Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘USB’

Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86

Android adalah operating system, middleware dan key application yang digunakan untuk menjalankan aplikasi dalam handphone anda. Kebanyakan daripada kita sememangnya telah sedar akan kewujudan Android ini. Selain daripada dalam handphone, Android juga boleh dijalankan di dalam PC. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan membawa kepada anda tentang langkah pemasangan atau tutorial installation Android dalam PC anda menggunakan perisian Android-x86. Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi setting yang digunakan untuk pemasangan Android di atas platform VMware.

Teruskan Membaca

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

 

Dalam Bahagian 1, saya banyak menjelaskan tentang mengawal dan melindungi autorun.inf. Bagi yang masih kurang jelas apa itu autorun.inf dan kepentingan melindungi autorun.inf, autorun.inf adalah file (biasanya hidden) yang terdapat dalam removable device termasuk USB Flash Drive berfungsi untuk menjalankan program secara automatik apabila suatu removable device dikesan oleh PC. Fungsi yang mula diperkenalkan dalam Windows 95 ini kadang kala dikenali juga sebagai Autoplay selain daripada Autorun. Fungsi yang bagus tetapi sering disalahgunakan oleh pereka virus untuk memanfaatkan kaedah ini bagi menjalankan program virus mereka secara automatik. Dalam artikel sebelum ini juga, saya menjelaskan dengan teliti tentang penggunaan satu software yang boleh membantu melindungi PC dan USB Flash Drive daripada dijangkiti dan menjadi penyebar virus. Bahagian kedua akan memaparkan beberapa lagi software atau perisian lain yang percuma yang boleh anda gunakan bagi mencapai matlamat yang sama. Anda boleh membandingkan kebaikan dan kelemahan antara software-software atau perisian tersebut dan memilih software atau perisian yang anda rasakan bersesuaian dengan anda.

Teruskan Membaca

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1

USB Flash Drive, Thumbdrive, Pendrive atau apa jua nama yang anda gunakan bagi USB storage ini sebenarnya menjadi salah satu faktor atau cara penyebaran virus. Selain daripada virus sumbangan internet ketika anda melayari website-website ‘tertentu’, USB flash drive menjadi cara yang sangat efektif dalam penyebaran virus secara offline terutama dengan kewujudan fungsi autorun yang mana memudahkan lagi usaha penyebaran virus. Penggunaan USB Flash Drive atau Thumbdrive sememangnya tidak dapat dielakkan oleh kerana kita kerap menggunakan USB storage ini di cyber cafe, makmal institusi, sekolah dan sebagainya. Perkara sebegini menyebabkan kita bukan sahaja menjadi mangsa kepada virus tersebut malah sebenarnya kita juga menjadi pemangsa yang turut serta menyebarkan virus tersebut keseluruh tempat. Maka dengan kesedaran ini, artikel ini dihasilkan agar kita dapat melindungi PC kita daripada ancaman virus bawaan USB Flash Drive dan juga mengelakkan diri daripada menjadi pembawa kepada virus.

Teruskan Membaca

Cara mudah install Ubuntu 10.04 dalam thumbdrive

 

Install Ubuntu di dalam usb sebenarnya mudah sahaja. Masa yang diperuntukkan juga tidak sampai beberapa minit. Cara ini bukan sahaja boleh digunakan untuk install OS Ubuntu di dalam thumbdrive, malah hampir semua Linux distribution boleh menggunakan cara ini seperti Xubuntu, Kubuntu, Linux Mint, Crunchbang, Ophcrack, Backtrack, Knoppix, Gentoo, xPUD, DSL, EasyPeasy, SLAX dan sebagainya.

Teruskan Membaca