Khidhir dot Com

VPN Percuma Terbaik





12,397 makhluk telah membaca artikel ini

gambar VPN Percuma Terbaik

Virtual Private Network atau lebih dikenali dengan singkatan VPN biasanya digunakan bagi tujuan keselamatan atau security computer yang kita gunakan dalam suatu network. Network awam seperti di lapangan terbang, restoran fast food, shopping complex dan sebagainya yang sering kita gunakan sebenarnya adalah sangat bahaya kerana kita tidak tahu siapa yang bersama dengan kita dalam network tersebut. Dalam public network seperti itu, terdapat kemungkinan hackers melaksanakan aktiviti sniffing bertujuan mencuri maklumat seperti cookies, password dan sebagainya. VPN adalah salah satu kaedah yang boleh menjamin 99% keselamatan anda dalam suatu network. Malah, anda boleh gunakan VPN ini bagi melepasi sebarang sekatan atau block daripada ISP (Internet Service Provider) terhadap website dan sebagainya walaupun packet inspection atau layer 7 filtering dijalankan.

 

Beberapa Virtual Private Network (VPN) percuma yang boleh anda cuba :

1. ProXPN

gambar VPN Percuma Terbaik

ProXPN mempunyai GUI (Graphical User Interface) yang mudah difahami. Anda hanya perlu register dan click Connect. Walaubagaimanapun, ProXPN sangat lemah dari segi error dan notification. Perisian ini kadang kala mengalami masalah untuk connect kepada server dan error yang dinyatakan hanya seperti “Connecting to proXPN has failed” tanpa sebarang maklumat tambahan untuk mengatasi masalah tersebut. Jika anda menghadapi masalah seperti ini, anda boleh cuba untuk reinstall semua perisian ProXPN ini semasa firewall anda ditutup.

Speed bagi pengguna free account telah dihadkan tidak lebih 300kbps. Perkara ini adalah limitation yang dikenakan oleh ProXPN kepada pengguna yang mendaftar pakej percuma.

 

2. JAP / JonDo

gambar VPN Percuma Terbaik

GUI (Graphical User Interface) bagi VPN JonDo juga simple dan sangat mudah difahami. Tiada pendaftaran diperlukan. Walaubagaimanapun, VPN JonDo ini biasanya tidak akan compatible atau sesuai dengan configuration browser anda. Sedikit ubahsuai setting proxy dalam browser diperlukan. Hal ini bermakna anda terpaksa mengubah setting browser anda setiap kali sebelum menggunakan VPN JonDo ini dan selepas menggunakannya bagi memastikan browser anda boleh digunakan dengan baik apabila anda tidak menggunakan VPN.

gambar VPN Percuma Terbaik

Langkah alternatif bagi menghadapi masalah ini, anda digalakkan untuk menggunakan firefox versi portable iaitu JonDoFox. JonDoFox sama fungsinya seperti firefox yang lain, tetapi telah diubahsuai configuration atau setting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik bersama VPN JonDo ditambah dengan beberapa plugin atau addon seperti noscript, adblock dan cookie monster.

gambar VPN Percuma Terbaik

gambar VPN Percuma Terbaik

VPN JonDo boleh dikategorikan sebagai perlahan.

 

gambar VPN Percuma Terbaik


3. Hotspot Shield

gambar VPN Percuma Terbaik

Hotspot shield adalah salah satu VPN percuma yang boleh anda gunakan. Tiada pendaftaran diperlukan dan sangat mudah untuk digunakan. Anda dinasihatkan untuk melakukan custom installation. Untick semua yang berkaitan dengan install toolbar, penukaran homepage, penukaran default search provider dan lain-lain lagi.

Speed Hotspot Shield boleh dianggap pantas bagi VPN.

gambar VPN Percuma Terbaik

 

Jika anda adalah orang yang anti kepada popup advertising seperti saya, ada kemungkinan anda akan terasa seperti ingin memecahkan monitor skrin anda. Pada pendapat saya Hotspot Shield terlalu banyak pop up ads yang boleh mengganggu surfing anda. Setiap page atau web yang anda buka akan disertakan dengan satu ads. Jika ditambah lagi dengan pop up ads yang sedia ada di beberapa web, anda mungkin akan hilang mood langsung untuk browsing.

Walaubagaimanapun pop up ads daripada Hotspot Shield hanya berkesan di beberapa browser bergantung kepada configuration. Anda boleh cuba JonDoFox bagi penyelesaikan kepada masalah pop up ads ini.

