Cara Mencantikkan Desktop Ubuntu Anda – Part 1

 

Anda bosan dengan paparan desktop Ubuntu anda? Anda merasakan ia terlalu suram dan kelihatan tidak bermaya? Maka Artikel kali ini akan menerangkan kepada anda cara untuk mencantikkan lagi paparan desktop Ubuntu anda dengan meletakkan “dock” di desktop Ubuntu anda. Dock yang diletakkan ini lebih kurang seperti yang ada pada MAC dan juga Windows jika anda menggunakan third party software. Apa yang berbeza adalah Ubuntu memberikan ini kepada anda secara percuma. Linux memang terbaik. Berikut langkah yang perlu anda lakukan bagi meletakkan dock di paparan desktop anda.

Cara:

1. Buka Ubuntu Software Center. Pada penjuru atas kanan, taipkan “awn”

 

2. Seterusnya, klik pada Avant Window Navigator dan klik install. Selepas proses installation berjaya, pergi ke System > Preferences > Awn Setting. Paparan di bawah akan dipaprkan kepada anda. Di sini, anda boleh pilih tetapan yang anda inginkan mengikut citarasa anda

3. Pilihan tab Task Manager.

4. Tab Applets. Di sini, anda boleh letakkan applet atau widget di dock anda. Ada banyak Applet yang ditawarkan kepada anda seperti applet Weather, Battery, CPU, To-Do-List, dan pelbagai lagi applets yang menarik yang anda harus cuba.

 

5. Tab Themes. Di sini anda boleh pilih tema bagi dock anda. Jika anda rasakan tema yang telah disediakan masih kurang menarik, anda boleh merajinkan diri dengan klik button Customize dan anda boleh berikan tetapan mengikut keinginan jiwa anda sendiri.

6. Tab Advanced. Sesuai dengan namanya, di sini adalah tetapan yang disediakan bagi mereka yang benar-benar inginkan ketetapan yang terperinci dan faham dengan apa yang mereka lakukan. Kalau rajin, boleh cuba.

 

Selamat Mencuba..

12 Replies to “Cara Mencantikkan Desktop Ubuntu Anda – Part 1”

    1. @mario,
      haha. takpe. ak pun dulu nak install ambik masa gak. bila ada kelapangan try la. tp buat la dual boot. guna je windows. bila ada masa try linux pulak. lama2 nant terbiasa la dgn linux.

    1. @norule,
      panjang citer ni..secara ringkasnya,
      mesti install php5-odbc, unixodbc, freetds, sqsh, tdsodbc. Edit freetds.conf untuk detail server, pastu connect guna sqsh. Configure odbc untuk setup FreeTDS (odbcinst.ini) dan datasource (odbc.ini). test connection guna isql dan odbc_connect(). data source sepatutnya boleh guna PHP.

Leave a Reply to sufian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *