Berapa banyak email yang anda terima setiap hari? Kebanyakan pengguna email menghadapi masalah dengan kuantiti email yang diterima dan kebanyakan daripadanya adalah tidak berguna. Maka, kita terpaksa memerhati satu persatu email tersebut bagi memastikan tidak ada email yang penting yang terselit di antara setiap email yang kita terima. Walaupun ada ruangan spam email, tetapi seperti yang anda ketahui, ruangan ini kurang tepat. Kadang-kadang ada email yang tidak penting masuk ke dalam inbox dan ada juga email yang penting masuk ke dalam ruangan spam. Maka, Gmail tampil dengan kaedah baru bagi menyelesaikan masalah ini yang dinamakan Priority Inbox.
Apa itu Priority Inbox?
Priority Inbox merupakan satu kaedah penyusunan email secara automatik. Ia terbahgia kepada tiga ruangan iaitu “important”, “starred” dan “everything else”. Ia menyusun email berdasarkan tabiat atau kebiasaan anda. Ia akan cuba menganalisis email yang anda selalu baca, email yang anda balas atau reply yang mana dianggap gmail adalah lebih penting dan akan diletakkan di atas sekali dalam ruangan “important”. Email yang dianggap tidak penting akan diletakkan di ruangan “everything else” di bahagian bawah sekali. Manakala ruangan “Starred” adalah email yang anda sendiri tandakan atas keinginan anda.
Bagaimana jika Priority Inbox membuat kesilapan?
Anda sentiasa boleh menggunakan fungsi meningkatkan keutamaan secara manual yang disediakan di bahagian atas email anda dengan tanda “+” dan “-“.
Bagaimana saya nak mula menggunakan fungsi ini?
Perhatikan ruangan atas sudut sebelah kanan email anda terdapat tulisan New! Priority InboxBeta
(Ketika artikel ini ditulis, fungsi ini masih dalam beta)
Untuk Penerangan lebih lanjut, anda boleh tonton video yang disediakan oleh Google ini
Selamat mencuba..
aku dah try buat dulu..tapi result kurang memuaskan…mesti salah setting nie~
@Sir Marcello,
ohh..dia ambik masa sikit. coz dia akan learn dari kebiasaan atau habit kita. awal2 memang byk silap. Google pun nampaknya sentiasa sedang cuba memperbaiki fungsi priority inbox ni
Nampak best.. tp aku belum guna lagi fungsi ni.. hehe
@Azuan,
ada masa nant cuba la. kalau rasa tak best, sebelah kiri kat email tu boleh klik inbox. so maknanya susunan dia macam biasa dan tak ikut priority
oo.. senang la nak sisihkan spam yg semakin melambak tu..
@sufian,
Yup. Nampak cam salah satu kaedah mengawal spam
jarang masuk gmail la..
suka dgn yahoomail tu ntah la kenapa..hehe
@syahrilhafiz,
ohh. sy pulak skrng da suka dengan gmail. Yahoo mail terasa semak..hehe
email saya sedikit.. jadi tak guna feature ini 🙂