 

4. CyberGhost

gambar VPN Percuma Terbaik

CyberGhost adalah salah satu VPN yang terkenal. GUI perisian CyberGhost sangat kemas dan nampak professional. Perisian ini berfungsi dengan baik dan berkemampuan untuk mengesan sebarang kerosakan selepas proses installation serta berupaya memperbaiki dirinya sendiri secara automatik. Hal ini penting kerana perisian VPN sedikit sebanyak akan mengubah setting dalam Windows yang sedang kita gunakan. Penggunaan VPN CyberGhost memerlukan pendaftaran. CyberGhost juga dikenali kerana mampu memberikan speed atau kelajuan yang memuaskan.

gambar VPN Percuma Terbaik

Walaubagaimanapun, CyberGhost meletakkan free user limitation terhadap kapasiti penggunaan iaitu hanya 1GB setiap bulan. Disebabkan CyberGhost agak terkenal dan ramai pengguna, maka jika anda kurang bernasib baik, anda mungkin akan terpaksa menunggu agak lama kerana diletakkan dalam status queue apabila anda ingin connect dengan server CyberGhost.

gambar VPN Percuma Terbaik

 

5. SecurityKISS

gambar VPN Percuma Terbaik

SecurityKISS adalah salah satu VPN yang paling mudah digunakan. Interface perisian ini sangat kemas dan mudah difahami. Tiada registration atau pendaftaran diperlukan. Apa yang perlu anda lakukan hanya install perisian SecurityKISS ini dan klik connect. Kelajuan atau speed SecurityKISS berada pada tahap yang baik

gambar VPN Percuma Terbaik

Walaubagaimanapun, SecurityKISS mempunyai free user limitation yang mana ditetapkan kepada hanya 300MB setiap hari. SecurityKISS juga kurang sesuai atau compatible dengan VPN CyberGhost. Jika anda menggunakan VPN CyberGhost, anda mungkin perlu restart “DHCP Client“ di “Services” computer anda sebelum menggunakan SecurityKISS.

 

6. PacketiX

gambar VPN Percuma Terbaik

Berbeza dengan VPN – VPN yang lain seperti dinyatakan di atas, PacketiX bukanlah VPN yang dihasilkan untuk melepasi sebarang sekatan ISP. PacketiX dihasilkan lebih kepada Online Test Environment. Anda diberikan peluang untuk menghasilkan sendiri VPN anda menggunakan PacketiX VPN server. Anda boleh menetapkan setting serta mengawal VPN anda daripada web yang dipanggil Virtual Hub. Virtual Hub membolehkan anda untuk daftar pegguna baru yang anda ingin masukkan dalam VPN anda.

gambar VPN Percuma Terbaik

Untuk connect computer anda dengan Virtual Hub, anda perlukan VPN Client install dalam computer anda. Installation boleh dijalankan melalui pelbagai cara samada menggunakan ActiveX control atau pun manual. Jika installation secara manual dijalankan, anda perlu untuk menetapkan sendiri connection setting perisian VPN Client tersebut. Walaubagaimanapun, anda disediakan dengan connection setting oleh PacketiX untuk anda import sekiranya connection setting yang anda lakukan sendiri tidak berjaya. Guide yang disediakan oleh PacketiX banyak dan mudah difahami tetapi penyusunannya kelihatan agak kurang kemas yang mana boleh mendatangkan kekeliruan semasa membaca.

gambar VPN Percuma Terbaik

VPN PacketiX sangat baik untuk anda cuba sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu VPN itu sendiri. Tetapi sekiranya anda mencari VPN yang mudah bertujuan melepasi sekatan internet, anda disarankan untuk mencuba VPN lain yang telah dinyatakan di atas.

 

Kesimpulan dan Nota Peringatan 

Nombor yang saya letakkan hanya sebagai penanda bukannya mengikut urutan terbaik. Selain daripada yang dinyatakan, terdapat banyak lagi VPN percuma yang boleh anda cuba seperti Amnesic, VPN Reactor, Project Loki dan sebagainya. Terbaik sangat subjektif. Terbaik bagi saya, tidak semestinya terbaik untuk anda.

