Dalam sesebuah PC atau komputer, terdapat banyak file yang kita simpan dengan berbagai tujuan. Sebahagian file adalah file yang kurang penting manakala sebahagian lagi mungkin mengandungi maklumat yang sangat penting dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Walaupun komputer atau PC kita mempunyai password untuk dibuka, tetapi kadang kala kita akan membenarkan komputer atau PC kita digunakan oleh pihak lain samada sukarela atau terpaksa. Menyembunyikan file atau folder adalah salah satu perkara yang sangat penting bagi menjaga privasi kita. Sebenarnya dalam usaha untuk menyembunyikan file, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bergantung kepentingan file tersebut. Biasanya file atau folder yang mengandungi maklumat yang penting akan cuba disembunyikan sebaik mungkin. Tetapi file yang kurang penting mungkin hanya perlu disembunyikan dengan cara yang sangat mudah. Menyembunyikan file dan folder di tahap keterlaluan akan menyusahkan anda sendiri untuk membukanya atau akan menggunakan resource yang agak tinggi yang akan saya terangkan di bawah nanti.
Sembunyikan Folder dengan ALT Codes
Kita mulakan dengan cara yang paling mudah dan simple untuk sembunyikan folder. Anda tidak memerlukan sebarang software, tanpa kesusahan untuk membuka semula folder tersebut, hanya sedikit ilmu dan ingatan.
1. Buat New Folder
2. Right click folder tersebut dan klik Properties.
3. Pilih tab Customize dan klik pada Change icon
4. Cari satu icon yang kosong macam gambar di atas. Klik OK
5. Sekarang, anda rename file tersebut.
6. Tekan butang ‘ALT’ sambil tu tekan tekan 0160. Kalau tak boleh, gunakan nombor 255.
7. Selesai.
Untuk menambah kesusahan orang lain untuk terjumpa folder tersebut, anda boleh jadikan folder tersebut hidden atau system file bergantung kepada kreativiti anda sendiri.
Trik dalam kaedah ini ialah menghilangkan icon folder dan juga nama file tersebut. Biasanya anda boleh letak folder tersebut di satu koordinat di Desktop anda jauh daripada icon lain. Maka tiada siapa yang akan menyangka sebenarnya ada folder di situ. Anda pun senang nak buka folder rahsia anda.
Perhatian:
Nombor 0160 atau 255, sila gunakan numpad. Nombor yang berada di sebelah kanan keyboard anda. Bukan nombor yang berada di atas huruf.
Bagi pengguna laptop yang tidak mempunyai numpad, anda boleh aktifkan ‘Numlock’ anda dan gunakan ‘Function Key’. Biasanya Function key dilabel sebagai ‘Fn’. Terdapat simbol dan nombor kecil yang tertera di atas beberapa keypad. Kalau keyboard anda terlalu old school sehingga segala jenis tanda kelihatan samar-samar di atas keyboard anda, biasanya ia diletakkan dengan cara begini.
j=1 m=0 k=2 l=3 u=4 i=5 o=6 7=7 8=8 9=9
Secara mudah bagi pengguna laptop, aktifkan numlock anda, kemudian anda perlu tekan Fn + ALT + 0160 atau FN + ALT + 255
Sembunyikan File dalam Gambar
Cara kedua adalah cara sembunyikan file dalam gambar. Cara ini mungkin anda pernah dengar kerana ini merupakan salah satu kaedah lama tapi agak berkesan.
1. Sediakan file yang anda ingin sembunyikan dan satu gambar biasa. Dalam contoh ini saya gunakan File 1.txt dan File2.txt sebagai file rahsia yang ingin saya sembunyikan dan Gambar.jpg adalah gambar normal.
2. Compress semua file yang anda ingin rahsiakan. Dalam contoh ini saya compress kedua-dua file (File 1.txt dan File 2.txt) tersebut menjadi Gabung.rar.
