Bagi sesiapa yang masih tidak tahu terutama kepada pemegang account rapidshare, 29 Jun 2010, Rapidshare telah tukar product and payment model mereka. Account Rapidshare tidak lagi tertakluk kepada tempoh masa seperti sebelum ini, tetapi bergantung kepada jenis pakej yang dipilih oleh pelanggan. Apa yang menariknya, Rapidshare menawarkan 5 pakej yang berbeza pada harga yang pada pendapat saya lebih murah dari sebelumnya dan pakej ini boleh ditukar dan “on”, “off” setiap hari bergantung kepada kehendak pelanggan.
Pakej yang ditawarkan oleh Rapidshare:
Pemilihan pakej termasuk pakej percuma (off):
Harga setiap “Rapids”:
Bagi pemegang account rapidshare ketika ini, Rapidshare akan menukarkan “baki hari anda”, “traffic share”, “free rapidpoints” dan “premium rapidpoints” anda kepada nilai “rapids” mengikut taksiran berikut:
Setiap 1 baki hari = 20 Rapids
1 GB “traffic share” = 5 Rapids
Jumlah “free rapidpoints” dan “premium rapidpoints” =
Walaubagaimanapun, jumlah tukaran keseluruhan “baki hari”, “traffic share” dan “rapidpoints” maksimum adalah 50,000 Rapids sahaja. Perubahan ini tidak akan mengubah apa-apa berkaitan dengan download dan simpanan pemilik “collector account” sebelum ini.
Lanjutan daripada perubahan ini, 1 July 2010 semua pemilik “collector account” akan ditukarkan kepad “Free premium account” secara automatik dan penggunaan RapidPoints dan RapidDonations akan diberhentikan. Account ID untuk “Free Premium Account” anda akan diberikan oleh Rapidshare melalui email.
P/S: Satu perkara yang masih sama, cerita pasal Rapidshare ni memang complicated. Ketika Artikel ini ditulis, saya cuba mendapatkan info harga pasaran Malaysia dari website Reseller Rapidshare di Malaysia yang sah, tetapi kebanyakannya semua masih dalam proses maintanence. Mungkin sedang b’susah payah menukarkan maklumat dalam website mereka.
Update 07/07/10:
6 July 2010 – Rapidshare sekali lagi tukar pelan pakej yang ditawarkan oleh mereka. Kini hanya ada 1 pelan sahaja iaitu RapidPro:
Jika memerlukan tambahan traffic atau storage, berikut kadar yang dikenakan oleh Rapidshare:
Harga Rapids masih lagi dikekalkan seperti table di atas (sebelum update)
Penukaran pakej yang ditawarkan oleh Rapidshare ini dikatakan berikutan feedback yg diterima daripada pengguna. Betul ke? Rasanya pakej ini tidak menguntungkan jika dibandingkan dengan sebelum ini. Baru seminggu dah tukar pakej lagi. Ikut suka dia je Rapidshare ni.
Sekian..Harap Maklum
Saya rasa saya tak ada kesan sangat sbb saya guna yg free + crack.
Kadangkala saya menggunakan 4shared utk kongsi fail sama ada muat naik atau muat turun. 🙄
@RIS-IT,
Mmg yg akan terasa kesannya adalah user rapidshare.
Sepanjang pengetahuan dan pengalaman sy, acc crack rapidshare adalah acc yang refer kpd “pishing acc” lbey kurang acc curi atau acc tumpang yang mana boleh mnyebabkan pemilik asal kehilangan “traffic share”. Secara peribadi,sy tidak gemar utk menggunakan acc spt ini kerana ditakuti menganiaya pemilik asal yg m’gunakan wang mereka utk membeli acc rapidshare.
Anyway, saya lebih suka guna rapidshare b’banding 4shared sebab sy rasa system upload rapidshare lebih baik daripada 4shared 😀