 

Apabila anda menggunakan VPN (Virtual Private Network), pantas yang dimaksudkan bukan lebih pantas daripada internet connection anda tanpa VPN. Itu tidak mungkin terjadi. Kepantasan dan keselamatan atau security adalah perkara yang berkadar songsang. Ia tidak bergerak seiringan. Jika keselamatan yang anda mahukan, anda terpaksa berkorban sedikit dari segi kepantasan. Begitu juga sebaliknya. Semasa semua Speed Test dijalankan, speed internet connection asal yang digunakan ialah 5Mb

 

VPN boleh digunakan untuk melepasi sekatan atau internet filter di tempat kerja, sekolah atau sebagainya termasuk filter daripada Telekom Malaysia. Tetapi jika anda mencari cara untuk melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berkaitan dengan website file sharing seperti Megaupload, anda hanya perlu menggunakan kaedah DNS seperti dalam artikel sebelum ini. Orang kata tak perlu gunakan machine gun untuk untuk tembak seekor ayam. Anda juga tidak perlu mengorbankan speed internet anda hanya untuk melepasi sekatan pada tahap DNS filtering. Gunakan VPN untuk keselamatan anda semasa menggunakan public network dan bagi melepasi packet inspection atau layer 7 filtering.

Sekian..


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

72 Responses to “VPN Percuma Terbaik”

  1. akubiomed says:

    Boleh cuba-cuba nanti. Terima kasih bro:-)
    akubiomed recently posted..Cikmin 2nd Birthday Blog & Macaron GiveawayMy Profile

  2. hatiputera says:

    thanks for info,,,sekiranya menggunakan VPN adakah surfing di internet tetap laju seperti sebelumnya ataupun lamabat.
    hatiputera recently posted..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?My Profile

    • Khidhir says:

      lebih perlahan daripada biasa. sebab nak encrypt, authentication semua memang akan menyebabkan connection tu perlahan. security dan performance (speed) memang dua benda yang kena tolerate. nak laju, kurang security. nak secure kurang laju.

  3. Fakhruddin says:

    wow…bahaya ni..
    tq for the info..bleh guna ni…

  4. amirolahmad says:

    info yang sangat-sangat bagus.. penerangan yang amat details.. akan dicuba nnti :)

  5. tehr says:

    bab ni memang aku lemah sangat
    aku guna seadanya saja
    tehr recently posted..Mengawal Bahaya FacebookMy Profile

  6. hawiz says:

    wah..cm bergune jer..hihi…

  7. ohcikgu says:

    linenya stable ke? tak putus-putus?
    ohcikgu recently posted..Raja Lawak 6 – Minggu Kedua atau Kedah vs Kelantan?My Profile

  8. lazaac says:

    aku bookmarked dlu.. utk rujukan masa depan…

  9. suri says:

    setakat ni tak pernah bwk laptop pastu layari kt satu2 tempt..takut kena hack atau curi paswod dan sebagainya..

    bahaya sb tahu lepas tak silap saya ada bloger kena serangan bgni huhu..

  10. Miecyber says:

    Penting VPN niee..
    Miecyber recently posted..Guru DurjanaMy Profile

  11. Cikgu Hairul says:

    Macam mana dengan ultrasurf? Boleh beri komen sikit? saya masih sangsi dengan vpn2 yang bagi percuma ni. Takkanlah mereka nak bagi free je tanpa ada sebarang tujuan. Mesti ada udang disebalik batu. Takut2 mereka ni yang akan simpan data kita dan salahgunakannya.

    • Khidhir says:

      ultrasurf lebih kepada proxy digunakan biasnya untuk bypass sekatan internet. Bukannya security. Ultrasurf memang saya sendiri ragu. Sebab kita akan gunakan proxy server mereka. Semua data kita boleh diambil dengan mudah oleh mereka.

      VPN lebih kepada security. Semua data yang dihanatar username/password akan encrypt supaya sukar dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Sebenarnya, penggunaan public wifi tanpa VPN jauh lebih bahaya disebabkan data username/password biasanya dihantar dalam bentuk clear text. So, sesiapa yang ada dalam network yang sama boleh pintas maklumat username/password dengan mudah.

      Berkenaan dengan tujuan bagi free, adalah untuk keuntungan. VPN tu semua umpama software trial. Mereka beri kita menggunakan VPN tapi dengan speed dan bandwith yang sangat terhad. Kalau nak laju lagi dan sebanyak mana pun bandwith, kena la beli akaun premium dengan mereka

      • zac says:

        dh install securityKISS Tunnel tp speed internet digi b/band masih jgak sama takde perubahan 40-60 kbs cuma ping naik mencanak 800ms atau ada apa-apa yg saya miss..mohon pandangan tuan tq.

