Khidhir dot Com

Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u


8,378 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

 

Kebanyakan orang sedar tentang kemampuan teknologi sekarang yang berupaya membuat pembayaran secara online. Tapi apa yang peliknya, kenapa masih ramai lagi pengguna yang sanggup beratur untuk membuat pembayaran bil? Bila saya tanya kepada mereka, jawapan mereka ialah mereka tidak tahu cara yang betul atau tidak yakin dengan teknologi ini. Maka, artikel  ini saya hasilkan dengan jelas sekali bagi memberi keyakinan kepada pengguna.

Artikel ini mengambil contoh pembayaran bil kepada Maxis dan menambahkan akaun kepada favourite kerana pembayaran bil adalah secara bulanan. Maka lebih mudah jika kita hanya perlu masukkan nombor akaun dan “TAC request” sekali sahaja.

Cara menambah “Favourite Payee”

1. Login ke Maybank2u. Account & Banking > Bill payment > Add favourite payee (rujuk gambar di atas)

2. Klik “TAC request”. TAC akan dihantar kepada handphone anda. Sementara itu, scroll down “corporation name” untuk cari syarikat yang anda ingin membuat pembayaran. (saya menggunakan Maxis dalam contoh ini). Klik Continue

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

3. Masukkan no akaun bil anda dan nama mengikut bil.Klik continue.

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

4. Masukkan no TAC yang dihantar kepada handphone anda. Klik Continue

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

5. Anda akan dipaparkan dengan segala input yang anda telah masukkan dan status “successful” akan dipaparkan

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

Cara membuat pembayaran bil:


1. Account & Banking > Bill payment > Add favourite payee >Make a payment to favourite payee

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

2. Pilih syarikat yang telah anda daftarkan sebentar tadi. Klik continue.

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

3. Masukkan jumlah bayaran. Klik continue

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

4. Satu paparan confirmation akan dipaparkan. Sila Pastikan semua detail yang anda masukkan adalah betul. Klik confirm. Pastikan anda klik confirm hanya sekali.

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

5. Status transaction akan dipaparkan kepada anda. Setelah berjaya, anda boleh save atau print sebagai bukti jika ada perkara2 yg tidak diingini berlaku.

gambar Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u

 

P/S: Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

Diharap artikel ini akan membantu anda dalam memanfaatkan teknologi serta kemudahan yang disediakan untuk anda.

Selamat Mencuba..

Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

14 Responses to “Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u”

  1. tehr says:

    bagus bro
    sangat bermunafaat sebagai panduan
    tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian PertamaMy Profile

  2. sufian says:

    baru td kawan minta tlg bayarkan astro..

  3. anis says:

    na tny..mcm mane plak kalo na byr ape2 pembelian secare on9..boleh gune care mcm nie gk ke?

  4. killersasi says:

    tq

  5. yoyok says:

    Macam mane pulak kalau setiap bulan tolong bayarkan bil2 yg banyak dan berlainan alamat,, cth ; buat servis kt kg utk pembayaran bil, adakah tak menjadi masalah?

    maybank2u ni ade ape2 cas tersembunyi x?

    • Khidhir says:

      alamat yg berlainan maksdunya bil berlainan. bil berlainan maksudnya no akaun bil tu pun berlainan. So tak jadi masalah. Kalau rasa-rasa alamat yg lain tu jarang gunakan, boleh buat “make a one off payment”. Kalau nak add to favourite pun boleh.
      Yang penting bila nak bayar, jgn tersalah pilih akaun. sebab favourite payee tu dah add byk kan.
      cas tersembunyi seingat sy takde. sy da stop guna broadband maxis so dah tak bayar bil lagi. tu yg tak ingat sangat tu. boleh la cuba. paling teruk pun kena la 50 sen ke singgit servis caj kot. tu pun kalau ada. yela. duit minyak nak bayar bil pun da brapa kan. kena menunggu giliran lagi. terpulang pd masing-masing.

  6. anne says:

    Hi!sy bru jer reg maybank2u,nk tny klu byr astro sblm 2 nak add fav payee x?tq..

    • Khidhir says:

      make a one-off payment pun boleh sebenarnya. tak perlu add Favourite Payee.

      Cuma tujuan add favourite payee tu sebab bil kita biasanya bayar tiap-tiap bulan. So bulan depan kalau nak bayar bil lagi, tak perlu masukkan nombor account astro lagi. jadi lebih mudah dan senang.

      Dalam analogi yang lebih mudah, sama je macam kita save phone number dalam telefon. kalau dah kita save nombor seseorang, lain kali kalau nak call orang tu, kita dah tak payah nak ingat nombor dan dail. kita cari dan tekan.

  7. adieja says:

    nak tanya…saya tak pernah bayr online lagi..kalau nak nak masukkan favorite payee tu lebih dari satu macam mana..contohnya bil tm,bil api dan air…pas tu kalau bil yang dah kena potong boleh bayar kat online tak?

    • Khidhir says:

      Kalau nak tambah favourite payee lebih dari satu, ulang je langkah 1 hingga 5 “cara menambah favourite payee”. yang first pilih la TM, kedua TNB, ketiga air.

      Lepas tu masa nak bayar, ikut je macam saya ajar “Cara membuat pembayaran bil”. Nanti dalam langkah kedua tu, boleh pilih favourite payee. Contohnya TM, TNB, Syabas, Celcom. Yang mana kita register, dia akan list kan. Kalau ada sepuluh, sepuluh la dia list kan. Pilih yang mana satu yang nak bayar, dan teruskan macam yang telah ditunjukkan diatas.

      Kalau dah kena potong pun rasanya boleh je. Takde masalah. Duit orang nak bayar,company mana pernah tolak. Yang penting simpan success result, apa2 senang nak refer. Tapi sebenarnya dalam history maybank2u pun boleh generate balik transaction details. So boleh dapat reference number in case ada apa-apa masalah

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 3 + 14 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

cara bayar bil astro melalui maybank2u, cara bayar bil melalui maybank2u, bayar bil melalui maybank2u, cara bayar astro online maybank, cara bayar bil maybank2u, bayar bil online maybank, bayar bil unifi maybank2u, cara bayar bil unifi maybank2u, cara bayar bil guna maybank2u, pembayaran bil secara online, bayar unifi maybank2u, pembayaran secara online, pembayaran bil online, bayaran online maybank2u, cara bayar bil astro maybank2u
Tutorial Mudah Pembayaran Bil Secara Online di Maybank2u 10 out of 10 based on 51 ratings. 8 user reviews.