Suatu persoalan yang selalu diketengahkan ialah antivirus yang mana yang bagus atau terbaik untuk digunakan. Kebanyakan pendapat menyatakan selagi anda update antivirus, maka anda akan dilindungi. Kalau terkena juga virus maka mungkin nasib anda tidak berapa baik. Saya tidak menolak hakikat itu, namun begitu pada saya, selain daripada anda update, anda juga perlu tahu bahawa setiap antivirus mempunya virus definition mereka yang tersendiri. Faktor rate detection, kekuatan dan kekukuhan engine antivirus itu juga perlu diambil kira termasuk beberapa perkara kecil seperti interface sesebuah antivirus juga mungkin perlu dipertimbangkan. Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda 5 antivirus yang saya rasakan bagus dan mungkin boleh anda pertimbangkan jika anda terasa untuk menukar antivirus komputer anda.
Dalam bahagian 4 Install Fedora Dual Boot Bersama Windows adalah bahagian membina atau membuat user baru dalam Fedora. Bahagian ini merupakan sambungan daripada bahagian 1, 2 dan 3 setelah anda restart PC anda. Artikel kali ini akan membantu anda menyelesaikan proses Install Fedora memandangkan membina user baru ini merupakan bahagian terakhir dalam pemasangan Fedora di PC anda. Dalam bahagian 4, sebenarnya anda tinggal beberapa langkah terakhir yang sangat mudah bagi membina user dan menyempurnakan install atau pemasangan Fedora dalam PC anda.
Artikel ini tentang cara untuk anda mendengar suara dari PC anda mengikut perkataan yang anda tulis. Tujuannya? Cool dan seronok. Cara ini memanipulasi “application programming interface” yang telah dipasang di dalam Operating system windows sejak dari windows XP lagi. Juga lebih dikenali sebagai Speech Application Programming Interface atau nama ringkasnya SAPI
Anda ingin mencuba Ubuntu di PC tetapi masih ingin kekalkan OS Windows anda? Anda terasa dual boot Windows dan Ubuntu adalah sukar untuk dilakukan? Artikel ini akan menjelaskan secara terperinci cara termudah install dual boot Windows dan Ubuntu di PC anda dalam hanya 5 langkah.
Command prompt merupakan salah satu perkara yg sgt penting dalam windows. Bagaimana jika command prompt tidak mengenali semua arahan yang sememangnya wujud dalam windows seperti gambar di atas? Perkara ini boleh terjadi disebabkan virus atau program yg anda installed telah mengubah suai setting windows anda. Artikel ini akan menerangkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.