        • Khidhir says:

          securityKISS tu mudah je kan. so saya tak rasa boleh silap.

          Sesetengah vpn memang boleh bypass limit yang ditetapkan oleh isp. tapi perlu difahami, jika kelajuan tu perlahan disebabkan connection itu sendiri, memang vpn tidak dapat membantu apa-apa. maksudnya macam kawasan tu memang luar bandar dapat 1 bar je atau pengguna digi terlalu ramai kat kawasan tu sehingga menyebabkan perlahan. Perkara-perkara sebegini yang physically terhalang, (bukan isp yang sengaja halang), memang tak boleh buat apa. Jadi dalam kes dimana ISP tidak mengenakan sekatan, penggunaan vpn hanya menambahkan security sahaja dan bukannya kelajuan. malah sebenarnya ia menyebabkan lagi perlahan.

  12. Aidilx says:

    Aku pun tengah nak belajar setup ni. Terima kasih di atas perkongsian.

  13. KiD says:

    hebat laaa boss!! pakar IT
    KiD recently posted..Tips Blogging dan Trafik Melonjak 2012My Profile

  14. sebaikbaikcahaya says:

    Salam,
    kalau x guna VPN ni tak boleh ke sebab saya memang kerap buat transaksi online.

    • Khidhir says:

      Buak transaksi online boleh. Cuma elakkan guna public wifi macam kat kedai makan, airport dan sebagainya.
      Sebab takut ada orang sniff network. So password boleh dapat dengan senangnya.

      Walaupun sebenarnya transaksi online banking biasanya guna https yang secure, ada teknik yang mana boleh saya jadikan pc saya sebagai access point dan akan menjadi middle dlam network. so saya boleh sediakan fake certificate untuk dapatkan https dan boleh directkan kan pc victim ke tempat lain.

      So, kesimpulannya, elakkan guna public wifi untuk transaction online terutama yang melibatkan duit sebab takut ada orang yang dalam diam bersedia untuk ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Kalau nak buat transaction dalam public network, VPN adalah solution yang lebih baik. Kalau tak guna VPN, lepas tu buat transcaction dalam public network, tawakkal je la :)

  15. nizamghazi says:

    Bila baca tentang VPN tiba2 teringat kisah masa zaman praktikal dulu. Dat time aku configure private network dari ofis dan di rumah bos. And dat time dapat upah yang cukup lumayan pada masa tu. Lagi satu aku pernah configure router sendiri untuk company using freesco.

    Neway nice share bagi software2 dia atas.

    Psst hati2 juga dengan VPN/proxy software yang free coz dorang boleh trace personal data yang keluar masuk like a boss. Dorang dapat dari log ip yang keluar masuk.

    • Khidhir says:

      yup. tu la. tapi biasa nampak software proxy yang bahaya. vpn ni kurang sikit kot. tu yang list yang mana nampak ok je

  16. una says:

    waaaaaaaaaa kamu ni otak it la.. una tercengang2 bace ni.. kesian una buta it .. btw kalau ade info macam mana cara nak ringankan laptop mohon share. =)

  17. ROJAK says:

    guna yang mana boleh bukak web piratebay?
    ROJAK recently posted..Oldies Action MovieMy Profile

  18. faizfakhirin says:

    aku rasa, pakai bendalah ni lagi mudah kena hack…aku biasa guna lain browser utk urusan ni n that browser akan otomatikly delete cookies after using…

    • Khidhir says:

      Ada ke browser yg tak boleh delete cookies? sebenarnya kebanyakan browser terkenal firefox,chrome, IE pun ada fungsi untuk delete cookies dan boleh setting untuk automatik delete bila exit.

      Kalau hackers ada access directly pd komputer anda, mungkin delete cookies membantu. Malangnya, bila kita hack, biasanya kita hack live network. Maksudnya semasa anda gunakan network tu. Saya takkan tunggu anda untuk exit browser delete cookies semua pun.

      Byk company pun memang guna VPN sebab murah dan secure. Cuma bezanya kita melibatkan 3rd party lain yang mungkin ada bahaya sedikit. Kalau company VPN tu mmg berniat jahat dia boleh buat.
      Tapi kalau anda tanpa VPN, saya dengan mudah boleh curi cookies, redirect traffic dan sbagainya.

