Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Plugin’

Tingkatkan Keselamatan WordPress

Apabila sesebuah website menjadi terkenal, kebiasaanya semakin banyak spam comment yang diterima. Begitu juga dengan cubaan untuk diceroboh atau hacked. Kesan daripada WordPress anda diceroboh atau hacked sangat menggerunkan. Ada kemungkinan anda terpaksa menutup sementara website anda dan memperbaiki atau membina semula website dengan backup-backup yang ada. Malah, anda juga mungkin terpaksa menghubungi pihak hosting kerana panel hosting atau ftp anda berjaya dipecahkan. Oleh kerana itu, isu keselamatan sememangnya tidak boleh dikompromi kerana ia akan menyebabkan kesusahan daripada pihak anda sendiri. Maka dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi sedikit beberapa isu keselamatan yang perlu kita ambil perhatian dan beberapa perkara yang mungkin boleh membantu apabila WordPress kita diceroboh.

Teruskan Membaca

WordPress Digodam. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

WordPress digodam, diceroboh atau hacked adalah isu yang sebenarnya selalu dibangkitkan dan menjadi pertanyaan ramai orang apabila mereka kehilangan akses atau terdapat perkara yang tidak mereka ingini di website mereka sendiri. Beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan WordPress anda digodam samada anda kurang mengambil berat tentang isu keselamatan dalam WordPress, website anda sangat terkenal sehingga menarik perhatian hackers atau hanya nasib yang tidak menyebelahi anda kerana menjadi lapang sasar hackers. Apa jua sebab sekalipun, anda pasti tidak suka apabila orang lain mempergunakan hasil usaha anda selama ini. Artikel kali ini akan menyentuh beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan apabila terkena serangan dan beberapa langkah apabila anda berjaya mendapatkan kembali WordPress anda.

Teruskan Membaca

WordPress 3.02 Memperbaiki Isu Keselamatan

WordPress kini kembali dengan versi terbaru iaitu versi 3.02 pada 30 November 2010 yang lalu. Mungkin kebanyakan pengguna wordpress telah sedar akan kehadiran versi ini (terpampang di dashboard masing-masing), tetapi encik wordpress menasihatkan supaya update kepada versi ini dilakukan dengan segera kerana versi ini memperbaiki kelemahan versi sebelumnya dari segi keselamatan. Antara isu terpenting yang diperbaiki ialah kemampuan pengguna di tahap “author” untuk mendapat akses yang lebih dari sepatutnya di laman web milik anda. Maka encik wordpress mengklasifikasikan update kali ini sebagai  mandatori kepada semua pengguna wordpress.

Teruskan Membaca

Software untuk Ayat Al-Quran Serta Terjemahan dalam Microsoft Word

 

Software atau plugin ayat Al-Quran dalam Microsoft Word ini adalah percuma dan sangat mudah digunakan. Software ini mungkin akan membantu serta menjimatkan masa anda jika anda mencari Ayat Al-Quran serta terjemahan dalam bahasa melayu. Software ini bertindak sebagai plugin di dalam Microsoft Word. Apa yang menarik adalah ayat-ayat tersebut boleh di edit dengan mudah.

Teruskan Membaca

Automatic Update WordPress Gagal Berfungsi?

 

Automatic update anda gagal berfungsi seperti gambar di atas?  Walaupun anda menunggu seberapa lama pun page tersebut akan tetap berkekalan dan sementara itu website anda akan down seperti gambar di bawah. Artikel ini akan menerangkan dengan ringkas sebab yang memungkinkan terjadi perkara sebegini dan cara penyelesaiannya.

Teruskan Membaca

Page 1 of 212»