Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Twitter’

Bayaran Daripada Churp Churp

2110120wtmk

Churp Churp nama yang tidak asing lagi dalam social advertisement. Artikel kali ini agak ringkas berkenaan dengan bukti pembayaran daripada Churp Churp. Artikel ini bukan bertujuan untuk berbangga diri atau pun riak dengan hasil kutipan daripada Churp Churp. Sebab apa yang saya peroleh dan paparkan ini tidaklah seberapa dan boleh kata cukup makan sahaja. Artikel ini tidak lain hanya bagi membuktikan yang krediabiliti syarikat pengiklanan ini dalam membuat pembayaran kepada publisher mereka. Mungkin terdapat sesetengah pihak berasa ragu atau kurang yakin dengan satu satu syarikat pengiklanan apabila pertama kali mendengar atau baru melibatkan diri dengan syarikat tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, memang wujud beberapa syarikat pengiklanan yang sentiasa melengah atau melambatkan pembayaran. Malah mereka sedaya upaya mengelak daripada membuat pembayaran walaupun menerima aduan dan kritikan daripada publisher mereka. Maka artikel ini dihasilkan hanya untuk membuktikan pembayaran daripada Churp Churp.

Teruskan Membaca

Wajah Nuffnang Ketika Downtime

Artikel kali ini adalah berkenaan dengan Nuffnang ketika mereka mengalami downtime disebabkan kerosakan teknikal pada database mereka. Tidak banyak yang nak diperkatakan dalam artikel kali ini, cuma saya hanya nak berkongsi dengan anda di suatu malam ketika saya terserempak dengan website Nuffnang yang gagal berfungsi. Mungkin selama ini anda tidak pernah lihat bagaimana agaknya wajah Nuffnang ketika downtime terjadi. Maka artikel kali ini nak berkongsi dengan anda beberapa screenshot ketika Nuffnang mereka mengalami downtime.

Teruskan Membaca

Facebook Page dan Twitter Khidhir dot Com

Artikel kali ini hanya ingin mengumumkan Facebook Page dan Twitter Khidhir dot Com yang baru. Sebelum ini, sememangnya Khidhir dot Com telah berhasrat mewujudkan Facebook page dan Twitter sendiri, tetapi saya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Teruskan Membaca