      VPN ni panjang ceritanya kalau nak cerita kenapa dia selamat. pening org bacanya nanti. nak tulis pun malas. tapi vpn melibatkan authentication, integrity dan encryption. Protocol vpn macam ipsec tu sendiri berbeza. Kalau nak cerita pasal protocol dan benda2 macam DES, 3DES, AES, MD5, SHA, DH dan lain2 berapa artikel pun tak abis.

      Ramai orang hack network lepas tu buat tak tau je. Dulu saya hack pun saya tak bagi tau orang tu dia kena hack. Biarkan mereka rasa selamat sentiasa. Bila kesedaran tiada, senang kerja. Apa-apa pun, terpulang pada anda sendiri. Pilihan masing2. Apa yang saya boleh simpulkan, delete cookies semasa exit, takde kaitan pun dengan hacking live network. Belum sempat anda delete, anda dah kena hack.

  19. Jobless Girl says:

    Yang mana satu paling friendly user?

    • Khidhir says:

      Paling friendly ye. kalau friendly dari segi installation dan interface, securitykiss, cyberghost dan hotspot shield. Tapi hotspot shield tu byk sgt popup,cyberghost kena reg dulu, securitykiss 300mb.

  20. iject says:

    salam tuan. nak tanye.. vpn mane yg bleh bg torrent laju…

    @ mcm mane nk configure torrent..

    skang ni sy pakai tixati download dlm 14KB..

    • Khidhir says:

      Macam ni. Tiada VPN boleh bagi torrent laju.
      Saya faham, sesetengah website menyatakan penggunaan VPN boleh bagi torrent laju. Itu hanya akan terjadi jika ISP throttling atau kita panggil Traffic Shaping untuk limitkan torrent. Ada ISP yang throttle semua torrent, ada juga yang ikut masa. So, dengan menggunakan VPN, kita boleh lepas traffic shaping ni. Jadi lebih pantas

      Walaubagaimanapun, sekarang ni kita di Malaysia, setahu saya TM tidak throttle torrent. Maka penggunaan VPN adalah sia-sia. Tambah lagi VPN percuma semua ada limit speed dan bandwith. Kalau nak yang banyak bandwith atau laju speed kena bayar. Kalau bayar pun, takkan ada effect dengan speed torrent sebab TM tidak throttle network untuk torrent.

      Speed torrent yang perlahan ada banyak faktor. Kena check speed internet kita dan jumlah seeds tu memang penting la. Nak laju kalau cerita panjang gak. Kena check upnp dan nat-pmp. Cara yang biasa orang gunakan adalah port forward. Port forward akan open port daripada luar. Makin laju, tapi terdedah kepada bahaya luar dan boleh menyebabkan komputer anda mudah di hack.

  21. nizarazu says:

    memang satu info yang bagus..thax for sharing.. nk cuba ni kne berhati-hati..huhu

  22. gamep01nt says:

    Aku dah cuba macam2 free n paid VPN. pernah pkai byk gila. tp paling best dan rasa speed xberkurang is security ghost. downside dia ada limit bandwidth je pda free user. so guna bila nak buat kerja2 yang tak berapa nak senonoh je baru pakai VPN. hahahahah
    gamep01nt recently posted..Budak PASUM Melintas Macam SialMy Profile

  23. jaerul says:

    Nak try jugak ler.. celcom skmm dh lebih limit,.. bole try juga kan,. berkessan ker nak lajukan balik?
    jaerul recently posted..Kelajuan Maxis Skmm sebelum habis limit bandwidthMy Profile

    • Khidhir says:

      camni, kalau percuma rasanya kurang berkesan. sebab celcom limit dah terlepas, tapi vpn free ada limit. so kena limit dgn vpn lak. kalau account bayar ada possibility boleh.

  24. pretrorians says:

    yg mne overall paling best?

  25. jj says:

    dah install cyberghost..tp xpandai nak guna..mcm ne nak guna bro?

    • Khidhir says:

      cyberghost paling mudah. Buka software cyberghost. Klik new account. Register for free. Isi je apa yang dia suruh isi. Klik next dan teruskan je sampai abis.

      Dah lepas register, interface depan software tu dah ada butang untuk Login. Masukkan je username dan password untuk login. Bila dah login, nanti dia connectkan sendiri dengan server yg paling sesuai. Nak pilih server manual pun boleh. Tapi untuk permulaan, pakai je yang auto. itu pun dah baik.

