Disable WordPress Plugin menggunakan PhpMyAdmin

 

Pada kebiasaanya user wordpress disable plugin menggunakan interface admin area yang disediakan oleh WordPress. Walaubagaiamanapun cara ini sangat berguna kepada user(admin) apabila menghadapi masalah untuk login ke dalam admin area WordPress. Masalah ini biasanya terjadi akibat kegagalan plugin berfungsi terutama apabila process updating plugin diganggu samada secara sengaja atau tidak.

Apabila admin hilang access ke dalam admin area WordPress, langkah terbaik adalah dengan cara disable semua plugin atau plugin tertentu menggunakan phpMyAdmin. Langkah ini biasanya akan membantu untuk mengembalikan sistem WordPress kepada normal.

Cara:

1. Login dalam CPanel anda.

2. Klik pada phpMyAdmin

2. Cari “wp_options” table, dan klik browse

3. Cari active_plugins row dan klik edit.

(active_plugins mengikut installation saya pada option #37. Mungkin berbeza daripada anda. Biasanya anda perlu klik “next page” untuk mencari row “active_plugins” )

4. Pada bahagian option_value, “cut” semua isi di dalamnya dan paste kan di notepad anda (sebagai backup). Apabila anda kosongkan isi di dalamnya, bermakna anda telah disable SEMUA plugin.

5. Jika anda hanya ingin disable plugin tertentu (anda pasti plugin yang mana gagal berfungsi), perhatikan contoh format option_value di bawah.

a:2:{i:0;s:13:"AddMySite.php";i:1;s:19:"akismet/akismet.php";}

Contoh jika anda ingin disable plugin akismet, delete bermula daripada i:1 sehingga tanda semicolon “;”. Kemudian tukar a:2 menjadi a:1 yang menunjukkan jumlah plugin anda.

**Anda digalakkan untuk backup database anda sebelum sebarang perubahan dilakukan.

Selamat Mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published.