3. Buka command prompt. Taip
copy /b Gambar.jpg + Gabung.rar Rahsia.jpg
Saya terangkan maksud command tersebut agar anda boleh faham dengan jelas apa yang cuba saya lakukan
copy = instruction
/b = binary
Gambar.jpg = Gambar asal yang tak bersalah apa-apa
Gabung.rar = Semua file rahsia yang telah compressed
Rahsia.jpg = File gambar yang saya inginkan hasil gabungan Gambar.jpg dan Gabung.rar
Perhatian: Perhatikan file type gambar tersebut. Jika gambar anda Gambar.gif, pastikan file yang anda hasilkan ialah Rahsia.gif
4. Dalam folder yang sama, perhatikan anda telah mempunyai satu gambar baru iaitu Rahsia.jpg. File tersebut jika anda ‘double click’ adalah gambar biasa dan tidak menimbulkan sebarang syak. Hanya size file tersebut yang akan bertambah bergantung kepada size file rahsia yang telah anda compress.
5. Jika anda ingin membuka semula file rahsia anda, anda hanya perlu ‘right click’ Rahsia.jpg tersebut, dan pilih open with. Buka dengan menggunakan aplikasi compression anda. Dalam contoh ini saya menggunakan Winrar
Optional: Anda boleh letakkan password semasa anda compress file-file tersebut menggunakan aplikasi compression anda. Jadi andaikata ada orang yang terjumpa gambar rahsia anda dan cuba decompress, mereka memerlukan password untuk membukanya.
Perhatian: Tidak semua aplikasi compression mampu menggunakan kaedah ini. Sila pastikan anda mencuba cara ini dengan dummy file dahulu menggunakan aplikasi compression anda jika anda menggunakan aplikasi compression selain Winrar.
Dibawah adalah video yang saya hasilkan sendiri lama dahulu berkenaan dengan tutorial sembunyikan file dalam gambar. Saya terlupa tujuan saya hasilkan video tersebut dahulu. Kali ni saya berhasrat untuk berkongsi dengan anda.
Third Party Software
Kedua-dua cara di atas adalah cara yang tidak menggunakan sebarang third party software. Terdapat lambakan aplikasi atau software khusus untuk menyembunyikan file atau folder anda dengan pelbagai cara. Sebahagiannya percuma dan sebahagiannya lagi perlu anda ‘beli’. Saya rasa tidak perlu saya terangkan panjang lebar berkenaan aplikasi sebegini tentang cara penggunaan. Biasanya software yang anda ‘bayar’ sepatutnya sangat mudah digunakan. Namun begitu saya berminta untuk bercerita tentang perkara-perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa menggunakan third party software berdasarkan pengalaman saya.
Antara contoh aplikasi untuk menyembunyikan file dan folder adalah seperti Folder Lock, Folder Guard dan sebagainya. Software atau aplikasi seperti ini akan memudahkan anda untuk hide dan unhide folder dan file anda. Namun begitu aplikasi atau software untuk menyembunyikan file dan folder memerlukan process dan services mereka sentiasa run semasa komputer anda sedang digunakan. Ia sama sekali akan menggunakan resources komputer anda dalam bentuk cpu dan memory. Saya akan cerita tentang application, process dan services dalam artikel akan datang.
Perlu juga anda ambil perhatian, software atau aplikasi menyembunyikan file dan folder bukanlah 100% sempurna. Software-software sebegini menyimpan password anda dalam registry computer anda. Dengan sedikit ilmu, anda boleh cari lokasi password software ini disimpan dan seterusnya menyusun kembali setiap character mengikut algorithm yang tepat untuk mendapatkan password anda. Maka ia bukanlah terlalu sempurna untuk anda simpan segala jenis rahsia kerajaan.