  26. fikriadhiey says:

    Igt nak buat VPN sendiri, then nak buat busineess VPN ni mcm Moonlight tu, tapi xreti. haha

    • Khidhir says:

      Wah. mcam best je. Nak buat macam Moonlight ke? Boleh usaha fikri. Rasanya VPN Moonlight tu nampak macam sewa server luar negara gak. Interface software dorang pun buat masa ni memang simple guna VB.
      Fikri belajar la. Cari step buat servis VPN camtu. Kalau takde geng or perlukan tambahan kewangan, nanti roger saya. Kita join venture. :)

      • fikri adhiey says:

        serius, saya mmg dah ada pelanggan sebab dah pernah buat status kat page saya secara suka, ternyata ramai yg nak. Tapi tu lah saya tak tahu nak buat mcm mana, apa kata kita mulakan project VPN ni.. kita buat sendiri, kalau Khidhir tak kesah la. :) Mesti best kan… dengar kata MyTunnel jana RM3k-RM5k sebulan… banyak kan??.. VPN ni ada potensi.

        Btw.. apa facebook Khidhir er, boleh kita discuss lebih lanjut. Pelanggan memang dah ada.

        • Khidhir says:

          yup. Potensi projek vpn memang ada. ramai yg nak. memang biasanya orang tak kesah nak bayar rm10 untuk sebulan dua. Tapi tu la, ilmu tentang VPN kena tinggi baru boleh wat. Kena banyak membaca tu. Memang berminat, cuma buat masa ni, saya tengah fokus dengan FYP. Tu yang blog pun tak sempat update. InsyAllah, kalau Fikri cakap fikri dah faham semua sebelum saya, ada plan terperinci, kita boleh cuba start anytime.
          Boleh access Facebook Khidhir dot Com dan klik je message. Sekarang FB kan ada fungsi message pada Facebook Page. Boleh discuss kat sana :)

  27. jaerul says:

    saya guna yang berbayar memang dapat bypass limit pengguna,. :)
    jaerul recently posted..Rahsia sekali tweet dapat RM10, 10 kali tweet dapat RM100 boleh Cash Out!!My Profile

    • Khidhir says:

      Terima kasih berkongsi maklumat. Yang Moonlight VPN tu ye. Memang dorang cakap boleh lepas. Hopefully tahan lama la. Sebab kadang-kadang ada je cara company broadband ni overcome balik holes tu. Anyway thanks share maklumat. Ada apa2 yang best roger la ye :)

  28. Amirez says:

    Tengah cari info pasal free VPN tadi terjumpa pulak entri ni. nice.

    skang ni Maxis SKMM saya dah lebih limit. baru install Hotspot Shield tadi. download rate dah naik balik. awal2 tadi cecah jugak sampai 170kbps tapi skang ni maintain sekitar 45kbps je tapi still oklah boleh surf tenet macam biasa compare sebelum pakai vpn tadi nak tunggu web siap load boleh habis makan nasik sepinggan dulu :D

    anyway, thanks for sharing. lepas ni nak pakai vpn berbayar pulak
    Amirez recently posted..Lirik Lagu Dadali Di Saat Aku MencintaimuMy Profile

  29. Nyzam says:

    salam bro.. sya guna maxis yang pakej wireless tu..sya x dpt modem broadband tp dapat yg modem wireless tu.. bole tak guna vpn bro klu quota da abis.. plez bro help me..

    • Khidhir says:

      Salam.
      Setahu sy, bagi kebanyakan ISP, bila da sampai kuota, bukan kata tak boleh pakai internet langsung cuma kurang laju kan.
      Macam ni. kalau isu bypass quota Maxis, Celcom, Digi atau apa pun ISP, ia sangat bergantung kepada keadaan semasa.

      Bagi Maxis, dulu ada yang kata boleh bypass quota tu bila da kena limit. kira bagi laju balik lepas kena limit. Tapi sekarang ni ada yang kata dah tak boleh.

      Sebabnya mudah. Sama je macam isu virus dan antivirus. mereka sentiasa bersaing. Maxis, Celcom, Digi semua tak nak rugi. Engineer dorang pun pandai2 gak. So, saya percaya mereka sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah ini. Company VPN juga akan berusaha sebaik mungkin. So kadang2 boleh, kadang2 tak boleh dan bergantung kepada company ISP serta Company VPN. Buat masa ni, saya tak boleh nak confirmkan apa-apa, sebab saya bukan pengguna Maxis broadband.

      Dalam kes Nyzam, memandangkan semua VPN yang sy tulis di atas semuanya menyediakan perkhidmatan VPN percuma, jadi pada saya tak salah mencuba. Nyzam boleh cuba VPN Cyberghost dulu.

  30. kakitorrent says:

    Saudara khidir,
    saya kaki donlod torrent.
    Sebelum ini, sya dgn mudah donlod
    torrent guna 4Gyes di tempat kerja saya.
    Selepas raya 2012, apa2 laman web berkaitan donlod
    torrent kena blocked oleh admin KPM.
    Solan saya, kalau sy guna VPN premium,
    adakah meka tak boleh detect dan blok sy lagi?
    Kedua, VPN premium membenarkan torrent kah?
    TQ

    • Khidhir says:

      KPM untuk Kementerian Pelajaran Malaysia? Saya tak pasti kaitan KPM dengan Yes 4G secara network. Yes 4G secara sendiri setahu saya tidak block torrent. Tapi dalam kes anda, saya sebenarnya kurang jelas sebenarnya anda menggunakan network Yes 4G, KPM atau network Yes 4G dengan kerjasama KPM atas projek tertentu.
      Apa pun atau siapa pun yang block, VPN mungkin dapat membantu bergantung kepada cara block. Jika mereka block secara ip website tersebut, saya percaya penggunaan vpn dapat bypass sekatan tersebut. Berlainan cerita jika ada block secara port dan sebagainya.
      Apa yang boleh anda lakukan, anda boleh mencuba vpn percuma dahulu. Jika produk vpn syarikat tersebut membantu, maka berbaloi jika anda bayar khidmat premium. Sebab biasanya limitation VPN percuma adalah dari segi speed dan bandwith sahaja. Mereka tetap akan menggunakan proxy khas sekalipun percuma. Maka jika produk VPN percuma tersebut tidak dapat bypass, maka besar kemungkinan vpn premium syarikat tersebut juga tidak akan berjaya bypass.
      Sebagai peringatan, block terhadap website download torrent akan dapat bypass oleh VPN dengan mudah. Tapi anda perlu check adakah anda boleh download torrent tersebut bagi memastikan block secara port tidak dilakukan.

  31. adi says:

    salam tuan..
    selama ni saya guna line internet member sebelah rumah tanpa pengatahuan beliau..saya hack password ..jadi saya selalu online dan adakah member saya ni tahu yang saya guna line internet dia?

    • Lazaac says:

      tahu kalau dia rajin tgk control panel modem dia… huhu.. selalunya org malas nak tgk..
      Lazaac recently posted..Salam Maal Hijrah 1434My Profile

    • Khidhir says:

      jawapannya boleh kalau dia nak check dan tahu untuk check. Dia boleh gunakan command seperti netsat dan net view atau software seperti nmap, ip scanner dan pelbagai lagi.

      Tapi cara yang paling mudah yang biasa digunakan adalah dengan akses kepada router configuration interface. Biasanya router boleh display pc name, ip address dan mac address semua user dalam network tersebut.
      Maka apabila hacking network, elakkan gunakan PC name yang dikenali dan pastikan anda gunakan fake mac address semasa hack dan semasa menggunakan network tersebut.

      Semua yang saya sebutkan di atas bukan untuk menggalakkan anda hacking network orang, tapi lebih kepada satu ilmu dan pengetahuan. Saya sama sekali tidak bertanggungjawab atas tindakan anda. Kalau boleh gunakan internet sendiri. Kalau nak menumpang, tumpang sikit-sikit, jangan download movie lak. Jangan aniaya orang. Dia pun nak pakai gak.

  32. adi says:

    Terima kasih tuan..saya jarang download movie heheh…biasa main FB je..

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 4 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

vpn percuma, vpn laju, vpn percuma terbaik, vpn terbaik, vpn percuma untuk android, cara buat vpn sendiri, vpn terbaik di malaysia, vpn laju software, ika nabila af6, GAMBAR AL QURAN, cara nak guna vpn, vpn paling bagus, vpn terbaik malaysia, 1malaysia tv for pc, pelancaran iphone 5 di malaysia
VPN Percuma Terbaik 10 out of 10 based on 12 ratings. 4 user reviews.