Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Windows 7’

Cara Uninstall Eset Smart Security Dengan Sempurna

Eset Smart Security merupakan Antivirus yang agak hebat dan bagus untuk digunakan. Namun ada ketika mungkin anda ingin uninstall Eset Smart Security atas apa jua sebab sekalipun samada anda ingin upgrade Eset Smart Security kepada versi yang terbaru atau Eset Smart Security anda menghadapi masalah yang tidak diduga dan memerlukan anda reinstall. Maka perlu anda ketahui, proses uninstallation Eset Smart Security sedikit berbeza daripada biasa. Proses Uninstallation sesuatu Antivirus sememangnya biasanya berbeza dengan perisian atau software lain. Selain daripada Eset Smart Security, Symantec Norton Antivirus dan beberapa Antivirus lain juga mempunyai cara uninstallation yang berbeza. Sebagai peringatan, biasanya perisian atau software Antivirus termasuk Eset Smart Security, anda tidak digalakkan untuk uninstall atau membuang perisian atau software ini menggunakan “Application Wizard” atau “Program and Features” di bawah Control Panel. Maka artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah agar anda boleh Uninstall Eset Smart Security dengan sempurna bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Teruskan Membaca

Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Service Pack 1

Baru-baru ini, Microsoft telah melancarkan Windows 7 yang terbaru iaitu Windows 7 Service Pack 1 atau secara ringkasnya dikenali dengan Windows 7 SP1. Apabila update service pack sebegini dilakukan, secara mudahnya dapat dikatakan bahawa anda tidak dapat memilih update tertentu yang anda inginkan kerana semuanya telah disatukan dalam satu update. Menjadi perkara biasa bagi Microsoft memasukkan update untuk menguji keaslian atau genuine windows  yang anda gunakan. Hal ini bermakna, jika anda pengguna Windows 7 versi ‘lanun’ dan anda memilih untuk update kepada Service Pack 1, kemungkinan besar Microsoft akan dapat mengesan bahawa Windows 7 yang anda gunakan adalah tidak asli atau genuine. Maka anda akan diberi masa untuk activate windows anda dan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika gagal untuk mendapatkan status genuine dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Teruskan Membaca

RemoveWAT, Chew-WGA dan Windows 7 Genuine

RemoveWAT dan Chew-WGA adalah antara aplikasi yang paling kerap digunakan dalam usaha mendapatkan Windows 7 versi lanun. Mungkin ramai di antara kita yang rajin install Windows versi lanun selalu menggunakan aplikasi atau program ini. Sebelum ini, kebanyakan hackers menggunakan kaedah BIOS loader dan OEM BIOS mod bagi mengaktifkan windows 7 dan seterusnya mendapatkan status genuine. Dengan matlamat yang sama, hackers telah berjaya dengan kaedah lain mendapatkan Windows 7 genuine melalui cubaan menghalang akses atau membuang terus Windows Activation Technologies (WAT) melibatkan SPP (Software Protection Platform) dan SLC (Software Licensing Client) yang merupakan teras kepada activation dan licensing dalam Windows. Apabila ini terjadi, activation akan dipintas dan seterusnya Windows tidak perlu disahkan dan kekal buat selama-lamanya.

Berikutan perkara ini, KB971033  yang baru juga dihasilkan oleh Microsoft adalah secara khusus bertujuan bagi menangani aplikasi Windows 7 Activation Crack seperti RemoveWAT dan Chew-WGA. Maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan berkongsi dengan anda maklumat tentang RemoveWAT, Chew-WGA dan kesan atau hasilnya dengan Windows 7.

Teruskan Membaca