Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘PC’

Cara Sembunyikan File dan Folder

Dalam sesebuah PC atau komputer, terdapat banyak file yang kita simpan dengan berbagai tujuan. Sebahagian file adalah file yang kurang penting manakala sebahagian lagi mungkin mengandungi maklumat yang sangat penting dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Walaupun komputer atau PC kita mempunyai password untuk dibuka, tetapi kadang kala kita akan membenarkan komputer atau PC kita digunakan oleh pihak lain samada sukarela atau terpaksa. Menyembunyikan file atau folder adalah salah satu perkara yang sangat penting bagi menjaga privasi kita. Sebenarnya dalam usaha untuk menyembunyikan file, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bergantung kepentingan file tersebut. Biasanya file atau folder yang mengandungi maklumat yang penting akan cuba disembunyikan sebaik mungkin. Tetapi file yang kurang penting mungkin hanya perlu disembunyikan dengan cara yang sangat mudah. Menyembunyikan file dan folder di tahap keterlaluan akan menyusahkan anda sendiri untuk membukanya atau akan menggunakan resource yang agak tinggi yang akan saya terangkan di bawah nanti.

Teruskan Membaca

Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86

Android adalah operating system, middleware dan key application yang digunakan untuk menjalankan aplikasi dalam handphone anda. Kebanyakan daripada kita sememangnya telah sedar akan kewujudan Android ini. Selain daripada dalam handphone, Android juga boleh dijalankan di dalam PC. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan membawa kepada anda tentang langkah pemasangan atau tutorial installation Android dalam PC anda menggunakan perisian Android-x86. Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi setting yang digunakan untuk pemasangan Android di atas platform VMware.

Teruskan Membaca

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

 

Dalam Bahagian 1, saya banyak menjelaskan tentang mengawal dan melindungi autorun.inf. Bagi yang masih kurang jelas apa itu autorun.inf dan kepentingan melindungi autorun.inf, autorun.inf adalah file (biasanya hidden) yang terdapat dalam removable device termasuk USB Flash Drive berfungsi untuk menjalankan program secara automatik apabila suatu removable device dikesan oleh PC. Fungsi yang mula diperkenalkan dalam Windows 95 ini kadang kala dikenali juga sebagai Autoplay selain daripada Autorun. Fungsi yang bagus tetapi sering disalahgunakan oleh pereka virus untuk memanfaatkan kaedah ini bagi menjalankan program virus mereka secara automatik. Dalam artikel sebelum ini juga, saya menjelaskan dengan teliti tentang penggunaan satu software yang boleh membantu melindungi PC dan USB Flash Drive daripada dijangkiti dan menjadi penyebar virus. Bahagian kedua akan memaparkan beberapa lagi software atau perisian lain yang percuma yang boleh anda gunakan bagi mencapai matlamat yang sama. Anda boleh membandingkan kebaikan dan kelemahan antara software-software atau perisian tersebut dan memilih software atau perisian yang anda rasakan bersesuaian dengan anda.

Teruskan Membaca

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1

USB Flash Drive, Thumbdrive, Pendrive atau apa jua nama yang anda gunakan bagi USB storage ini sebenarnya menjadi salah satu faktor atau cara penyebaran virus. Selain daripada virus sumbangan internet ketika anda melayari website-website ‘tertentu’, USB flash drive menjadi cara yang sangat efektif dalam penyebaran virus secara offline terutama dengan kewujudan fungsi autorun yang mana memudahkan lagi usaha penyebaran virus. Penggunaan USB Flash Drive atau Thumbdrive sememangnya tidak dapat dielakkan oleh kerana kita kerap menggunakan USB storage ini di cyber cafe, makmal institusi, sekolah dan sebagainya. Perkara sebegini menyebabkan kita bukan sahaja menjadi mangsa kepada virus tersebut malah sebenarnya kita juga menjadi pemangsa yang turut serta menyebarkan virus tersebut keseluruh tempat. Maka dengan kesedaran ini, artikel ini dihasilkan agar kita dapat melindungi PC kita daripada ancaman virus bawaan USB Flash Drive dan juga mengelakkan diri daripada menjadi pembawa kepada virus.

Teruskan Membaca

Angry Birds 1.5.1 PC

Angry Birds 1.5.1 untuk PC adalah update kepada Angry Birds 1.0.0 atau dikenali sebagai Angry Birds 2011. Perbezaan Angry Birds 1.0.0 dengan Angry Birds 1.5.1 yang paling nyata adalah pertambahan chapter. Angry Birds 1.0.0 terhenti di chapter 4 “The Big Setup” level 11 tetapi dalam Angry Birds 1.5.1 penghujungnya ialah chapter 5 “Ham ‘Em High” level 13. Bagi sesiapa yang tak pernah bermain game Angry Birds ini, anda patut mencubanya. Angry Birds merupakan permainan atau game yang simple tetapi sangat menarik. Saya rasa memang ramai yang telah kenal dengan permainan yang dicipta oleh Rivio ini. Sebelum ini hanya pemilik smartphone, iphone atau sewaktu dengannya sahaja boleh bermain game atau permainan ini memandangkan game Angry Birds ini dicipta atas platform touchscreen smartphone pada mulanya, namun sekarang pemilik PC juga boleh mencuba permainan ini. Maka artikel kali ini akan berkongsi sedikit screenshot permainan ini, penyelesaian kepada isu-isu atau masalah dengan aplikasi ini dan link download di penghujung artikel ini.

Teruskan Membaca