Cara Mencantikkan Desktop Ubuntu Anda – Part 2

 

Artikel kali ini akan memberikan kaedah atau cara yang paling kerap digunakan oleh pengguna Ubuntu bagi mencantikkan lagi paparan desktop Ubuntu mereka. Hasilnya sangat cool dan stylish. Malah ketika artikel ini ditulis, saya tidak pernah jumpa mana-mana third party software untuk Windows atau Mac yang mampu menghasilkan seperti paparan gambar di atas. Seperti biasa, Linux memberikan anda hasil yang terbaik ini secara percuma. Mari kita lihat beberapa langkah mudah bagi menghasilkan paparan dekstop seperti di atas.

Cara:

1. Buka Ubuntu Software Center. Pada penjuru atas kanan window tersebut, taipkan perkataan Compiz. Klik pada Advanced Desktop Effects Settings (ccsm) dan klik install.

 

2. Selepas proses installation selesai, pergi ke System-Preferences-CompizConfig Setting Manager. Di sini anda boleh customize paparan desktop anda secra terperinci. Anda juga boleh customize perkara-perkara lain seperti Effects, Utility, Management, Accessibility dan banyak lagi. Senang cerita, segala macam setting bagi Ubuntu anda boleh tetapkan di sini. Kalau cerita semua, 9 artikel belum tentu habis lagi. Anda boleh explore sendiri dan letakkan tetapan mengikut citarasa anda.

3. Sebagai contoh, bagi menghasilkan seperti gambar pertama di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah tandakan pada bahagian “Desktop Cube” dan “Rotate Cube” pada bahagian setting untuk Desktop. Anda juga boleh cuba tandakan pada bahagian lain mengikut citarasa anda dan lihat hasilnya sendiri.

Selamat Mencuba..

2 Replies to “Cara Mencantikkan Desktop Ubuntu Anda – Part 2”

    1. @mario,
      1GHzx86 processor, 512MB ram, Graphic card dan monitor 1024×768, 5Gb disk space tapi cadangan sy paling tak 15GB disk space

Leave a Reply to mario Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *