /boot anda boleh letakkan 100MB – 500MB. /boot tidak menggunakan saiz yang besar.  Dalam contoh saya, saya gunakan 200MB. Pilih “Fix sized” dan klik “OK”.

7. Seterusnya ulang langkah 5. Pada “File system type" pilih “swap”. Letakkan size lebih sedikit daripada “RAM” anda. Dalam contoh ini, saya gunakan 2 kali ganda daripada saiz RAM iaitu 4000 MB (RAM saya 2000 MB). Langkah ini adalah optional atau pilihan. Anda mungkin tidak memerlukan “swap” jika RAM anda cukup besar.

8. Ulang langkah 5 sekali lagi. Klik “Create”. Kali ini pada bahagian mount point pilih tanda stroke “/”. “File system type” pilih ext4. Letakkan saiz yang anda inginkan dan pilih “Fixed Size’”. Ini adalah saiz keseluruhan pemasangan Fedora anda.

ATAU anda boleh klik “Fill to maximum allowable size”. Pilihan ini macam asobah la kiranya, menghabiskan apa yang tinggal (macam belajar Faraid lak). Maksudnya di sini, size akan ditetapkan untuk memenuhi semua baki device “Free” anda tadi.

9. Sebelum klik Next, sila pastikan anda anda telah menetapkan size, mount point dan type yang betul. Lihat gambar di bawah. Dalam contoh saya, device yang akan format ialah sda8. sda9 dan sda10. Setelah anda pastikan semuanya tepat, klik Next.

10. Sekarang adalah paling kritikal. Anda perlu klik “Write changes to disk” serta bertwakkal dan berharap apa yang anda lakukan tadi semuanya betul dan anda tidak terformat atau terbuang partition yang mempunyai data.

Sekian untuk bahagian kedua. Saya akan sambung tentang boot loader dalam bahagian ketiga.

8 Replies to “Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 2”

    1. @syahrilhafiz,
      Korang berdua ni mmg ler IT savvy.. sama ler di blog Syahril, kawe tak paham… sini pun pening jugak. Still, thanks for sharing. Kalau boleh study benda2 minat aku minat jugak sebenonnya..

      1. @syahrilhafiz,
        Nant kalau wat KDE org tnya kenapa tak tunjuk Gnome lak..hehe. Actually sy suka Gnome (walaupun sy rasa ramai org suka KDE) nampak lebih simple.

        @Ismail N,
        alamak, jgn la pening2 Ismail. Pelan2 kayuh. Senang je tu. Cuma maybe Ismail belum cuba lagi so tak nampak sgt apa yg ktorg maksudkan. Kalau interface tu da terpapar kat PC, mungkin Ismail akan nampak dgn lebih jelas. caiyok2. Ktorg sentiasa cuba membantu.

    1. @Aie,
      ooppss..sorry aie, terpaksa edit comment tu. Nama penuh dirasakan kurang sesuai dipaparkan disini atas sbb2 tertentu. Sorry lagi sekali. Anyway, the answer is Maybe..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.