Daftar Email 1 Malaysia Myemail.my

Projek email 1 malaysia yang menggunakan domain myemail.my kini diperingkat beta telah dibuka untuk pendaftaran. Projek Email 1 Malaysia dibangunkan oleh Tricubes yang menjadi bahan politik dan isu yang hangat diperdebatkan tidak lama dahulu kini boleh anda daftar dan mendapat akses untuk mencuba sendiri fungsi yang diberikan. Email 1 malaysia yang bertapak di domain myemail.my pada mulanya dijangka dibuka untuk pendaftaran untuk warga Malaysia pada awal bulan Julai 2011 mengalami penangguhan sehingga semalam iaitu pertengahan bulan Ogos 2011. Maka artikel kali ini akan membawakan kepada anda sedikit review pendafataran, masalah yang dihadapi semasa pendaftaran peringkat beta dan sedikit maklumat serta pandangan khidhir dot Com terhadap projek email 1 malaysia yang menelan kos agak tinggi dikatakan sehingga RM50 juta.

Langkah Mudah Daftar Email 1 Malaysia myemail.my

1. Akses myemail.my

 

2. Klik Sign Up atau Daftar

3. Isikan ruangan yang disediakan iaitu ruangan Nama, nombor mykad, myemail id, password, security question dan alamat email alternatif. Klik Daftar atau Register

4. Anda perlu tunggu sehingga mendapat pengesahan nama dan nombor mykad daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan pengalaman saya, ia mengambil masa 5 hingga 10 minit.

5. Periksa atau semak email alternatif yang anda daftarkan. Sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda akan menerima email daripada myemail.my bagi link pengaktifan akaun myemail.my. Klik link tersebut dan anda telah berjaya mendaftar akaun myemail.my

6. Login ke akaun anda di myemail.my. Ambil perhatian, anda perlu sertakan dengan domain myemail.my di runagan myemail id. Sebagai contoh, anda perlu isi [email protected] di ruangan myemail id.

 

7. Setelah login di akaun myemail.my, anda boleh edit profile anda. Alamat rumah anda telah diletakkan mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walaubagaimanapun anda dibenarkan untuk edit atau mengubah suai alamat tersebut.

Interface atau Antaramuka Myemail.my Selepas Login

Interface atau Antaramuka  Inbox Myemail.my 

Tidak banyak yang boleh dikatakan disini memandangkan sistem yang digunakan adalah Windows Live. Maka secara mudah, sistem email tersebut adalah sama seperti akaun Windows Live atau hotmail anda.

Gambar dibawah ialah sistem email myemail.my

Anda boleh membuat perbandingan dengan gambar dibawah yang merupakan sistem email hotmail

Gambar dibawah adalah MX Record yang membuktikan myemail.my menggunakan sistem Windwos Live atau Hotmail

Bagi yang kurang faham erti MX Record, Secara ringkas MX Record (Mail Exchanger Record) ialah satu rekod sumber dalam DNS (Domain Name System) yang menyatakan mail server yang bertanggungjawab untuk menerima email bagi pihak sesuatu domain penerima.

Bug atau Isu Masalah Semasa Proses Pendaftaran

Semasa proses pendaftaran, saya perhatikan buat masa ini terdapat beberapa bug atau isu yang timbul.

Ruangan password dan confirm password. Idea teknologi ajax yang digunakan adalah bagus. Walaubagaimanapun, terdapat kesilapan dimana simbol tick dan cross yang digunakan tidak update dengan baik. Bermaksud, jika anda masukkan password yang salah di ruangan “confirm password “, tanda cross atau pangkah akan kekal walaupun anda telah masukkan kembali password yang betul dan sama. Lihat gambar di bawah

Gambar di bawah ialah Source page yang telah saya ubah bagi membuktikan bahawa password yang dimasukkan adalah sama

Selain daripada itu, terdapat bug atau isu di ruangan security question. Beberapa soalan berkaitan dengan tahun seperti tahun lahir anda dan tahun lahir ibu anda yang mana ruangan jawapan diletakkan dengan bilangan minimum sebanyak 5 huruf atau karakter. Mengikut normal dan logik suatu tahun diletakkan, bilangan tahun seperti 1990 hanya sebanyak 4 huruf atau karakter.

Kos Pembangunan Email 1 Malaysia Myemail.my RM50 Juta

Dari segi isu kos bagi pembangunan email 1 Malaysia myemail.my, saya tidak ingin masuk terlalu mendalam memandangkan isu ini sering dipolitikkan. Walaubagaimanapun, kos yang dikatakan sehingga RM50 juta buat masa ini dilihat kurang wajar dengan hasil yang dipaparkan. 1 webpage myemail.my berserta dengan custom domain daripada Windows Live mencecah RM50 juta masih diluar logik akal yang rasional walaupun secara jujurnya saya tidak pasti nilai sebenar yang dibayar pada Microsoft atau Windows Live.

Sebenarnya, saya lebih bangga dengan interface dan sistem email yang dibangunkan sendiri oleh Malaysia walaupun interface atau sistem tersebut berkemungkinan 5 tahun ketinggalan daripada sistem yang dihasilkan Yahoo atau Google kini. Walaubagaimanapun, memandangkan Email 1 Malaysia, myemail.my masih diperingkat beta, saya masih menanti dan mengharapkan fungsi-fungsi lain yang akan diwujudkan termasuk fungsi untuk melanggan penyata, bil atau notis daripada kerajaan atau swasta

Kelemahan di ruangan pendaftaran atau sign up pada saya tidak seharusnya terjadi kerana ia membawa pandangan yang buruk. Orang kampung kata first impression itu penting. Sebagai developer website, perkara seperti logik dan setiap kemungkinan yang boleh dilakukan oleh user seharusnya dipertimbang dengan teliti. Memandakan kos yang tinggi, kesilapan pada fungsi utama perlu dielakkan dengan sebaiknya

Keselamatan dan Privasi

Tricubes menjanjikan yang mereka akan menjaga setiap privasi maklumat mengenai diri anda dan email yang anda hantar atau terima tetapi tetap bergantung kepada undang-undang. Bermaksud, pihak-pihak tertentu boleh mendapatkan maklumat anda dan email anda daripada Tricubes sekiranya anda terlibat dengan sebarang jenayah atau isu yang berkaitan dengan undang-undang.

Secara peribadi, saya menganggap keselamatan dan privasi Tricubes masih meragukan. Anda boleh menggunakan myemail.my bagi urusan tidak rasmi tetapi saya rasakan kurang sesuai menggunakan email 1 malaysia untuk sebarang urusan pendaftaran dengan website luar yang mungkin akan sertakan user id dan password anda di dalam email yang anda terima. Walaubagaimanapun, perkara tersebut bergantung kepada keyakinan anda sendiri tetapi saya tetap menggalakkan anda untuk daftar email 1 Malaysia, myemail.my secepat mungkin  bagi mendapatkan email id nama anda yang anda impikan

Sekian..

22 Replies to “Daftar Email 1 Malaysia Myemail.my”

  1. Salam. terima kasih atas perkongsian hebat. Selepas baca artikel yang saudara tulis ni saya berfikir 2 3 kali sama ada mahu menggunakannya atau tidak. Email gmail, yahoo, hotmail yang saya ada sebelum ni pun tak sempat nak buka semua. Tak tahu lagi nanti kalau rasa ada masa nak usha gak email 1malaysia ni. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *