Artikel kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk install atau menggunakan Windows Media Player 11 tanpa melalui Windows Validation Check. Terdapat banyak cara di internet yang menggunakan patch, crack dan sebagainya bertujuan melepasi Windows Validation Check dengan cara membuat Windows yang anda gunakan kelihatan asli atau original. Walaubagaimanapun, saya lebih suka dengan pendekatan yang lebih mudah dengan menggunakan bugs atau hole yang terdapat dalam Windows Media Player 11 agar anda dapat menggunakan Windows Media Player 11 tanpa membuatkan Windows anda kelihatan Original atau asli. Berbeza dengan patch atau crack, kaedah ini hanya memerlukan anda “rename” yang saya rasakan lebih sesuai, mudah dan selamat untuk anda gunakan.
Artikel ini sebenarnya dihasilkan berikutan terdapat masalah yang mana terdapat beberapa pengguna yang menggunakan Windows versi lanun secara tidak sengaja telah install Windows Media Player 11 menggantikan Windows Media Player 10 menggunakan Windows Update. Saya sedia maklum yang Windows Update tidak memberikan maklumat bahawa pengguna perlu melepasi Windows Validation Check untuk menggunakan Windows Media Player 11 sebelum proses installation dilaksanakan. Akibatnya, ramai pengguna akan dipaparkan dengan ayat “Validate Your Copy of Windows” dan tidak boleh menggunakan Windows Media Player selepas proses installation Windows Media Player 11 dilakukan. Contoh yang saya lakukan ini diatas platform Windows XP.
Simptom masalah Windows Media Player 11 Validation Check
Apabila anda membuka perisian Windows Media Player, anda akan diaparkan dengan gambar pertama seperti di atas yang menyatakan “Validate Your Copy of Windows” dan apabila anda klik “Validate”, anda akan dipaparkan dengan perkataan “You May Be A Victim of Software Counterfeiting” dan “This Copy of Windows is Not Genuine” seperti gambar di bawah. Apabila anda klik “Finish” anda tidak dapat lagi menggunakan Windows Media Player
Cara Mudah Melepasi atau Bypass Windows Validation Check bagi Windows Media Player 11
1. Akses direktori C:\Program Files\Windows Media Player
2. Cari file LegitLibM.dll
3. Rename file tersebut daripada LegitLibM.dll menjadi legitlib
4. Sekarang, buka kembali perisian Windows Media Player 11
5. Anda akan dipaparkan seperti gambar pertama diatas. Teruskan dengan klik “Validate” dan anda mungkin dipaparkan dengan perkataan seperti “Unable to Validate”. Teruskan sahaja sehingga anda diapaparkan dengat ayat “Thank You For Choosing Windows Media Player 11” seperti gambar di bawah.
6. Anda akan dibawa kepada paparan Setting dan Configuration. Klik “Finish”.
7. Selesai. Anda dapat menggunakan Windows Media Player 11 di PC anda.
Windows 7 ???
Windows 7 ketika artikel ini ditulis telah menggunakan Windows Media Player 12. Maka tidak seharusnya timbul soal Windows Media Player 11 dalam Windows 7. Walaubagaimanapun, jika terdapat kes-kes terpencil dan anda mengalami masalah dengan Windows Validation Check di atas platform Windows 7, anda boleh rujuk artikel Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Sevice Pack 1
Disclaimer: Artikel ini dihasilkan bagi tujuan pembelajaran sahaja. Khidhir dot Com tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan anda. Jika anda rasakan Windows anda Original atau asli tetapi tidak melepasi Windows Validation Check, anda seharusnya menguhubungi pihak Microsoft bagi tindakan selanjutnya.
Sekian..
marah Bill gates bila baca nih 😉 Berguna utk PC pirate kawe di rumah… tq.
@Dulu Lain Sekarang Lain,
hopefully bill gates xreti baca BM. haha. xdela. saja nak tolong org yg kurang berkemampuan. da kaya bole beli original..
tak ada masalah kalau pakai yang original. tak perlu risau pasal windows validation check. Dulu-dulu saya pakai pirate version juga. tapi bila sendiri menjual produk digital, memang marah juga kalau orang copy je produk kita. lepas tu saya pakai yang original (OS and office).
@Afzal Laidin,
Kalau da berkerja dan berkemampuan takpela. Cuma kesian kat org muda spt student. Kalau windows nak ori, word nak ori, antivirus ori, kena software engineering, 1 software (rm 500++)mana nak cekau. Sebab tu pada sy ada perkara2 mmg ‘terpaksa’ kita tolerate. Itu pendapat saya. Terpulang pada masing2.
Setakat ni, masih lagi guna windows xp…. 🙁
@Sabahan Bloggers Club,
Yup. Performance Windows XP masih lagi elok + software Windows XP still belum obsolete. so sangat bagus terutama pc yang low dr segi hardware
ini trik yg menarik bro! Kurang labih triknya untuk genuin Adobe Photoshop…Hide IP Address dan yg lain2nya.. cuma ramai yg tidak tahu trik semudah ini… 🙂
@MDHAFiZ.NET,
Yup. Adobe punya method block IP dari akses PC n vice versa.
wah rahsia yang bagus..satu trick yang mudah!
macam kat sempadan juga rasanya
kadang2 mudah je nak lepas
hehe
kalu tak cukup budget, ikut ajelah trik ini 🙂
@MEKAR,
yup. Kalau terlebih budget, beli je yang ori.
camna nak cari C: program files windows media player ni ?tq
camna nak cari?
my computer > c: > program files > windows media player
By default, sepatutnya ada kat situ. Kalau takde, maksudnya sama ada nor da uninstall atau nor pernah install windows media player kat tempat lain. Tapi sepatutnya ada la kat situ sbb mmg install windows dpat trus windows media player kan.
Try tengok windows media player wujud tak dalam pc. kalau boleh run tu mksdunya ada la. boleh locate je.
Kalau takde, nak install boleh guna windows update utk install windows media player.
kalau nak renama,nak rename kat mana?
@nor,
Dalam folder windows media player tu.
Tukar je nama file tu dari LegitLibM.dll jadi legitlib. (Refer arahan nombor 3)
belakang dia kena letak titik ke tak?
Tak perlu.
terima kasih,saya dah berjaya buat. terima kasih banyak2. bye assalamualaikum
sama-sama. waalaikumsalam