Satu lagi perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa menggunakan aplikasi menyembunyikan file dan folder seperti ini adalah apabila anda ingin uninstall. Pastikan semua file yang anda sembunyikan telah anda remove daripada protection sebelum anda uninstall. Terdapat beberapa kes kehilangan file dan folder berikutan file dan folder tersebut di bawah protection software sebegini semasa proses uninstall dijalankan. Hal ini pada saya tidak sepatutnya terjadi, tetapi pernah terjadi. Apabila perkara sebegini berlaku, proses untuk mendapatkan kembali file dan folder yang hilang boleh memakan masa yang agak panjang.
Berlainan dengan konsep software atau aplikasi diatas, terdapat juga aplikasi yang mampu untuk encrypt file anda dan decrypt semula apabila anda ingin menggunakannya. Namun begitu proses encryption dan decryption mungkin akan memakan masa yang panjang terutama jika file tersebut sangat besar.
Saya percaya masih banyak lagi cara untuk sembunyikan file dan folder. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan sebarang jenis software bertujuan menyembunyikan file dan folder atau kaedah-kaedah manual tanpa sebarang software yang lain, anda dialukan untuk berkongsi maklumat bersama kami di ruangan komen di bawah.
Sekian.
Saya sekarang ini menyimpan fail-fail penting di “Cloud” dan tidak lagi di PC. Selagi ada akses online selagi itu saya boleh akses fail di “Cloud”
guna cloud nak akses memang senang biomed. cuma kena hati-hati sebab bila file tu atas cloud, orang persoalkan security dan privacy file tersebut.
ooo..macam tu ye..tak pernah la pulak tau…setakat ni biasanya simpan kat icloud aje dan 4shared
hati-hati simpan kat internet. kalau file tak penting takpe. kalau penting, susah kalau orang dapat akses
Tak biasa sorok fail macam ni
Lagi pun tak ada fail rahsia apa pun
Hehe
baguslah. tehr tulus orangnya ni. takde rahsia.
salam khindir.. wah thx. pas ni sy akan jd seorg perahsia.hahaha..
welcome. jangan berahsia sangat tau. sikit-sikit je. 🙂
heee..buat separuh jalan heee..nti nak cuba kt rumah dulu. tapi kt pjbt ni pc di cuma ada gamabr karton google jer hee…
selamat mencuba kak suri
sama-sama atas pelajaran yg d beri..
wahhh.. bole cuba ni, selama ni men lock ngan password je..huhu
silakan
sebut pasal kata lalaun dulu2 masa kongsi pc kt koleh mmg pernh buat ada folder sendri ada paswod sndri yg org lain tak tahu hee..
tapi cara khidhir ni cam main silap mata pula
dulu masa kecik cita-cita nak jadi magician. Tak kesampaian. Buat silap mata dalam computer pun kira ok la kot
makaih..part yg sembunyi dlm gambar tu mmg cara la..huhu 🙂
p/s: apa la yg rahsia sgt tu..hehehe
sama-sama.. apa-apa yang patut dirahsiakan. ehem. Khas untuk Jebeng Otai 🙂
Ganas gak tips ni. Memang tercari2 dari dulu pasal benda ni. Akhirnya jumpa gak. Nanti cuba. Hehe
silakan mencuba
salam bro,saya ada guna cmd or command prompt utk hide file.
save dlm external hd,so mmg boleh la cam biasa.
Then minggu lepas laptop format dr XP ke Window 7 (buat kt kedai).
balik rumah,cucuk external HD,klik CMD,taip password…..
tak boleh bukak…!!! (rasa nak pitam sekejap)
Access denied – F:\Site project\E – Media\Locker\Image\Control Panel.21EC2020-3AEA-1069-A2DD-+++++++ bla bla bla…..
This system cannot find the file specified.
Folder Unlock successfully
tolong bro any solution..file penting tuh..
menyesal gi format ke window 7..
bro…rasa nye leh dapat lek tak file2 dalam CMD tuh?
ok, saya tak pasti cara mana yang ‘File prompt Hilang’ gunakan. Sebab dalam command prompt, sebenarnya ada banyak cara samada sembunyikan file, folder atau partition itu sendiri.
Terdapat satu kaedah sembunyikan folder sebenarnya yang selalu dikaitkan dengan perubahan windows. Tapi setahu saya, kaedah itu dalam windows 7 tidak berkesan. Maksudnya tanpa anda unlock, dia memang akan terpapar cuma maybe dalam keadaan hidden system. Tapi dalam windows XP dia masih dikira lock.
apa yang boleh anda buat,
1. cuba pastikan dalam windows 7, samada file tu benar-benar dikunci (locked). caranya enable kan hidden files dan unhide operating system file. Refer artikel ini jika anda kurang pasti untuk enable hidden dan unhide operating system file. Kemudian, bila dah nampak file system, pergi kat tempat file anda disembunyikan, tengok ada tak file tu.
2. Pastikan external hd anda berada dalam drive letter yang sama macam anda gunakan dalam windows xp. saya takut anda sebenarnya tidak sedar yang cara anda gunakan mungkin berkait dengan drive letter. sepatutnya ini tidak berlaku.
3. Pinjam la laptop member windows xp, disable kan protection, dan cari cara lain untuk protect file dalam external hd macam cara yang saya ajarkan tu.
Tapi saya rasa, cara yang anda gunakan tu, lebih berkait dengan kaedah 1.
CMD tu guna windows batch file.. cara yg saya gunakn sembunyikan file yg guna notepad then save as .bat
folder CMD dia yg gambar spoket gear besa ngn kecik tu..
dia ada unlock folder,n akan lock n unlock file kita..
rasa nya bro tau kot system tu,ble klik kuar pop up CMD, taip paswword kita dia unlock file,taip Y dia lock file..
so bila tukar ke window 7,trus da tak leh buka file yg saya save dalam tuh.
sy tahu. cuma batch file tu boleh mengandungi macam-macam jenis script (code) bergantung pada siapa yang buat atau tutorial mana yang anda ikut.
Anyway, saya rasa masalah anda lebih berkait dengan nombor 1 tu. Cuba solve guna method nombor 1. Saya rasa windows 7 tak lock pun file tu. Cuma file tu dalam keadaan hidden system. Ikut arahan nombor 1 dalam komen atas tu. InsyaAllah boleh.
assalam… sy xbleh hilangkn folder tu gne 0160 ataupun 255… semua instruction telah sy ikut trmasuklh aktifkn numlock, fn+alt+0160 @ fn+alt+255.. tetap xbleh… sy juga tidak menggunakn nombor2 yg brada diatas huruf itu… utk pengetahuan, sy menggunakn laptop compaq.. sy xpasti samada mungkin laptop sy brlainan dgn laptop lain ataupun laptop sy yg ada masalah… tq…
wsalam haiqal.
sy kurang jelas dengan ayat “tidak menggunakn nombor2 yg brada diatas huruf itu”.
Laptop compaq ada banyak model. jadi saya kurang pasti yang mana satu haiqal punya. Cuma biasanya, laptop yang saiz 15 inch dan keatas ada numpad (nombor di sebelah kanan keyboard). Laptop yang saiz 14 inch dan kebawah, biasanya nombor hanya ada di bahagian atas keyboard.
So kalau laptop anda tidak mempunyai numpad, jangan gunakan nombor di bahagian atas keyboard. sebab tu kita guna function key (FN). So bila kita gunakan function key, 255 atau 0160 yang saya maksudkan adalah nombor function key (nombor kecik warna biru. kalau function key tu warna biru, ikut model laptop).
Lebih mudah, cuba tengok kalau anda tekan “FN + ALT + mjom” atau “FN + ALT + kii” dimana “mjom = 0160” dan “kii = 255”
Bleh ke klau kite gne nombor laen selain 0160/255???
errr.. xboleh.. knapa pulak nak guna nombor lain. aha..